Tuesday, January 06, 2009

Anugerah PERTISA 2009...?

Aku tulis ni pasal tertarik dengan pandangan si Mr.Puppy dalam ruangan komen diblog artis Adex di http://www.ade-gamusic.blogspot.com/ serta komen Ambrose Mudi juga agak menarik di http://www.yangkalamai.blogspot.com

Pandangan mereka ini menarik bagi saya untuk membuat ulasan peribadi sedikit....bukan pandangan EMP secara keseluruhan.

Mr.Puppy....YA Betul! comment dia ni...dan ada juga yang saya mau kasi betul balik untuk pengetahuan mr.puppy dan pembaca lain la umumnya.

Jika dibaca balik artikel mengenai PERTISA didalam akhbar The New Sabah Times, atau diblog dBOSfm…

PERTISA atau Persatuan Artis Dan Penulis Sabah telah ditubuhkan dengan maksud menjadi sebuah Persatuan yg mewakili kesemua pengiat seni, penulis dan kartunis di Sabah. Oleh itu penganjur telah menjemput kesemua individu-individu yang terlibat menjadi ahli agar segala aktiviti, kebajikan dan bantuan teknikal pengurusan dapat disalurkan dengan lebih berkesan dan sistematik.

dan biasalah..ada yang berminat dan tidak kurang juga yang tidak memperdulikan 'asas' penubuhan PERTISA ini...tapi mereka2 yg terlibat didalam industri tetapi tidak berminat mendaftar sebagai ahli PERTISA...terus menerus mengeluh akan nasib mereka dan industri musik tempatan itu sendiri.

Beberapa idea mr.puppy yang saya setuuuuuju la bah ialah isu mengenai kategori-kategori Pencalunan mengikut genre lagu....kerana lagu-lagu produksi tempatan sememangnya banyak umpamanya genre bahasa KDM, Bahasa Malaysia, Bajau dan etnik suku kaum yang lain..

seperti yang mr. puppy cakap...agak susah, contoh, lagu bajau Den ditanding dengan lagu KDM yang lebih ramai barangkali pengikutnya didalam satu pencalunan. Well, cadangan beliau yang lain iaitu pengenalan kpd beberapa kategori 'teknikal' juga perlu diambil kira....namun jika kategori ini dilaksanakan, kos 'hadiah' juga dijangka akan meningkat.

Cadangan tambahan aku pula ialah mengiktiraf para jurutera-jurutera rakaman untuk kategori adunan music terbaik, rekabentuk kulit album…ini bukan apa..supaya pihak jurutera rakaman, designer dan photographer akan lebih berusaha meningkatkan tugas dan pengetahuan teknikal mereka ini.

salah satu isu yang dibangkitkan beliau ialah "hanya lagu-lagu Dusun yang memonopoli pencalunan"... kalau hanya lagu-lagu bahasa KDM saja yang paling banyak penyertaan atau dihantar pencalunannya dan yang lain tidak hantar!..nak buat macam mana?..mcm cakap si Nabil...yu pikerrr la sendiri!!. lagipun memang kenyataan industri musik tempatan yang paling ramai/banyak mengeluarkan album ialah KDM sendiri.

(Tapi aku percaya tahun 2009 ni akan banyak genre musik baru tempatan akan keluar…EMP juga secara tidak langsung terlibat dalam usaha ini kerana salah satu artis nasional akan muncul dengan album sulung KDM nya selewat-lewatnya pada bulan April 2009 ini.)

Namun perlu diingat juga kesemua semua pencalunan haruslah dibuat sendiri oleh pencalun atau syarikat rakaman mereka sendiri...dan ini bukan la tugas PERTISA...PERTISA hanya menyediakan platform iaitu sebagai si penganjur Anugerah itu sendiri...mengikut acuan, dan kriteria yang telah pihak PERTISA sendiri putuskan. Jadi hanya lagu-lagu yang telah dihantar pencalunan oleh pihak yang berminat dicalunkan...pihak Stacy, pihak Infinatez dan yang lain-lain tidak mencalunkan lagu atau album mereka...kuroyon poh dih.

cakap salah!...tak cakap pun salah!..memang betul juga 'siapalah' PERTISA ni untuk mengiktiraf individu seni, PERTISA bukan la sebuah akademi music seperti Grammy Academy...namun 'isi' kedua-duanya adalah SAMA.

