Thursday, September 28, 2006

Lydia Kalidin

Album ke-2 Lydia Kalidin sudah pun selesai proses rakaman dan mixing. Sekarang tunggu untuk dipasarkan sahaja oleh pihak Skyline. Ada sepuluh lagu yang dimuatkan dalam album Lydia dan berlainan jika dibandingkan dengan album yang dulu dari segi konsep. Ini adalah tindakan yang berani oleh EMP, Skyline dan Lydia sendiri dalam produksi kali ini yang menampilkan konsep lebih moden. Kesemua lagu-lagu ditulis oleh “Team EMP”, Ramli Ahmad dan Selvister Thomas. Syok sekali semasa proses rakaman sebab Lydia ni memang berbakat dari segi vokal dan banyak menyumbangkan idea-idea yang melicinkan kerja semasa berada di studio. Dalam album ini Lydia ada berduet dengan Asmin Mudin (EMP) dalam lagu “Tiwas Kotoh” yang ditulis oleh Asmin yang berentak Pop Rap. Album ini turut mendapat khidmat Rapper yang pernah terlibat dalam penerbitan album Max (Sumayau Hip Hop) iaitu DECIPHER dalam lagu “Tupus Ku” yang ditulis oleh Rayner Kilik (EMP). Bagi kami, album ini memang unik dan banyak pembaharuan yang disuntik dalam pembikinannya. Para penerbit mahu membawa album ini ke satu tahap dimana ia tidak lagi terkongkong dengan genre music kebiasaan KDM sebelum ini, dari segi lirik, arrangement, editing dan mixing. Akhir kata, selamat mendengar era baru music KDM.