Tuesday, February 14, 2006

The People Behind EMP!

Bah! Inilah dia barisan EMP yang bergerak di belakang tabir industri muzik Sabah selama ini. Dari kanan - Ray, Asmin Mudin (Lebih dikenali sebagai Umbut dalam industri muzik tempatan) dan Ading. Gambar ini diambil semasa majlis ringkas si Asmin meraihkan kejayaan lagu "Gemilang" nyanyian Jacqueline Victor dalam Anugerah Juara Lagu ke20 TV3 dan Hitz 1 RTM baru-baru ini. Lagu tu ditulis oleh Aubrey Suwito dan Lirik oleh si Asmin lah. Sebenarnya kan, ini bukan kali pertama lagu-lagu Asmin dicalonkan dalam AJL. Sebelum ni Lagu "Kau Ilham Ku - Man Bai" dan "Anggapan Mu - Ziana Zain" pernah ke peringkat akhir tetapi tidak berjaya. Tapi ini kali...Tahniah Min! Kawan kami menanglah! Siorang ni sudah lebih kurang 6 tahun menubuhkan EMP ni. Kami lah juga komposer, sound engineer, marketeer dan bermacam-macam lagi lah. Misi EMP pada tahun ni....hmm..."Ingin memeriahkan lagi industri muzik Sabah, especially KDM". Kami sudah pun habis mixing & mastering untuk Album Reno (Juara KDM Idol 2005) dan album ini keluar pada bulan April tahun ini. Sekarang ni Album ketiga Clarice J. Matha dalam proses rakaman. Bah, setakat inilah dulu, kalau ada apa-apa siorang kasih update lagi.