Grammy Academy diduduki oleh golongan professional music, syarikat rakaman, jualan dan karyawan yang lain. Undian mereka memerlukan kos berpebelanjaan yang besar, data jualan adalah daripada music retail yang participate dan diawas oleh badan..kalau di Malaysia oleh pihak RIM. PERTISA juga kini mempunyai ahli-ahli panel yang saya rasa cukup garam dan ajinomoto nya, sebab itulah mereka telah usahakan penganjuran Anugerah ini. menurut cerita dalaman satu 'tsunami' untuk industri hiburan tempatan sedang diusahakan oleh ahli-ahlinya sendiri...kena tunggu ni!!!

PERTISA..hanyalah sebuah persatuan berdaftar yang tiada sumber kewangan..tetapi kaya dengan ahli-ahli yang highly motivated, determination, creative, high spirit and mempunyai visi...sepuluh tahun kedepan....kalau indak keterlaluan la.

Mungkin satu usaha tambahan dalam mencari data tambahan dalam pengiraan undian populariti ialah dengan cara melantik seberapa banyak atau beberapa outlet-outlet music audio (kedai kaset) untuk mengumpul data pembelian/jualan setiap album tempatan sepanjang tahun.

Jadi tidak hairan la...penganjuran PERTAMA ini pada kadar sebegini sahaja...mana tahu 3 tahun dari sekarang PERTISA diikuti secara langsung melalui SabahTV!????..

'Jointventure' penganjuran memang ada dilakukan dalam penganjuran Anugerah PERTISA seperti pihak The New SabahTimes, SuriaFM, Ampal Production, Skyline Entertainment, Etnik Muzik Production dan lain-lain lagi..disamping pihak Kementerian di Sabah. Kerjasama ini pula kena berhati-hati kerana melibatkan soal-soal perundangan dan tatatertib juga..ini aku indak mau elaborate lah..Rahsia Kerajaang!

SPONSORSHIP?...ya mr. puppy memang betul...PERTISA kena duduk meja sekarang merancang untuk mendapat sumber kewangan tambahan untuk penganjuran tahun 2009 ini...bahaya ni kalau indada panganuan!.

MC punya baju..err subjective sikit tapi aku kena sokong si mr. puppy kerana memang betul majlis untuk 'orang industri' berdressing 'glamour-glamour' macam tu.... sepatutnya MC juga turut berpakaian yang lebih 'macam industri hiburan'...difahamkan baju batik MC pada malam itu adalah sponsor dari sebuah butik..harganya pun ribu-ribu ringgit juga tapi aku rasa "ambience" pakaian MC dengan suasana malam itu indak match...err pandangan peribadilah.

Pakaian penonton juga aku agak gelihati malam tu..ada yang ikut glamour atau lebih glamour dari artis sampai si DJ Othoe tersilap urang yg melimpas disangka artis!..itu urang bilang "mimang mau jadi artis tapi belum jadi lagi" hahaha...berjalan confident ikut red carpet lagi tu! hehehe…si Ben Ben (adik aku) pun macam ‘artis’ hampir-hampir kena interview...tersilap masuk lorong ber red-carpet!

Tidak kurang juga ada penonton yang datang dressing macam mau pigi tengok main bola di padang sekolah ..indak payah ceritalah fesyen dia ni..siap dengan bakul plastic ada burger lagi.

Mungkin penganjuran kedua dan seterusnya boleh memberi dua tiga hadiah khas untuk ‘pakaian penonton yang paling glamour’ ka, terbaik kah atau bagi dress code…hehehe. Bukan apa ini mengalakkan penonton berpakaian yang sesuai jak!..bukan mau suruh pakai mahal-mahal.

Akhir sekali, siapa lagi yang mahu berusaha mengiktiraf artis tempatan kita kalau bukan kita sendiri?!. Jadi usaha PERTISA ini jangan lah dilemah-lemahkan semangat dia kerana ini hanyalah penganjuran pertama. Ingatkah lagi penganjuran Anugerah Juara Lagu TV3 yang pertama 23 tahun yang lalu…pigi cari di google…malas aku mau taip.!...atau pigi jak blog si Nurjeha ni http://nurjenna.blogspot.com/2008/01/juara-lagu-fakta-ringkas.html. AJL telah bercambah dari penganjuran di studio mini sehinggalah ke lokasi yang lebih besar dan glamour-glamour gitu!

Jadi yang mula tu pasti ada kekurangannya….nanti selepas ni bila budget dah ada jadi ok la tu..

AdingEMP 6/1/2009

4 comments:

butod said...

artikel yang menarik tompinai

Anonymous said...

Memang begitu la bah kalu baru pest time di buatkan? Yg penting akan dtg perbaiki kelemahan. heheh

Anonymous said...

adingEMP,

bagus kau jadi reporter kah, tulis artikel kah pasal industri musik sabah ni.

lala said...

hah!...trus kogogor tundu undu yg baca...mg betul kata c Anonymous tu..ba ngam laitu...