Sunday, November 08, 2009

Diddy AF4...mencuba rentak sumazau..

Siapakah tanakwagu hensem ni...haahhh..inilah dia Diddy AF4..
Diddy AF4 dan pihak pengurusan beliau tertarik untuk mencuba irama sumazau ini didalam albumnya nanti.

Hasrat beliau ini telah disampaikan oleh Candy AF5 kepada team produksi Candy di KK..(eh!..siurang la baitu..ehehehe)...maka hasrat beliau itu EMP sambut dengan kembang lubang hidung dan akan memberikan yang terbaik dalam pemilihan lagu-lagu yang sesuai.

Sebagai permulaan beliau dijangka akan tampil berduet bersama Candy dalam album KDM Candy nanti.

Ini merupakan satu perkembangan yang sihat, menunjukkan irama sumazau kini melangkau jauh lagi kepersada seni nasional...sememangnya irama dan lagu tidak mempunyai batasan yang menyekatnya untuk berkembang.

Populariti irama sumazau mula dikenali di seluruh negara bilamana kumpulan Blues Gang merakamkan semula lagu "Jambatan Tamparuli' didalam album mereka...selepas itu muncul pula lagu "Sayang Kinabalu' nyanyian Kimin Mudin.

Harap-harap lagu KDM Diddy AF4 ini akan bersinar sebaris dengan lagu-lagu hebat tadi.

Pernah satu ketika dulu sedang aku lepak-lepak dengan member dari semenanjung (sekarang ni dia bilang dia ni Sabahan..sudah beranak pinak disini..)..tiba-tiba berkumandanglah lagu 'Sumandak Tamparuli' nyanyian artis veteran Justin Lusah....katanya 'Ding!..kalau aku dengar irama lagu-lagu dusun (KDM) ni....macam segala-gala masalah 'hilang'!..walau pun aku indak paham hahaha..kecuali yang lirik dia dalam bahasa Malaysia Sabah...baru aku paham'...maka keluarlah beberapa lirik lagu-lagu irama sumazau yang aku tau dia biasa nyanyi time kenduri kahwin atau pun pigi karaoke....

Irama atau rentak sumazau ni memang ada 'aura' nya yang tersendiri...kalau kena pada tempat, masa dan suasananya..gempak juga kenduri tu jadinya hehehe...

Sekitar tahun 90'an dulu..semasa aku masih belajar di Sarawak...terkejut juga aku dalam satu majlis keramaian di sebuah perkampungan suku kaum Iban...kebetulan ada boyband juga hari tu...kami diminta oleh tuai rumah panjang (ketua kampung) menyampaikan beberapa buah lagu rentak sumazau..(tuai rumah ni pernah bertugas di Borneo Utara semasa zaman konfrantasi ditahun 60an).

Untuk tidak mengecewakan permintaan 'peminat'...maka aku (drummer) dan beberapa lagi rakan..err aku ingat gitaris kami tu junior aku di kampus berbangsa Bajau....maka kami hentamlah lagu-lagu 'Jambatan Tamparuli, Lima Ribu, Taragang Rasuk'..dan beberapa lagi lagu yang liriknya kami hentam saja time tu (bukan kena paham pun! hahaha)..janji rentaknya Sumazau.

Dan lucu juga perasaan hari tu macam attend majlis kahwin di Penampang pula..dan itulah pertama kali aku nampak Datuk Alfred Jabu sumazau sambil signal 'thumbs-up' sama 'band kami'....hehehe.

Wednesday, November 04, 2009

si Guba....grennnggggg! indie music

si Guba...iya si guba..bukan si gaban okeeyy...hehehe kumik! but ada juga bunyi komersil nama dia ni...

Terkejut gaban la si Guba ni bila aku review pasal dia ni barangkali..hahaha..jan marah ahh..

Well, let us 'familiarized' with this name..GUBA...he is one of our blog's visitors and just coincidently or luckily this fellow give his myspace link..kalau kamu mau visit blog dia..klik saja nama dia di shout box kami tu..

