Tuesday, October 05, 2010

Realiti pedih 60% Artis Rakaman Sabah...yg 40% tu kira ok la kali ahhh?! :)

Sedar atau tidak Industri Muzik Sabah sebenarnya sedang mengalami satu 'transformasi' besar dengan lahirnya bakat-bakat muda dan pejuang seni musik baik dalam bidang sebagai artis rakaman, pemuzik, komposer dan juga penerbitan. Ada yang berjaya...dan tidak kurang juga yang lingkup gulung tikar...akibat kurangnya pemahaman mereka terhadap 'industri' itu sendiri.....di Sabah.


Untuk kita berbicara mengenai isu yang ingin saya kongsikan bersama disini...mungkin ada baik kiranya artikel dibawah dibaca dahulu agar pembaca dapat memahami dengan jelas apa yang ingin saya 'kongsi' kan bersama...artikel tersebut telah di'tag' ke halaman facebook saya dan bagi saya isu yang diutarakan amat menarik sekali untuk dikongsi...bukan kongsi duit ahhh hehehe


Realiti Pedih 60% or more Artis Rakaman Sabah : DIPETIK DARI 'CARTA ROJAK KKFM'

1. Tahukah kita semua bahawa artis-artis kita sudah bersusah payah bikin album sendiri dengan kos sendiri sekitar lebih kurang RM7000 belum termasuk kos cetakan ( kecuali artis yang dibiayai atau di ‘sponsor'oleh syarikat rakaman atau distributor - Itu pun mereka ada masalah tersendiri yang pahit terutama soal royalti jualan dan lain lain bayaran)

2. Kemudian selepas album itu siap 'dengan terpaksa' jual master audio album tersebut kepada distributor TERMASUK pemberian hak kepada distributor utk menghasilkan dan menjual video klip (mtv karaoke) ke pasaran. (Terpaksa menjual kerana kos rakaman dihutang dulu daripada studio rakaman yang menuntut bayaran kerana perlu bayar sewa bangunan dan karan)

3. Kemudian selepas proses tawar menawar yang berat sebelah kontrak jual beli pun ditandatangani ; kesian dan mendukacitakan selepas perjanjian jual beli itu disetemhasilkan artis tidak akan ada sebarang ( langsung tidak ada ) kepentingan lagi kepada album tersebut malah lebih sakit artis diminta utk membuat promosi & menyiapkan v-klip tanpa sebarang bayaran.

4. Proses jual beli itu selalunya tidak menguntungkan artis. Harga belian lebih murah daripada kos pembikinan. Si artis terpaksa setuju saja.

5. PENYELESAIAN SEGERA

a. Bertindak dengan bijaksana. Minta pandangan kawan. Bersabar terbitkan album dgn kos sendiri dan edar jual sendiri jika mampu

b. jika Artis atau Penerbit terpaksa menggunakan perkhidmatan distributor berkenaan juga . JANGANLAH JUAL MASTER itu LUMP SUM ( yang memberi unlimited rights kepada distributor untuk ‘bantai’ jual album tersebut habis-habisan ) tapi BERI LESEN UTK SUATU TEMPOH TERTENTU atau buat distribution deal berikut jika sekalilagi terpaksa

i. minta distributor PRINT sahaja jangan ada deal jual beli dan minta royalty jualan sekurang kurangnya RM 5.00 setiap cd yang terjual BUAT KONTRAK

ii. print sendiri dan hantar cd ke mana-mana distributor yang ada dan wujudkan consignment deal dengan nilai harga runcit kepada distributor sekurang - kurangnya RM10 per CD dan RM12 untuk VCD

6. KELEMAHAN SESETENGAH ARTIS & PENGURUS MUZIK KITA

a. kita terlalu mau duit dengan masa yang cepat maka kita terpaksa menjual audio master album

b. Kita terlalu mau menjadi artis dengan pantas sampai kita terabai memikirkan apa nasip produk yang telah kita hasilkan dengan titik peluh

7. RENUNGAN

a. Kita semua faham smua urusan ini adalah urusan perniagaan belaka dan tertakluk kepada proses tawar menawar, bincang dan akhirnya persetujuan tetapi MORAL YANG RENDAH oleh pihak PEMBELI ini mengheret artis Sabah menjadi mangsa kehilangan khazanah budaya dan bahasa selamanya.

b. Hakikat pahit yang perlu kita telan Kita memang sudah tidak boleh berbuat apa2 dengan produk hiburan atau album yang lepas2. kerana semuanya telah 'diserahkan' kepada pemodal dengan persetujuan bertandatangan oleh artis kita sendiri. Namun kita harus belajar dari kesilapan SELAMATKANLAH dan MILIKI ALBUM artis kita yang akan terbit bermula hari ini, esok lusa dan seterusnya.

c. Saya atau sesiapa saja mungkin tidak perlu kisah tentang siapa nanti yang memegang publishing rights mana-mana album itu tapi KEHILANGAN KEPENTINGAN KOMERSIL & NILAI SENTIMENTAL TERHADAP LAGU-KAGU dalam album itu khususnya artis yang mencipta sendiri lagunya suatu hal lain yang perlu difikir semula. Kalau tidak sekali lagu cucu cicit kita akan terpaksa bersedih kerana lagu nyanyian aunty, uncle , dad or mom mereka bukan lagi milik mereka!

