Thursday, February 15, 2007

Menjadi Juri AF5 dari rumah.

Sedang siok aku tengok pertandingan American Idol musim ke 6 ni…terkeluar pula idea untuk menulis artikel berkenaan isu di atas dan sengaja saya ajukan kerana selama saya ditugaskan mengadili banyak pertandingan nyanyian 90% boleh saya katakan yang para peserta indak lansung buat ‘homework’ untuk masuk pertandingan…siok sendiri lah dia diatas pentas.

Walau pun aku ni bukan Simon Cowell tapi rata-rata pengadil yang arif pasti mempunyai judgement yang lebih kuranglah!..dalam mana-mana pertandingan nyanyian, selalunya pihak penganjur akan mengarahkan panel juri untuk melihat berbagai-bagai sudut mengikut keperluan mereka…tapi biasanya aspek yang selalu diadili adalah aspek seperti berikut:

Tempo 20%
vocal / mutu suara 30%
Originaliti / Keaslian / pemilihan lagu 25%
Showmanship 15%
Penggunaan pentas 5%
Pakaian 5%


Peratusan yang aku bagi tu mengikut judgement aku sendirilah…tapi mempunyai signifikannya yang amat penting…ok murid-murid cikgu explain satu persatu ya.

1. Tempo 20%
Bagi aku lah ketetapan tempo musik dengan vocal penyanyi umpama “perkenalan” awal antara penyanyi itu dengan pengadil. Besar markah dia ni…jika rosak “perkenalan” pertama itu maka semasa memulakan persembahan maka ia pasti menjejaskan “keyakinan” pengadil terhadap penyanyi itu. Biasa aku terdengar peserta-peserta yang indak tau bila mau masuk…maka ke laut lah ceritanya vocal peserta harapan kampong dia niiii…disalahkan pengadil pula pilih kasih.

2. Vocal / Mutu Suara 30%
Markah yang aku bagi paling besar..hah!..kenapa?...Pernah kah anda terdengar suara seseorang penyanyi yang bagi anda sungguh “cantik, merdu dan unik” menyebabkan anda “jatuh cinta” dengan “tone” suara tersebut???..jika pernah..nahhh..itulah bah yang aku maksudkan. Jika diantara 10 peserta…seorang mempunyai vocal sebegini markah vocal pasti tinggi.

Tapi lain telinga lain tahi telinganya..lain pengadil lain pendengarannya…maka terpulang kepada pengadil lagi lah..sebab itu paling kurang mesti ada 3 pengadil atau Setiap pengadil membuat penilaian aspek yang berlainan…supaya indak bias (berat sebelah bah!). Tidak semestinya anda mesti mempunyai nada vocal yang tinggi macam Ziana Zain atau Mariah Carey..tapi kalau ada..satu bonus juga. Vibrator vocal kena jaga..jangan part lagu yang indak perlu vibrator suara mau kasi vibrate juga…nanti kedangaran macam enjin motobot mau minta overhaul kikikik..mereka-mereka yang mempunyai vibrator macam bunyi kambing biri-biri mengembek tu…agh aku rasa indak payah ikutlah..atau cuba buang dan belajar buat vocal vibrator yang lebih sempurna.

3. Originaliti atau Keaslian dan Pemilihan Lagu 25%
Maksudnya..mendendangkan lagu tersebut dengan cara anda sendiri tanpa “MENIRU” cara pembawaan penyanyi asalnya..ingat tu. Biasalah kan pertandingan nyanyian ni…mesti bawa lagu-lagu yang rata-rata kita semua sudah pernah atau biasa dengar. Jadi mesti kita “biasa” dengan versi asal lagu tersebut. Kalau peserta tersebut dapat menyanyikan lagu tersebut dengan gaya atau caranya sendiri (tapi INGAT!…melodi tidak boleh sama sekali diubah tau…pantang!) dengan baik dan merdu sekali…maka peserta itu aku anggap berjaya memberikan keaslian bagi lagu pilihannya itu.

Ramai yang silap besar bila peserta pilih lagu siti..suara pun sebijik macam siti…nyanyi lagu Ziana…sebijik suara Ziana…boringlah ikut-ikut suara orang…market don’t want two duplicates singer. One Elvis is enough..one P.Ramlee is enough…one Siti is enough….lagi pun ini pertandingan nyanyian bukannya pertandingan tiru suara orang…kalau ada kategori ni hah! Aku rasa bolehlah bagi kemenangan…aku rasa burung tiong pun bulih menang ni! Pemilihan lagu…astaga! perkara inilah yang selalu peserta silap. Kecuali penganjur dah bagi lagu-lagu wajib….sekiranya peserta pilih sendiri lagu….pilihlah lagu-lagu yang sesuai (nanti aku elaborate di bahagian showmanship) jangan siok sendiri..juri dibawah tu..menguap-guap tunggu kau mau berhenti.

Jika diminta membawa 2 buah lagu..pilihlah satu lagu fast tempo atau cache dan satu lagu ballad…tujuannya menaik dan memaintainkan mood juri bukan penonton walau pun response penonton ada juga relevantnya. Bagi aku response penonton is 1% – 2% saja kerana penonton akan bersorak samada hebat persembahan anda atau hancurnya persembahan anda…selalunya part ni bercampur-campur sorakan, ketawa dan suara-suara kutukan.

