Sunday, November 08, 2009

Diddy AF4...mencuba rentak sumazau..

Siapakah tanakwagu hensem ni...haahhh..inilah dia Diddy AF4..
Diddy AF4 dan pihak pengurusan beliau tertarik untuk mencuba irama sumazau ini didalam albumnya nanti.

Hasrat beliau ini telah disampaikan oleh Candy AF5 kepada team produksi Candy di KK..(eh!..siurang la baitu..ehehehe)...maka hasrat beliau itu EMP sambut dengan kembang lubang hidung dan akan memberikan yang terbaik dalam pemilihan lagu-lagu yang sesuai.

Sebagai permulaan beliau dijangka akan tampil berduet bersama Candy dalam album KDM Candy nanti.

Ini merupakan satu perkembangan yang sihat, menunjukkan irama sumazau kini melangkau jauh lagi kepersada seni nasional...sememangnya irama dan lagu tidak mempunyai batasan yang menyekatnya untuk berkembang.

Populariti irama sumazau mula dikenali di seluruh negara bilamana kumpulan Blues Gang merakamkan semula lagu "Jambatan Tamparuli' didalam album mereka...selepas itu muncul pula lagu "Sayang Kinabalu' nyanyian Kimin Mudin.

Harap-harap lagu KDM Diddy AF4 ini akan bersinar sebaris dengan lagu-lagu hebat tadi.

Pernah satu ketika dulu sedang aku lepak-lepak dengan member dari semenanjung (sekarang ni dia bilang dia ni Sabahan..sudah beranak pinak disini..)..tiba-tiba berkumandanglah lagu 'Sumandak Tamparuli' nyanyian artis veteran Justin Lusah....katanya 'Ding!..kalau aku dengar irama lagu-lagu dusun (KDM) ni....macam segala-gala masalah 'hilang'!..walau pun aku indak paham hahaha..kecuali yang lirik dia dalam bahasa Malaysia Sabah...baru aku paham'...maka keluarlah beberapa lirik lagu-lagu irama sumazau yang aku tau dia biasa nyanyi time kenduri kahwin atau pun pigi karaoke....

Irama atau rentak sumazau ni memang ada 'aura' nya yang tersendiri...kalau kena pada tempat, masa dan suasananya..gempak juga kenduri tu jadinya hehehe...

Sekitar tahun 90'an dulu..semasa aku masih belajar di Sarawak...terkejut juga aku dalam satu majlis keramaian di sebuah perkampungan suku kaum Iban...kebetulan ada boyband juga hari tu...kami diminta oleh tuai rumah panjang (ketua kampung) menyampaikan beberapa buah lagu rentak sumazau..(tuai rumah ni pernah bertugas di Borneo Utara semasa zaman konfrantasi ditahun 60an).

Untuk tidak mengecewakan permintaan 'peminat'...maka aku (drummer) dan beberapa lagi rakan..err aku ingat gitaris kami tu junior aku di kampus berbangsa Bajau....maka kami hentamlah lagu-lagu 'Jambatan Tamparuli, Lima Ribu, Taragang Rasuk'..dan beberapa lagi lagu yang liriknya kami hentam saja time tu (bukan kena paham pun! hahaha)..janji rentaknya Sumazau.

Dan lucu juga perasaan hari tu macam attend majlis kahwin di Penampang pula..dan itulah pertama kali aku nampak Datuk Alfred Jabu sumazau sambil signal 'thumbs-up' sama 'band kami'....hehehe.

Wednesday, November 04, 2009

si Guba....grennnggggg! indie music

si Guba...iya si guba..bukan si gaban okeeyy...hehehe kumik! but ada juga bunyi komersil nama dia ni...

Terkejut gaban la si Guba ni bila aku review pasal dia ni barangkali..hahaha..jan marah ahh..

Well, let us 'familiarized' with this name..GUBA...he is one of our blog's visitors and just coincidently or luckily this fellow give his myspace link..kalau kamu mau visit blog dia..klik saja nama dia di shout box kami tu..

Just like us in EMP...he is too a songwriter (aku rasa la..). I've gone through some of his works which he posted also in his myspace.com...I can say, not bad dude...awesome and glad that ada juga budak-budak Sabahan macam dia ni out there..and I hope a lot la..kalau bulih beribu-ribu lemon. If you guys want to know more abbout him...jangan malu-malu just click http://www.myspace.com/gubamusic ...sambil tu ter'promote juga la myspace dia ni.

