Diddy AF4 dan pihak pengurusan beliau tertarik untuk mencuba irama sumazau ini didalam albumnya nanti.
Hasrat beliau ini telah disampaikan oleh Candy AF5 kepada team produksi Candy di KK..(eh!..siurang la baitu..ehehehe)...maka hasrat beliau itu EMP sambut dengan kembang lubang hidung dan akan memberikan yang terbaik dalam pemilihan lagu-lagu yang sesuai.
Sebagai permulaan beliau dijangka akan tampil berduet bersama Candy dalam album KDM Candy nanti.
Ini merupakan satu perkembangan yang sihat, menunjukkan irama sumazau kini melangkau jauh lagi kepersada seni nasional...sememangnya irama dan lagu tidak mempunyai batasan yang menyekatnya untuk berkembang.
Populariti irama sumazau mula dikenali di seluruh negara bilamana kumpulan Blues Gang merakamkan semula lagu "Jambatan Tamparuli' didalam album mereka...selepas itu muncul pula lagu "Sayang Kinabalu' nyanyian Kimin Mudin.
Harap-harap lagu KDM Diddy AF4 ini akan bersinar sebaris dengan lagu-lagu hebat tadi.
Pernah satu ketika dulu sedang aku lepak-lepak dengan member dari semenanjung (sekarang ni dia bilang dia ni Sabahan..sudah beranak pinak disini..)..tiba-tiba berkumandanglah lagu 'Sumandak Tamparuli' nyanyian artis veteran Justin Lusah....katanya 'Ding!..kalau aku dengar irama lagu-lagu dusun (KDM) ni....macam segala-gala masalah 'hilang'!..walau pun aku indak paham hahaha..kecuali yang lirik dia dalam bahasa Malaysia Sabah...baru aku paham'...maka keluarlah beberapa lirik lagu-lagu irama sumazau yang aku tau dia biasa nyanyi time kenduri kahwin atau pun pigi karaoke....
Irama atau rentak sumazau ni memang ada 'aura' nya yang tersendiri...kalau kena pada tempat, masa dan suasananya..gempak juga kenduri tu jadinya hehehe...
Sekitar tahun 90'an dulu..semasa aku masih belajar di Sarawak...terkejut juga aku dalam satu majlis keramaian di sebuah perkampungan suku kaum Iban...kebetulan ada boyband juga hari tu...kami diminta oleh tuai rumah panjang (ketua kampung) menyampaikan beberapa buah lagu rentak sumazau..(tuai rumah ni pernah bertugas di Borneo Utara semasa zaman konfrantasi ditahun 60an).
Untuk tidak mengecewakan permintaan 'peminat'...maka aku (drummer) dan beberapa lagi rakan..err aku ingat gitaris kami tu junior aku di kampus berbangsa Bajau....maka kami hentamlah lagu-lagu 'Jambatan Tamparuli, Lima Ribu, Taragang Rasuk'..dan beberapa lagi lagu yang liriknya kami hentam saja time tu (bukan kena paham pun! hahaha)..janji rentaknya Sumazau.
Dan lucu juga perasaan hari tu macam attend majlis kahwin di Penampang pula..dan itulah pertama kali aku nampak Datuk Alfred Jabu sumazau sambil signal 'thumbs-up' sama 'band kami'....hehehe.