Saturday, October 17, 2009

mp3..oh! mp3

Sedang aku duduk-duduk relax di sebuah kedai kopi di Gunung Mas menuju ke Tambunan…ngam-ngam cantik sudah muncung aku ready menyedut straw milo ping…bahu aku ditepuk dari belakang sambil kedengaran suara ‘gadis’ memanggil nama glamer perasan aku ni.

Dengan penuh confident aku meng’hensemkan senyumku..bah biasalah kena ‘salam’ peminat perempuankan…aku menoleh!..alamak!!!...’mama gadis’ rupanya…


”Aik!..auntie?..dari mana hendak kemana?..cis! aku ingatkan sumandak mana mau berkenalan tadi?”...aku cuba cover line..err cover malu juga la…2 dalam 1.

“alaaahh dari belakang mau kedepan…HAHAHA…Aku mau hantar produk baini pigi kedai kaset di KK” si aunty ni buka cerita sambil buka bilas mata yang mungkin sudah lama berkarak masa dari Tambunan lagi..hehehe

“macam mana bisness studio sama in-house production aunty sekarang?”…aku cuba kurik rahsia ‘pasaran album semasa’.

“Susah baini sekarang!..kami lamak sudah indak terbit album baru..ini pun stok lamak sama album urang siurang tolong edar di KK…di studio, cuma kebiasan orang datang buat album sendiri atau pigi jamming sajaalah”..sambil masih lagi gusuk-gusuk bilas dia.

“susah bah..urang sekarang ni main download saja pakai mp3…mana mau beli CD lagi!!..diinternet punyalah banyak urang sabahan buka blog kasi download free…separuh kedai siurang tu terpaksa tutup..sia kasi bikin kedai jual baja, potinduk manuk (makanan ayam), sama sikit barang dapur la.”..sambil menyedut teh c ping dia…
“tapi aku sekarang pun download juga bah!!..HAHAHAHA…di kerita aku pasang ini saja”..sambil menunjukkan alat pemain mp3 kereta yang main cucuk di cigaret kereta tu.

Sambil aku tersengih (bukan pasal jokes dia!)…dalam hati aku pun geleng kepala saja. Susahlah orang industri musik tempatan sendiri download free.

“salah gia ni aunty…” aku cuba test dia.

“semuaaaa pun urang bikin bah sikarang!..download internet saja (masih tersengih)” si aunty menjawab.
“apa kau bikin pigi Tambunan?..” si aunty bertanya…”errr… aku mau pigi kampung ex-girlfriend aku bah…mau bawa dia sama anak-anak siurang balik KK….dorang pulang kampung ngam2 cuti bah”..aku berterus terang..

Bruusshh!!!..tersembur teh c ping si aunty dengar jawapan aku yang agak ‘kaw’ juga…”kau ada anak sama ex-girlfriend kau????” sambil si aunty lap-lap bibir dia….aku pun lap-lap tangan aku…”odoi siou!..aku terkejut bah!!..HAHAHA” si aunty minta maaf pasal indak paedah2 aku kena ‘sembur’!..phui

“indak bah aunty..iya lah ex-girlfriend..sekarang ni bini aku..hehehe”..aku tutup cerita.

Aduhaiiii…lagu ku di download..freeeeeeee


Biasalah pagi-pagi aku ni..aku mesti baca blog geng karas aku ni…www.dbosfm.blogspot.com. Blog si dbos ni umpama newspaper hiburan yang misti dibaca bagi orang-orang yang 24 jam berinternet..macam aku nil ah.


Tapi! apa yang bikin bulu roma aku ni kotirog…ialah berkenaan dengan blog-blog sabahan sendiri yang, bagi aku, beliau meletakkan muncung senapang ke jantung para pengiat seni muzik yang berjuang memartabatkan industri muzik tempatan kita ni…aduhaiiii..lagu-lagu ku di download free kepada public….


Sedang kita pejuang-pejuang muzik bertungkus lumus berhabisan duit tabung, dan kadang-kadang terpakai duit beli susu anak untuk dibelanjakan dalam menerbitkan album yang terbaik sebagai hiburan kita semua..dan sudah semestinya dengan harapan mendapat kembali ‘duit susu anak tadi tu’..Namun ramai juga penyangak-penyangak macam blog http://sabahsong.blogspot.com/ ni yang tidak menghargai PENGORBANAN insan seni 'nya' sendiri ini.


Memang lumrah manusia mahukan semuanya FREEEEEE….tapi mahukah sianu berkerja keras...tapi tidak dibayar gaji…cukup setakat FREEEE saja?...


Walau aku menangis darah pun…sianu memang tidak akan memperdulikan airmata industri musik tempatan kita ni…dan TIADA siapa juga yang boleh menghalang beliau melainkan TUHAN YANG MAHA ADIL…


Tapi isu utama disini sebenarnya ialah…inilah ‘harga’ kemajuan teknologi computer yang perlu kita semua (industri muzik) telan kerana kemajuan teknologi itu adalah untuk kesenangan kita juga. Cuma yang perlu kita pertimbangkan ialah dari sudut nilai moral men’download lagu secara free ni.