Tuesday, February 14, 2006

The People Behind EMP!

Bah! Inilah dia barisan EMP yang bergerak di belakang tabir industri muzik Sabah selama ini. Dari kanan - Ray, Asmin Mudin (Lebih dikenali sebagai Umbut dalam industri muzik tempatan) dan Ading. Gambar ini diambil semasa majlis ringkas si Asmin meraihkan kejayaan lagu "Gemilang" nyanyian Jacqueline Victor dalam Anugerah Juara Lagu ke20 TV3 dan Hitz 1 RTM baru-baru ini. Lagu tu ditulis oleh Aubrey Suwito dan Lirik oleh si Asmin lah. Sebenarnya kan, ini bukan kali pertama lagu-lagu Asmin dicalonkan dalam AJL. Sebelum ni Lagu "Kau Ilham Ku - Man Bai" dan "Anggapan Mu - Ziana Zain" pernah ke peringkat akhir tetapi tidak berjaya. Tapi ini kali...Tahniah Min! Kawan kami menanglah! Siorang ni sudah lebih kurang 6 tahun menubuhkan EMP ni. Kami lah juga komposer, sound engineer, marketeer dan bermacam-macam lagi lah. Misi EMP pada tahun ni....hmm..."Ingin memeriahkan lagi industri muzik Sabah, especially KDM". Kami sudah pun habis mixing & mastering untuk Album Reno (Juara KDM Idol 2005) dan album ini keluar pada bulan April tahun ini. Sekarang ni Album ketiga Clarice J. Matha dalam proses rakaman. Bah, setakat inilah dulu, kalau ada apa-apa siorang kasih update lagi.

2 comments:

Anonymous said...

Wonderful and informative web site. I used information from that site its great. » » »

kelupis said...

Sori, sia mcm ketinggalan pula kan?Yala, baru pula berpeluang kenal sama Mahaguru (Asmin) sejak berkurun lamanya meliat d tv ngannya. Tp baru ari ani ku teliat blog ani.Rupanya tiga ikung ani pulang urang kuat EMP ish ishhh ishhh...bah, teruskan. Aku menyokong 100% dari mana ah? Dari belakang karang lain keterangannya..dari jauh la mangkali ah!

Apa2 pun, syabas dan tahniah atas usaha kamurang!Teruskan perjuangan,lagi baik mun ada ilmu yang kitani dapat kongsi bersama...baru la ada connection antara pembaca (eh pembaca ka, pelayar blog ...ah hensam saja la labu...) dengan geng EMP. Banar ka indak?
Bah, selamat maju jaya buat kamurang.