Monday, June 20, 2011

LAGU 'KITA' INDAK KANA KASI MAIN DI RADIO!?..double standard?!


Mungkin cerita si Othoe diatas sudah ramai yang tahu...tapi indak pa la. Apa yang saya mau cerita ni pun lebih kurang juga tapi sedikit sebanyak sebagai satu bentuk pelajaran juga la kunu.

Sekitar penghujung tahun 90an banyak album tempatan yg kami terbitan dan antara album pertama dibawah label EMP ialah album si Ampal 'Menggatal-Telipok'. Album berirama techno dan menggunakan bahasa Sabah sepenuhnya ini mimang syiok kalau kena pasang dalam kereta sambil on itu subwoofer hehehe. Anyway, album ini meletup jualannya, thank you dan tabik sama tukang promote free siurang time tu...driver-driver minibus. Antara lagu yg sering diputarkan (kira lulus censorship laini..) di radio ialah lagu 'KumKum Bet'...(yang lain tu dalam status KIV).

Selepas 2 bulan album tersebut dipasaran...seperti biasa kami hantarlah di RTM Sabah untuk siaran...lepas 3 hari kami kena telefon bilang album tersebut tidak LULUS pasal terlalu 'KENEGERIAN'...ntahlah part mana yg 'kenegerian' tu??!...bila kami tanya balik dorang bilang pasal pakai dialek Sabah indak dibenarkan oleh RTM ..mmmmm???? (padahal lagu 'Apo Nak DiKato' - Blues Gang...sedang on-air di channel RTM Sabah...kantoi!! hehehe). Well, to us this is another Double Standard that we faced. Dialek negeri lain ok...dialek sendiri 'kenegerian' aduii.???!!!

Selepas 15 tahun...rupa-rupanya masih juga kita orang orang kita kena 'berjuang' (atau minta kasihan) untuk mendapatkan slot lagu-lagu tempatan dimainkan di stesen radio SABAH. Apa indak si Othoe mengaus ;). Macam mana pun...indak juga adil kita terus menghentam dan memboikot (aku refer komen-komen di facebook berkenaan isu ini). Tapi saya notice komen-komen yang di post berkisar kepada persoalan double standard, dianaktirikan, peluang masih ditutup menyebabkan lagu-lagu tempatan indak dimainkan oleh station radio swasta.

Tapi saya rasa penjelasan daripada General Manager AMP Radio Network, Mr. Nash sedikit sebanyak menjawab persoalan komen-komen tadi. Pihak AMP Radio sebenarnya turut menyokong industri musik tempatan (Melayu dan English saja ar..KDM dan chinese indak masuk) dengan mengadakan carta lagu-lagu popular tempatan 100% dari Sabah. Selain itu lagu-lagu dialek lain terutamanya KDM turut dimainkan. Menurut mr. Nash lagi, memang banyak pihak beliau menerima CDR lagu-lagu KDM dan juga lagu-lagu melayu homestudio Sabahan...TAPI...masalahnya ialah rata-rata QUALITY BUNYI AUDIO (bukan kualiti lagu/lirik ar...) CD tidak menepati standard penyiaran radio. Mereka juga turut menerima pelbagai kecaman melalui email, kata beliau.

Saya akui memang quality master sebahagian artis-artis tempatan belum menepati standard penyiaran radio. Standard penyiaran radio ialah kalau boleh Volume Audio mesti sekitar +3db. Kebanyakkan cd yg dihantar adalah pada -6db atau -8db. Apabila pihak radio boost audio tersebut agar lebih kuat...maka kedengaranlah bunyi hissing yang kuat pula..sssszzzzz. Selain itu bunyi low freq atau bass/kick terlalu soft.

Nah tuan...selapas aku mendengar 'bunyi-bunyian' itu..ooohhhh....bah! paham la aku.

Maka nah...manukal nah aku equipment aku!...mambali aku Studio Monitor baru hehehe.


1 comment:

Anonymous said...

Tuan, kasi kunu' aku numbur talipon kontek kamu, kami mo minta tulung produce-kan lagu2 kami.

Ari : 019-8044629

Sandakan