Friday, July 22, 2011

Filem Tempatan Sabah Bernilai RM1.2 Juta....


WOW!...RM1.2 juta!!..lawalah :)

baca jumlah budget dia saja pun mimang sumarat (tegak) bulu roma saya...tapi tahniah juga kerana berjaya mendapat peruntukkan daripada pihak Finas...dan terimakkasih Finas kerana bantuan tersebut kepada karyawan Sabah (saya harap turn siurang meng'apply nanti sama Finas akan diluluskan juga arrr Datuk?...hehehe mengharap ni :)

Ada juga saya pigi cubuk-cubuk sesi ujibakat tersebut dan sambutan memang amat mengalakkan dan ramai juga muka -muka yang biasa saya nampak. Terjumpalah juga kawan-kawan lama disana, masing-masing dengan semangat untuk berseni dan memeriahkan industri hiburan Sabah yang memang kini mula mengorak langkah, terimakasih atas usaha new generation pengiat seni di Sabah ini selaras dengan kemajuan teknologi dan pemikiran kita di sini...cehwah!.masuk lif tekan sendiri bah! kih kih kih. Saya harap juga la filem "MONGOLU" ini bakal 'memberi impak'.

Cuma ada sedikit nasihat yang ingin saya kongsikan bersama dengan rakan-rakan karyawan semua, saya rasa pihak penerbit adalah lebih baik meRAHSIAkan dulu sinopsis penuh (full story) filem mereka kepada umum dan biarkan penonton untuk mengikuti atau menikmati cerita tersebut setelah filem tersebut siap dan ditayangkan.

Semasa membaca artikel suratkhabar diatas, saya excited butul sampai tertumpah bogia itu kupi dimeja....sambil sia lap-lap meja, saya continue saja baca...tapi bila saya ternampak part 'sinopsis'...saya terus...alamak!...kenapa dorang reveal sinopsis dari awal hingga ending cerita Mongulu ini. Ertinya, saya sudah tahu cerita dan ending cerita ini sebelum shooting dimulakan lagi...secara peribadi kaki wayang macam aku ni hilang steam sekejap la sebab saya sudah tahu apa kesudahan cerita dia ni. Perkara sebegini juga banyak saya nampak dalam kulit cover telemovie tempatan kita....tapi tidak salahlah...apa yang saya cakap ni pun hanyalah marketing strategy saya.

Pendapat saya sebagai penonton dan nasihat saya seabagi seorang marketeer...biar saya tidak tahu sinopsis penuh cerita itu dan kena pigi panggung untuk mengetahuinya...dan biar SUSPEN yang bakal kita tengok...kerana dengan SUSPEN dan expectation plot cerita sepanjang tayangan filem akan menambah kesiokan filem tersebut.

Tapi macam mana pun, saya tetap akan pigi tengok untuk melihat filem tempatan kita dalam versi widescreen cinema hehehe...saya percaya Tony Francis Gitom and the gang mampu melakukannya...dan oleh kerana sekarang sia sudah tau jalan ceritanya kunu...sia harap saya kena WOW! pula dengan cinematografi cerita ini....SABAH BOLEH...KALAU BUKAN KITA SIAPA LAGI...

AdingEMP 22 Julai 2011