Wednesday, June 15, 2011

MUSIC AUTHORS' COPYRIGHT PROTECTION (MACP) BERHAD

Hai...lama juga indak ter'update blog kami ni. Terlampau banyak mau dibikin bah...orang bilang business going fine, money rolling good. Program penerbitan album dan untuk rancangan TVi juga sedang berjalan lancar, MLM dibawah seliaan aku ni bakal ke Australia dan Amerika...aduh pak!..penat tapi siok! :)

Anyway, kepada para komposer dan penulis lirik di Sabah...pernah kah atau tahu kah kamurang tentang MACP. MACP adalah sebuah badan penjaga dan pemunggut royalti kepada ahli-ahli berdaftarnya di Malaysia (dan seluruh dunia). Kami pun merupakan Associate Member semenjak tahun 2002. Keterangan lanjut dan cara-cara registration bolehlah kamu check di www.macp.com.my

sebenarnya apa yang saya mau cerita ialah pasal baru-baru ni masa sambutan pesta kaamatan di KDCA, saya adalah terjumpa dengan rakan-rakan music dan juga saudara mara yang terlibat dengan music. so tanya tanyalah kalau-kalau dorang sudah register jadi ahli MACP, pasal dorang ni pun sudah lama juga involved dengan business ni.

Yang bikin saya terkejut sikit ialah bila dorang bagi tahu yang dorang ni sudah isi borang sudah dekat 3 - 4 tahun dan siap membayar RM300 lagi sebagai bayaran...ALAMAK!...benda ni sebenarnya FREE. Aku rasa dorang sudah kena buyuk...mcm aku rasa-rasa familiar pula dengan si pembuyuk ni.

well, saya cuma bagi peringatan bahawa untuk mendaftar adalah PERCUMA. Apa perlu dibuat ialah download borang, isi borang dan kirim bersama photostat kulit album yang sdh dipasarkan tu...itu jak. Selepas tu pihak MACP akan buat susulan dengan menghantar sekeping kad pendaftaran katalog lagu/lirik.

p/s: aku baru balik dari bank...pigi bank in cek royalti aku bagi tahun 2010 ;)

4 comments:

Juanita said...

Hi EMP, satu website yang cukup berinfomasi! Saya ada soalan tapi tidak pasti sama siapa mo ditanya... Jadi saya tanya sajalah sini! Secara suka-suka saya ada menyusun untuk suara (SATB koir) lagu "Sayang Kinabalu" (by late Kimin Mudin). Perlukah saya mendapat izin daripada mana-mana pihak sekiranya ia dinyanyikan di khalayak umum? Terima kasih dan harap dibalas :-)

ading said...

siou Juanita...punya lamak saya indak urus ni blog...

ok mengenai soalan Juanita...buat masa ini, secara legal perlu memberitahu pihak EMP melalui surat (tapi sdh tanya dan blog kira ok la hehehe).

bagi pihak EMP, kalau setakat membuat persembahan di khalayak ramai, kami tiada bantahan. cuma sekiranya untuk bertujuan dirakamsemula untuk tujuan keuntungan perlu membayar sedikit royalti.

terimakasih

AdingEMP

Unknown said...

sy pn mo tny juga.. sy ada buat bbrpa lagu sndiri, klw sy mw dftarkn lagu2 tuu trus mcmna? sbb sy tiada album apa lg dpasarkn mmg tiada.. cuma sy mw lagu2 sy dlindungi dr sbarang plagiat

Urang Kampung. said...

Halo Sifu, harap sifu dapat lihat komen dan reply soalan dari sya ni. Sya mau tanya, mcm mna klo sya suda registered muzik utk platform Spotify melalui distrokid, sya masih boleh daftar lagu tersebut utk MACP? Akan ada sebarang konflik dari dlm aspek lesen atau royalty.
Trimah kasih Sifu!!