I can say that his music influences a bit of Nirvana here and some of Pearl Jam there...i dig to his music though...its kind of cool and interesting. Well i can see he have a future in his very own talent and i would like to work out something with this talent..hopefully la. So bro! keep it up!...dan majulah sukan untuk negara.

AdingEMP

Tuesday, November 03, 2009

single terbaru CANDY AF5...dalam bahasa Inggeris.

Candy AF5 muncul dengan sebuah single berbahasa Inggeris bertajuk 'Trouble Maker' hasil sentuhan seorang komposer dari Iran. Malah komposer tersebut juga turut berduet dengan Candy didalam lagu tersebut. Pelancaran single Candy ini telah dilakukan dalam pada 2 Nov 2009..eh! kemarin pula bogia..mbah..ngam la bah juga itu...

Sama-samalah kita doakan kejayaan sumandak Tambunan ini dan semoga album ini akan mengorak rezeki serta kejayaan Candy di persada seni tanahair...
Semoga usaha Candy ini akan meng'umph kan lagi artis-artis dari Negeri Dibawah Bayu kita ni..huiyoh..siok ni tau...

bah kalau kamu limpas-limpas mana-mana kedai CD berdekatan..cubuk-cubuk lah kalau-kalau album Candy sudah sampai k...:)

Nampaknya tahun 2010 Candy bakal menjanjikan satu gegaran...grrrrr

KK..KK...Instanbul....London...jalan terusssssss

AdingEMP 3 NOv 2009

(credit gambar : unitedcomunitmalaysia.blogspot.com).....dengan ijin.

Sunday, November 01, 2009

EMP!....kembali 'berkuntau'...

Kalau baca tajuk saja urang ingat siurang mau pigi pukul urang...bukannn.

Lama sudah bah EMP (Asmin, Ading & Ray) 'berehat' ni!...maksud rehat ni bukanlah indada buat kerja..ada juga bah cuma banyak betul perkara-perkara yang cuba disettlekan sepanjang tahun ini..maka sekaligus meng'terbengkalai'kan tugas2 studio buat sementara waktu...

Namun kami sudah pun start balik engine kami bertiga ni...dua hari ni pun aku sibuk juga mixing beberapa lagu KDM Candy AF5, buat arrangement baru untuk album melayu Candy juga..aduhhh migrain ku datang balik dong!..


Selain itu kami juga akan memulakan projek album solo Asmin Mudin...maka pendek kata. Nampak gaya sehingga penghujung tahun ni EMP akan all-out lah untuk album Candy AF5 dan Asmin sahaja...penat juga ni untuk mau ambil 'order' baru urang minta produce album hehehe (tapi kalau ada bulih jugaaa..)

Selain itu 'cita-cita' dalam tahun ni yang dirancang tapi belum ter'realisasi lagi akan cuba untuk EMP mulakan juga....EMP akan mengembangkan aktiviti seninya ke satu demensi baru yang bakal mengubah industri musik Sabah buat selama-lamanya...cehwahhh.

Asmin Mudin AHLI DARJAH KINABALU..tahniah boss..


TAHNIAH...


itu sajalah yang dapat aku dan si Ray ucapkan atas penganugerahan pingat Ahli Darjah Kinabalu kepada beliau oleh TYT baru-baru ini.


nah!..'penganuan' pingat ADK sama si Umbut ni besar juga ertinya untuk orang-orang musik..kerana beliau dipilih atas usaha dan perjuangan musiknya yang sekaligus menaikkan nama negeri Sabah di persada seni musik nasional negara.


mungkin kalau si umbut ingat sekitar tahun 1999, sedang siurang lepak-lepak minum teh tarik sambil kunyah roti kawin dibawah studio RAM Production dulu...berkatalah aku dengan confidentnya.."min..manatau satu hari nanti TYT bagi kau pingat pasal usaha musik kau ni!?"...maka menjawablah si Umbut.."Hish..jangan kau main2 Ding...aku bukan sampai ketahap itu lagi...tapi kalau ada bulih juga!!"...HAHAHAHA...sambil kami sambung kunyah roti!


Dan 10 tahun kemudian...Asmin bin Mudin (hehehe)...sedang pigi sukat-sukat baju melayu dan meng'order samping songket....atas jemputan ke Istana Negeri Sabah untuk penerimaan pingat Ahli Darjah Kinabalu oleh Tuan Yang Terutama...


kau mimang bulih bah!..


p/s: Min!...sound jak kami bila mau pigi tomyam...
AdingEMP 1 Nov 2009..