Just like us in EMP...he is too a songwriter (aku rasa la..). I've gone through some of his works which he posted also in his myspace.com...I can say, not bad dude...awesome and glad that ada juga budak-budak Sabahan macam dia ni out there..and I hope a lot la..kalau bulih beribu-ribu lemon. If you guys want to know more abbout him...jangan malu-malu just click http://www.myspace.com/gubamusic ...sambil tu ter'promote juga la myspace dia ni.

I can say that his music influences a bit of Nirvana here and some of Pearl Jam there...i dig to his music though...its kind of cool and interesting. Well i can see he have a future in his very own talent and i would like to work out something with this talent..hopefully la. So bro! keep it up!...dan majulah sukan untuk negara.

AdingEMP

Tuesday, November 03, 2009

single terbaru CANDY AF5...dalam bahasa Inggeris.

Candy AF5 muncul dengan sebuah single berbahasa Inggeris bertajuk 'Trouble Maker' hasil sentuhan seorang komposer dari Iran. Malah komposer tersebut juga turut berduet dengan Candy didalam lagu tersebut. Pelancaran single Candy ini telah dilakukan dalam pada 2 Nov 2009..eh! kemarin pula bogia..mbah..ngam la bah juga itu...

Sama-samalah kita doakan kejayaan sumandak Tambunan ini dan semoga album ini akan mengorak rezeki serta kejayaan Candy di persada seni tanahair...
Semoga usaha Candy ini akan meng'umph kan lagi artis-artis dari Negeri Dibawah Bayu kita ni..huiyoh..siok ni tau...

bah kalau kamu limpas-limpas mana-mana kedai CD berdekatan..cubuk-cubuk lah kalau-kalau album Candy sudah sampai k...:)

Nampaknya tahun 2010 Candy bakal menjanjikan satu gegaran...grrrrr

KK..KK...Instanbul....London...jalan terusssssss

AdingEMP 3 NOv 2009

(credit gambar : unitedcomunitmalaysia.blogspot.com).....dengan ijin.

Sunday, November 01, 2009

EMP!....kembali 'berkuntau'...

Kalau baca tajuk saja urang ingat siurang mau pigi pukul urang...bukannn.

Lama sudah bah EMP (Asmin, Ading & Ray) 'berehat' ni!...maksud rehat ni bukanlah indada buat kerja..ada juga bah cuma banyak betul perkara-perkara yang cuba disettlekan sepanjang tahun ini..maka sekaligus meng'terbengkalai'kan tugas2 studio buat sementara waktu...

Namun kami sudah pun start balik engine kami bertiga ni...dua hari ni pun aku sibuk juga mixing beberapa lagu KDM Candy AF5, buat arrangement baru untuk album melayu Candy juga..aduhhh migrain ku datang balik dong!..


Selain itu kami juga akan memulakan projek album solo Asmin Mudin...maka pendek kata. Nampak gaya sehingga penghujung tahun ni EMP akan all-out lah untuk album Candy AF5 dan Asmin sahaja...penat juga ni untuk mau ambil 'order' baru urang minta produce album hehehe (tapi kalau ada bulih jugaaa..)

Selain itu 'cita-cita' dalam tahun ni yang dirancang tapi belum ter'realisasi lagi akan cuba untuk EMP mulakan juga....EMP akan mengembangkan aktiviti seninya ke satu demensi baru yang bakal mengubah industri musik Sabah buat selama-lamanya...cehwahhh.

Asmin Mudin AHLI DARJAH KINABALU..tahniah boss..


TAHNIAH...


itu sajalah yang dapat aku dan si Ray ucapkan atas penganugerahan pingat Ahli Darjah Kinabalu kepada beliau oleh TYT baru-baru ini.


nah!..'penganuan' pingat ADK sama si Umbut ni besar juga ertinya untuk orang-orang musik..kerana beliau dipilih atas usaha dan perjuangan musiknya yang sekaligus menaikkan nama negeri Sabah di persada seni musik nasional negara.


mungkin kalau si umbut ingat sekitar tahun 1999, sedang siurang lepak-lepak minum teh tarik sambil kunyah roti kawin dibawah studio RAM Production dulu...berkatalah aku dengan confidentnya.."min..manatau satu hari nanti TYT bagi kau pingat pasal usaha musik kau ni!?"...maka menjawablah si Umbut.."Hish..jangan kau main2 Ding...aku bukan sampai ketahap itu lagi...tapi kalau ada bulih juga!!"...HAHAHAHA...sambil kami sambung kunyah roti!


