Saturday, February 28, 2009

KE Next Top Entertainer..dan 'meja bulat' kami!

Ramai kawan-kawan yang sudah tanya bila mau buat posting baru...kalau bulih rajin-rajin update macam si http://www.dbosfm.blogspot.com/ yang sudah jadi macam 'berita pagi' dunia hiburan Sabah.
Ada juga yang minta review pasal album. Mungkin part review album ni EMP tidak boleh lah disebabkan kami juga adalah penerbit album, jadi kita serah sajalah tugas review dan promo ni sama si DBOS...kirim saja produk anda sama dia ni. Namun pendapat dan komen boleh email atau chat online sama aku di Instant Messaging (IM).
Satu lagi kalau aku kena beli selalu...err itu kena ambil perhatian sudah akan 'kemampuan' wallet aku pasal hampir setiap bulan ada tidak kurang 3 album mesti keluar dari artis lama dan baru. Kalau kena beli semua ni....secara positifnya aku boleh berbangga kerana menyokong rakan-rakan di dunia hiburan Sabah....namun dari sudut negatifnya...anak aku kena minum susu cap junjung mangkali bulan ni..hehehe..off budget peruntukkan beli susu...odoi dogo!

Anyway, last week aku menghadiri 'KE Next Entertainer' dan ramai la bah betul pengunjung. maka lepak la 'kami' di lobi (cakap saja 'lobi' la..glamer sikit..padahal kaki lima jak baini!)tangga Pusakag Cafe dengan macho nya sambil cuci2 mata sumandak talawa yang turun naik tangga.

Aku, Dj Othoe (SuriaFM), Alvin (Infinatez), Fred (Sabah Records), Usal Jon Gavis(ko mau minta korom kah ini!..).

Sekali sekala dorang si Kadus, Bossing, ntah siapa-siapa lagi yg aku lupa sudah singgah di tempat kami...aku rasa tempat siurang berdiri sama sibuk macam acara di dalam Pusakag Cafe malam tu...

Biasalah, cerita kami berkisar dari sudut teknikal, pemasaran, visi industri musik Sabah sehinggalah kepada cerita saiz rim kereta sport idaman dan kedai hardware sana Menggatal yang ada jual kepala cangkul 3 in 1 hahaha...
Ok lah..berbalik kepada dunia hiburan Sabah. Melihat kepada pengunjung dan isu 'meja bulat' (padahal berdiri jak siurang ni)..kami pada malam itu dan penganjuran KENE...ia merupakan antara salah satu 'idea pengerak' usaha generasi muda KDM ini yang memperjuangkan kesinambungan perkembangan industri hiburan di Sabah selama ini. Infinatez yang 90% non-kdm speaking group (10% tu si Alvin) telah menyanyikan lagu 'HINONGOH' ciptaan Fingerstylo, bahasa etnik tempatan Sabah ini ke satu level lagi untuk generasi muda KDM.

Dari era John Gaisah...ke alunan melodi Jambatan Tamparuli..
sehinggalah kini pendengar dibuai Sayang Kinabalu, sebuah lagu yang kini begitu cliche dengan Negeri Sabah...tanahairku. Kekuatan bakat seni dan keunikan sosio-budaya (PTI yg ada IC tidak termasuk ah!) di Sabah ini menjadi tunjang kepada yang saya panggil sebagai 'Sabah Memiliki Pasaran dan Industri Musiknya Sendiri' yang mampu berdiri jika usaha promosi dan 'bantuan' sepatutnya dari mana-mana pihak diteruskan.

Mungkin secara umumnya 'isu' yang kami bincangkan pada malam itu boleh dirangkumkan seperti berikut:..(macam soalan SPM pula Othoe!)

1. Dimanakah halatuju industri musik 'kita' 2 -3 tahun lepas ini?
2. Pro dan Contra kemajuan teknologi terhadap masa depan industri musik?
3. Apa usaha 'kita'/badan/pertubuhan seni sendiri dalam memajukan Industri musik Sabah?

(pembaca yang ada idea atau pendapat boleh sumbangkan komen dan cadangan..tapi indada hadiah la..setakat terima kasih dan ingati daku dalam doa mu saja!..hehee...namun pendapat dan cadangan pembaca akan diambil perhatian) .

bersambung....

3 comments:

Bossing said...

majulah industri muzik kita.. Sabah mimang buli...

Anonymous said...

Bah itulah motif utama Pertisa ditubuhkan. Menjadi tunjang dan penaung kepada semua artis di Sabah ini. Para pemimpin tertinggi pertisa kena berkhidmat secara ikhlas. barulah artis tempatan ini ada semangat. dan kita ini yg tida kedudukan kena sokong dari bawah. Bersatu kita kuat, bercarai habislah....

Sumandak said...

OoOoOoO... ada pigi ahhh... dalam diam ahhh pigi KENTE... Huhuhuhu~