Friday, December 12, 2008

Anugerah Khas Tokoh Lagu PERTISA 2008 - part 4

Anugerah ini..membawa kita semua kepada seorang anak seni tempatan yang telah meletakkan bakat seorang composer, penulis lagu dan penulis lirik dari Sabah sebaris dengan nama besar didalam industri musik Negara seperti M.Nasir, Adnan Abu Hassan, Loloq dan ramai lagi. Sejak 1990 sehinggalah kini beliau sudah menulis lebih 300 karya lagu dan lirik

Pencapaian Lagu Antara Bangsa
Anita Mui 1998 (versi `Mengapa Kasih’-Shiela Majid)
Leon Lai 1999 (versi `Sebenarnya’-Man Bai)
Ziana Zain (Anggapanmu)Anugerah Suara Emas di Tokyo 1996
Jacklyn Victor (Gemilang)Anugerah Suara Emas di China 2006
Sydney Olimpik 2001-(Kau Ilhamku)Lagu Tema Pasukan Hoki Malaysia
Sabah Tourism (Sayang Kinabalu)Lagu Tema 2008

Pencapaian Malaysia
Anugerah Juara Lagu TV3 2006 (Gemilang-Jacklyn Victor-Penulis Lirik)
Juara Balada AJL TV3 2006 (Gemilang-Jacklyn Victor-Penulis Lirik)
Juara Hitz 1 RTM 2006 (Gemilang)
Juara Carta (Anggapanmu,Enggan,Kau Ilhamku,Gemilang)
Anugerah Khas BMG sebagai composer Ukay’s Bisa Berbisa (Jualan melebihi 300,000) 1994
Anugerah Platinum Berkembar BMG sebagai composer Ziana Zain Puncak Kasih (Jualan melebihi 100,000)1997

Pencapaian Sabah
Sabah Tourism (Sayang Kinabalu) 2008
Juara CATS (RTM)2006
Juara Lagu Bandaraya DBKK 2007
Juara Carta Sinding Bontugon RTM (Adaa,Milanggad-langad Toh)2006
Pencipta Lagu Tema Jabatan Pelajaran Sabah 2008


Asmin Mudin atau ‘Umbut’…lahir daripada sebuah keluarga seni juga di daerah Papar pada tahun 1970, beliau telah meminati bidang musik ini semenjak dibangku sekolah lagi.

Jiwa musik Asmin berkembang kerana ayah beliau juga merupakan seorang pemain violin yang terkenal dikampungnya, malah abang beliau sendiri, penyanyi Kimin Mudin sudah berbakat mencipta lagu semenjak dibangku sekolah lagi dan jika abangnya tiada dirumah, Asmin akan mencuri-curi baca bait-bait lirik ciptaan abangnya.

Bermula sebagai pelukis berbakat sejak berumur 13 tahun.Pencapaian tertinggi beliau ialah mendapat tempat ke-7 Kategori Terbuka Malaysia sempena Pertandingan Melukis Poster Anti Dadah Kebangsaan 1990.

Beliau juga aktif dengan band beliau semasa di Kg.Kelatuan Papar( 1986-1989) sebagai seorang pemain gitar bass.

Bermula pada tahun 1990 sehinggalah kini, beliau mula mengurung diri atau perkataan lebih tepat, mengabdikan diri sebagai composer & penulis lirik.

Asmin pernah muncul sebagai penyanyi lagu ‘Terima Kasih’ dalam album koleksi RAP 98 bersama Shiela Majid, Adflin Shauki, Karma, Zubir Ali dan Freelance. Beliau juga pernah merakamkan album solo bersama RAP pada 1997, namun album tersebut tidak sempat dipasarkan apabila Roslan Aziz Production berpecah.

Setelah itu hasil karya beliau banyak diambil oleh artis-artis terkenal tanahair dan pada tahun 2007 , hasrat beliau untuk bergelar penyanyi tercapai apabila muncul secara duet dengan Kimin Mudin dalam lagu `Palis-palis Jauh-jauh’ dan Lydia Kalidin `Kotoh Tiwas’…mungkin beliau akan menerbitkan albumnya sendiri tahun hadapan dibawah label EMP.

Secara diam-diam pula beliau amat berbakat dalam bidang pengacara hiburan. Beliau kini merupakan antara pengacara tetap untuk syarikat besar seperti BERNAS di Sabah.

Seni beliau diperkukuhkan lagi dengan memiliki Ijazah Seni Persembahan Muzik Universiti Malaya. Sebagai seorang guru muzik dan pensyarah muzik sambilan, seni beliau sudah pun ditabur kepada ribuan anak-anak Sabah sejak tahun 1991 sehinggalah kini. Beliau sering menjadi penceramah jemputan untuk agensi, sekolah serta Universiti di Sabah.
Sebagai penulis lagu dan lirik paling berjaya di Sabah….dengan ini Tokoh Lagu PERTISA 2008…Asmin Mudin

1 comment:

Anonymous said...

bulih tahan ko tompinai.Salute!