Dan 10 tahun kemudian...Asmin bin Mudin (hehehe)...sedang pigi sukat-sukat baju melayu dan meng'order samping songket....atas jemputan ke Istana Negeri Sabah untuk penerimaan pingat Ahli Darjah Kinabalu oleh Tuan Yang Terutama...


kau mimang bulih bah!..


p/s: Min!...sound jak kami bila mau pigi tomyam...
AdingEMP 1 Nov 2009..

Saturday, October 17, 2009

mp3..oh! mp3

Sedang aku duduk-duduk relax di sebuah kedai kopi di Gunung Mas menuju ke Tambunan…ngam-ngam cantik sudah muncung aku ready menyedut straw milo ping…bahu aku ditepuk dari belakang sambil kedengaran suara ‘gadis’ memanggil nama glamer perasan aku ni.

Dengan penuh confident aku meng’hensemkan senyumku..bah biasalah kena ‘salam’ peminat perempuankan…aku menoleh!..alamak!!!...’mama gadis’ rupanya…


”Aik!..auntie?..dari mana hendak kemana?..cis! aku ingatkan sumandak mana mau berkenalan tadi?”...aku cuba cover line..err cover malu juga la…2 dalam 1.

“alaaahh dari belakang mau kedepan…HAHAHA…Aku mau hantar produk baini pigi kedai kaset di KK” si aunty ni buka cerita sambil buka bilas mata yang mungkin sudah lama berkarak masa dari Tambunan lagi..hehehe

“macam mana bisness studio sama in-house production aunty sekarang?”…aku cuba kurik rahsia ‘pasaran album semasa’.

“Susah baini sekarang!..kami lamak sudah indak terbit album baru..ini pun stok lamak sama album urang siurang tolong edar di KK…di studio, cuma kebiasan orang datang buat album sendiri atau pigi jamming sajaalah”..sambil masih lagi gusuk-gusuk bilas dia.

“susah bah..urang sekarang ni main download saja pakai mp3…mana mau beli CD lagi!!..diinternet punyalah banyak urang sabahan buka blog kasi download free…separuh kedai siurang tu terpaksa tutup..sia kasi bikin kedai jual baja, potinduk manuk (makanan ayam), sama sikit barang dapur la.”..sambil menyedut teh c ping dia…
“tapi aku sekarang pun download juga bah!!..HAHAHAHA…di kerita aku pasang ini saja”..sambil menunjukkan alat pemain mp3 kereta yang main cucuk di cigaret kereta tu.

Sambil aku tersengih (bukan pasal jokes dia!)…dalam hati aku pun geleng kepala saja. Susahlah orang industri musik tempatan sendiri download free.

“salah gia ni aunty…” aku cuba test dia.

“semuaaaa pun urang bikin bah sikarang!..download internet saja (masih tersengih)” si aunty menjawab.
“apa kau bikin pigi Tambunan?..” si aunty bertanya…”errr… aku mau pigi kampung ex-girlfriend aku bah…mau bawa dia sama anak-anak siurang balik KK….dorang pulang kampung ngam2 cuti bah”..aku berterus terang..

Bruusshh!!!..tersembur teh c ping si aunty dengar jawapan aku yang agak ‘kaw’ juga…”kau ada anak sama ex-girlfriend kau????” sambil si aunty lap-lap bibir dia….aku pun lap-lap tangan aku…”odoi siou!..aku terkejut bah!!..HAHAHA” si aunty minta maaf pasal indak paedah2 aku kena ‘sembur’!..phui

“indak bah aunty..iya lah ex-girlfriend..sekarang ni bini aku..hehehe”..aku tutup cerita.