4. Showmanship 15%
Asmin Mudin pernah bergurau sama aku..Ding! kalau penyanyi ni bulih menyanyi sambil gimnastik macam giuk..aku kasi menang dia ni (me“refer” seorang peserta sedang kami adili yang memang indak ada harapan mau menang dan mungkin dia pun sedar sendiri..tapi masih terus menyanyi siap dengan airmata original…kusss semangat). Apa yang Asmin maksudkan itu ialah showmanship yang menarik akan dapat cover kelemahan persembahan anda yang lain-lain atau distracting the audiences perspective…walaupun indak banyaklah..

“Showmanship yang baik lahir secara spontan jika anda faham lirik dan enjoy dengan musik lagu tersebut”..hahhhh piker-pikirkan lah.!...selalu tengok persembahan artis-artis besar di TV..dorang ni sudah masuk class untuk menajamkan showmanship mereka. Belajarlah buat gesture ringkas untuk penonton sama-sama “merasai” persembahan anda dan jangan diulang-ulang banyak kali boring pula…nampak macam satu rutin pula.

5. Pengunaan Pentas 5%
Gunakan keluasan ruang pentas anda tapi jangan melebih-lebihlah…sampai mengancam keselamatan nyawa dan harta benda anda dan awam...MESTI pandai menari…(part ni mengingatkan aku dengan seorang local artis yang tarian dia ni macam mau berjogging tapi mau indak mau??!! Hehehe..si Ray kenal ni). Menyanyi di spot yang sama sahaja menunjukkan betapa nervousnya anda sehingga indak mampu bergerak.

Satu ketika aku menjadi juri di salah satu talent time SM La Salle..sekolah lama aku...sorang peserta tu tiba-tiba rebah bila lagu mula berkumandang…for a few moment orang ingat part of prop persembahan dia kerana lagu pun lagu kena kasih tinggal kekasih…bila lirik pertama belum lagi bangun-bangun melompatlah mama dan bapa dia naik pentas…aku dengar mama dia bilang..”Dia ada ampus tu!!..tulung”..juri sebelah aku, nama dia si Neil Mah pantas juga bagi pertolongan…thanks Neil..lama indak jumpa! Baru kami tau budak tu terlampau nervous hingga menggangu pernafasannya..tetapi minat untuk cuba menyanyi kuat betul.

6. Pakaian 5%
Tidak semestinya mahal dan blink blink..cukuplah dengan nampak simple tapi segak. Ikut kesesuaian lagulah…jangan pakai baju kebaya nyanyi lagu hip hop. Selalu nya warna hitam atau putih jadi pilihan…atau kalau mau pakai pakaian yang hampir satu warna match semua…jangan colorful..macam badut pula atau aiskrim paddle pop. Ambil berat dengan penampilan anda untuk orang wowww! sama kau..jangan datang pakai t’shirt lusu, selipar, baseball cap atau datang macam mau bergambar kahwin.

Akhir sekali…semua yang aku mention tadi tu hanyalah pandangan dan pendapat aku personally lahh…lain orang lain lagi caranya…nasihat aku tu hanya sebahagian daripada berjuta-juta nasihat berguna yang and boleh perolehi dari orang-orang yang juga arif sebagai pengadil…

Jadi marilah kita praktis dengan menjadi Juri AF5 dari rumah pada bulan March ini…enjoyyy.
Ading
15 February 2007

7 comments:

dBOS-fm said...

kalau sya...sya tutup mata sya nda tengok tu penyanyi...sya men dengar ja sambil kira kesilapan...teknik baru bah kita..hehe

umbut said...

Ray....

Si Ampal menangis bercucuran air mata minggu lepas di Dewan ASWARA kl!!! Masa mula syarahan "P.Ramlee yang kukenali-Yusnor Ef-" dia ok. Yang ending tentang saat kejatuhan P.Ramlee hingga 2 minggu sebelum dia mati...Si Ampal nangis....
"...Hujung 1960-an, P.Ramlee kena jemput nyanyi 2 lagu..Belum abis satu lagu, budak2 suruh dia turun stage..." Part ni air matanya istat..
Jadi soalannya ialah;
Mengapakah Si Ampal Menangis?

Ray said...

Ampal menangis? Dia sedih brangkali ingatkan nasib P.Ramlee ...

Anonymous said...

aku rasa barangkali ka dia rasa satu hari nanti dia pun kana suruh turun pentas??

umbut said...

Ding....

Ah malas aku si Ray bah...jawapannya control macho betul baaaa..

Mcm ada kana mangana gak tu....Persoalan seterusnya...Lagu P.Ramlee di akhir2 tu "Air Mata Di Kuala Lumpur"....jadi kalau si Ampal apa lah tu...

...Bah jangan lupa Open House Skyline!

umbut said...

Jadi...

Ada cerita si Ivy mau menyertai Skyline...amacam??...

All Thing Viral said...

ba buli sya masuk, he..he, ada banar juga entang pengadilan tu. tak kira kampung,nasional atau international kriteria nya sama saja. impresion hakim tu penting, klu nda dapat dihati mereka nda juga dapat keputusan yang terbaik