Tuesday, February 13, 2007

Al-Kisah Seorang Producer Album Dusun...

" Satu hari sia bercerita sama si Ading pasal muzik lah bah kan, terkeluar lah cerita-cerita lucu, geram pun ada juga lah semenjak kami berkecimpung dalam industri ni. Si Ading ni kalau pasal menulis memang sia kalah lah, terus terang.. sebab itu lah kalau dia tulis lirik senang ja. Jadi sia suruh dia tulis sikit-sikit lah pasal pengalaman-pengalaman kami sebagai composer dan producer lah kunun dalam ini blog. At least there's something to update ... it has been quiet for sometime now. Mari kita dengar cerita si Ading.... "

Aku ni mau buka cerita sikitlah pasal bakat-bakatnya ingin mengeluarkan album mereka sendiri ni. Sedang aku pekena roti telur dan teh tarik ping di sebuah restoran, datang seorang kawan lama menegur. Kawan ni memang setiapkali jumpa saya mesti dua saja soalan yang diulang-ulangnya :

  1. Bah! kamurang ndak mau cari artis baru. Ambillah saya.
  2. Berapa bah bayaran kamu minta kalau aku mau buat album di tempat kamu.

Maka berceritalah aku mengenai proses rakaman sebenar dari A-Z dan pelan-pelan air muka kawan aku ni berubah dari tersenyum ke muka berkerut especially bila penerangan mengenai KOS PENERBITAN diutarakan. Sebenarnya tiada jumlah kos RM yang “tetap” untuk anda menerbitkan album anda. Yang penting anda tahu :

  1. Apa anda mahu dalam album anda - Percayalah! Lagi hebat idea anda lagi besarlah RM yang akan terlibat kerana memerlukan tugasan-tugasan yang extra.
  2. Material (lagu & lirik) - Maha penting..lagi kuat dua benda ni menarik minat pendengar maka lagi “boleh jual” album anda BALIK MODAL dan lepas tu baru buat untung.
  3. Siapa penerbit yang anda ingin berkerja - Penerbit adalah antara elemen “tersembunyi” yang paling penting dalam kehebatan album anda nanti. Anda boleh minta siapa-siapa saja penerbit untuk menjadi penerbit anda. Minta M.Nasir terbit album dusun pun boleh mungkin makin interesting hasilnya.

Lepas tu kawan aku tu pun sambung..mahallah! kasi murahlah buat kawan-kawan. Part mention kawan-kawan ini lah yang payah aku mau fulfill ni!..aku pun tanya “berapa bah kau mau invest dalam album kau ni? Kawan jawab”lebih kurang RM3,000 cukup kai tu?” alamak! ertinya RM3,000 / 10 lagu = RM300 satu lagu….emm macam mana mau tulung ni agh? Aku ni memang lemah kalau ada kawan minta tulung ni..tapi aku cuba kasi paham juga (dalam hatilah) kalau ada 10 kawan minta macam ni… susah lah industri kita.


Selalu orang nampak kerja penerbitan ni macam senang..datang ja masuk studio terus nyanyi. sebenarnya, bayangkan proses ini untuk 10 buah lagu dalam satu album:

  1. Pemilihan Lagu dan lirik, kalau tiada kena tulis lagi.
  2. Buat arrangement musik setiap lagu.
  3. Menjaga rakaman vocal etc. setiap lagu.
  4. Editing, mixing dan mastering setiap lagu.
  5. Buat surat menyurat dengan kastam bila nak order kaset/CD.
  6. Urusan duplication.
  7. Terima kiriman dan pigi ambil di pejabat pos.
  8. Minyak buat semua kerja-kerja diatas tu.

Lepas recording pengalaman aku mesti artis tu bawa makan minum lagi sekejap dan jangan silap agh penerbit belanja. Alahhh..ok la…tapi kena kau yang datang pigi studio diangkutnya laki/bini, anak, bapa mama, adik beradik, best friend, cousin…untuk menyaksikan dia beraksi di studio..lepas tu bapa dia bilang setakat 2, 3 set (10 tiga laitu!) tu tiada masalah bah kan!...emm??? belum campur carrot juice si anu, mee guring, nasi guring, ikan kerapu sweet n sour etc…

Pernah satu ketika seorang anak VIP datang ke studio minta buat karaoke 10 lagu yang terdapat diadalam album kesukaannya itu. Budak tu bilang “ndak payah deposit..bapak aku bayar terus” wah bagus laitu, semangat aku kalau macam ni. Budak tu keluarkan duit RM50…aku pun tunggu lagi la RM yang seterusnya dari wallet dia memandangkan dia tengah relax minta resit. Aku pun tanya lagi ..yang lebih mana dik?? Budak tu hairan dan menambah “ itu saja bapak aku bagi..dia bilang cukup tu..bukan susah buat karoeke tu..buang suara saja (pigi mampuslah!)”...ketawa, nak nangis, geram macam-macam la aku rasa masa tu bila penat lelah anda dinilai RM5 per lagu saja. Untuk membuat karaoke ni memerlukan lagu itu di buat music arrangement semula mengikut lagu asal. Ada orang bilang mesin yang boleh hilangkan vocal dalam lagu tu dan terus jadi karoeke…kalau mesin tu betul-betul wujud pasti aku dah jadi kaya sekarang. Kena cari bunyi atau alat music mengikut bunyi /instrument asal lagu tu. Transfer pigi audio format, burn to CD, alahh…malas lah mau cakap.

Pendek kata selalu kos rakaman ni disalahertikan bila meletak sesuatu kadar harga (rates charges) dikatakan mahal sangat!...ramai orang diluar sana tu yang mahukan “produk yang berkualiti tinggi tapi dengan harga yang paling rendah..kalau dapat free lagi siok!”

Nilai kerja atau seni yang orang-orang dibelakang tabir pembikinan album anda ini sebenarnya tinggi nilai dan ertinya bagi mereka. Ia tidak boleh diukur dengan pembaris, penimbang, calculator atau apa-apa pun dan ianya adalah amat subjektif.

Jika anda beranggapan yang penerbit, pencipta, penulis ini hanya layak apa yang anda MAHU bayar kepada mereka tetapi mahukan satu hasil kerja yang tinggi nilainya…maka saya berani cakap..anda mungkin berjaya mengeluarkan album tapi anda gagal memperjuangkan “seni” yang anda sendiri minati....

Bak kata pepatah urang putih! “WHAT YOU PAY IS WHAT YOU GET”

Ading
13 February 2007

7 comments:

dBOS-fm said...

bah ngam jugalah ada artikel mcm ni..supaya org tahu betapa sengsara mau bikin album. Harap2 durang nda beli album cetak rompak atau download lagu free d internet.

umbut said...

Kasi tebalik jak meja bah

Anonymous said...

uinah Min!..rilek na kau..kesian durang!

umbut said...

Ah.....

Memang kasian

Anonymous said...

macam mana kita mau naikkan nama album-album KDM kita?
perlukah artis-artis berkumpul satu masa dan buat konsert promosi?

umbut said...

Artis-artis enda perlu berkumpullah...bikin kaya cina jak jual beer!...Cari dan kumpul org2 kaya KDM minta durang buka stesyen tv dan radio swasta dulu....kan Ding?

Anonymous said...

Ya saya setuju cari orng2 kaya KDM tuk mintak ujudkan stesen TV swasta,masalahnya mau kah dorang... sebab biasanya org2 kaya KDM ni tak nk tolong org susah mcm kita ni,Dorang berminat yang mendatangkan keutungan pada dorang ja..!!!