Aduhaiiii…lagu ku di download..freeeeeeee


Biasalah pagi-pagi aku ni..aku mesti baca blog geng karas aku ni…www.dbosfm.blogspot.com. Blog si dbos ni umpama newspaper hiburan yang misti dibaca bagi orang-orang yang 24 jam berinternet..macam aku nil ah.


Tapi! apa yang bikin bulu roma aku ni kotirog…ialah berkenaan dengan blog-blog sabahan sendiri yang, bagi aku, beliau meletakkan muncung senapang ke jantung para pengiat seni muzik yang berjuang memartabatkan industri muzik tempatan kita ni…aduhaiiii..lagu-lagu ku di download free kepada public….


Sedang kita pejuang-pejuang muzik bertungkus lumus berhabisan duit tabung, dan kadang-kadang terpakai duit beli susu anak untuk dibelanjakan dalam menerbitkan album yang terbaik sebagai hiburan kita semua..dan sudah semestinya dengan harapan mendapat kembali ‘duit susu anak tadi tu’..Namun ramai juga penyangak-penyangak macam blog http://sabahsong.blogspot.com/ ni yang tidak menghargai PENGORBANAN insan seni 'nya' sendiri ini.


Memang lumrah manusia mahukan semuanya FREEEEEE….tapi mahukah sianu berkerja keras...tapi tidak dibayar gaji…cukup setakat FREEEE saja?...


Walau aku menangis darah pun…sianu memang tidak akan memperdulikan airmata industri musik tempatan kita ni…dan TIADA siapa juga yang boleh menghalang beliau melainkan TUHAN YANG MAHA ADIL…


Tapi isu utama disini sebenarnya ialah…inilah ‘harga’ kemajuan teknologi computer yang perlu kita semua (industri muzik) telan kerana kemajuan teknologi itu adalah untuk kesenangan kita juga. Cuma yang perlu kita pertimbangkan ialah dari sudut nilai moral men’download lagu secara free ni.

Wednesday, September 23, 2009

ASMIN MUDIN....Geng karas ku ;)


Tuesday, June 23, 2009

isai mah tondu dilo????

Salam sejahtera.....Ini ada satu berita hiburan. Seorang artis sumandak do talawa tomod! akan melancarkan album sulung KDMnya indak berapa lama lagi....menurut sumber-sumber yang mimang bulih dipercayai, proses rakaman dan suntingan telah pun selesai...dan kini pak-pak produser sedang bertungkus-lumus meng'touching-up apa-apa yang perlu. Macam tukang masak pula..tambah halia sikit, tuang minyak bijan kasi biar harum gitu!...garam secukup rasa...waduh kok sedap sekali sup nya... :-)

Dari pagi hingga ke petang para sessionist musik pula berbaris, macam beli tiket wayang takut kehabisan...sambil menunggu giliran untuk turn rakaman track mereka. Ada jugalah yang duduk lepak ditangga dan ada juga yang tertidur sambil berdiri menyandar paip!. Semuanya ini demi untuk si sumandak do talawa tomod tadi. Gambar si sumandak disebelah ni dibuat pohotoshotnya di sebuah taman orkid yang dirahsiakan tempatnya...takut barangkali ada urang mau pigi putik bunga-bunga orkid yang terdapat disini....awas ada panjangat dan pesisang!

Jadi...mau cakap banyak pun susah...pasal reporternya pun sedang layan migrain yang berdenyut-denyut sekarang sambil menunggu panadol yang belum lagi sampai2 padahal kedai ubat sebelah pintu studio jak!.
Bah ok lah... kita tunggu saja sedikit masa lagi kesudahannya...dan dengar khabar si sumandak akan muncul dengan video klip lagu melayunya....APA????...lagu melayu?....ya lagu melayu di TV dalam bulan Julai nanti....bah! ini kira 2 in 1 juga la barangkali ni.!? ada album KDM dan ada album Melayu....baguslah, artis-artis tempatan kita ni semakin rancak...atukkkkoi.