d. Bayangkan Jika ada 10 album yang terlibat maka kita akan kehilangan 100 buah hasil karya dan 'pemilik baru' rights itu akan menggandakan keuntungan dengan mencetak 10 master atau lebih album KOMPILASI.

e. Mungkin ada yang berkata 'aku peduli apa, bukan aku punya hal ‘ tapi saya harap anda bersama saya yang ada bisikan dalam hati yang berbunyi 'Saya sayang lagu-lagu dan lirik karyawan SABAH'

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

well..apa yang berlaku dan apa yang penulis cakap memang ada betulnya dan saya secara peribody..menyukung penuh la apa yang dia bilang.

Namun, indak bulih juga lah disalahkan kepada pihak 'sponsor' atau mana-mana pihak yang mengaut keuntungan melalui satu 'perjanjian' yang telah 'dipersetujui' diadalam sesebuah kontrak atau MoU..

selama lebih 10 tahun saya menceburi industri musik Sabah ni...isu ini seperti mesti ada..mesti wujud setiap tahun punya..maksud saya ialah rasa indak puas hati ni...kalau kamurang rajin scrolling artikel yang pernah aku tulis dulu-duuuulu dalam blog EMP ni, mungkin dapat menceritakan isu yang penulis tadi maksudkan...dan kami juga pernah mengalaminya.

bagi isu no.1....memang betul KOS PENERBITAN untuk sebuah album di Sabah adalah sekitar RM7,000...kita jangan cakap pasal hasil kualiti bunyi la..pasal maksud 'kualiti' ni subjektif dan lain pemahamannya antara para penerbit. Jumlah RM7K itu di Sabah adalah untuk satu album..kalau di KL harga tu hanya untuk satu lagu sahaja. Jadi di Sabah ni...si penerbit atau penerbit yang dibayar untuk produce album si penyanyi/artis (kebiasaannya si artis sendiri sponsor album dia ni) perlu mengunakan sepenuhnya kepakaran pengalaman serta pengetahuan beliau dalam bidang teknikal rakaman dan musician untuk memainkan alat2 muzik atau compose lagu/lirik untuk si artis, bayar sewa studio...cut cost la bah urang bilang.

Jadi dipindikkan cerita..kos menerbit dalam RM7K tidak termasuk cetakan CD...dan lain-lain.

Namun bagi perenggan akhir isu no.1 dan isu no.2, 3 dan 4....saya agak kurennngg setuju la....especially dalam hal-hal rundingan 'berkontrak'.

KONTRAK (sila rujuk Akta Kontrak) merupakan satu 'persetujuan' yang 'sah' antara pihak yang bersetuju dengan 'perundingan' yang akan dibuat secara 'bertulis' atau biasa kita bilang ..black n white la...jadi kontrak ni adalah bukan sekeping perjanjian 'main-main' yang boleh diambil sambil lewa oleh mana-mana pihak. Soal ditipu atau kena tipu tidak akan timbul jika perundingan dibuat dan mendapat persetujuan setelah perbincangan tersebut men'yiokkan hati kedua-dua pihak. selalunya kontrak akan ditandatangani apabila kedua-dua pihak bersetuju dengan segala 'benefits' dari perjanjian tersebut. Disini juga lah isu royalti, Rights, Publishing Rights, Pengedaran dan lain-lain akan termaktub.

Percaya atau tidak, menurut anggaran 'Royalti' lagu Jambatan Tamparuli (Justin Lusah) selama lebih 20 tahun ini adalah bernilai RM7 juta...jika Rights beliau benar-benar dapat dipunggut oleh pihak MACP. Salah siapa?..Justin atau Distributor...secara peribadi saya bilang iya tapi dari sudut yang lain tidak...biarlah isu ini menjadi 'pedoman' untuk kita sekarang.

Jadi semasa perundingan itu la..kalau saya si artis atau tuan punya album akan memberikan 'kemahuan' atau terms and condition untuk si pengedar 'honour' apabila pembahagian hasil dilakukan. Penipuan hanya wujud kita timbul manipulasi oleh si penawar berkontrak..DAN..si penerima berkontrak pula indak paham atau naif dari sudut pemahaman isu kandungan kontrak dan hak beliau...indak payah pigi sekolah perundangan untuk belajar benda ni..bulih tanya pengamal undang2 atau pun mereka yang arif..atau pernah berkontrak. Tribunal Pegguna di Mahkamah Kota Kinabalu boleh memberi nasihat dalam hal ini..free lagi tu...hehehe.

Jadi sebagai kesimpulannya sebelum sign kontrak (jangan bilang lepas sign kontrak..bilang kena tipu):

i. baca dan paham isi kontrak

ii. buat rundingan semula jika masih belumd puashati...biarpun ambil masa yang agak lama.

iii. kalau semua sudah ok..baru sign dan register di pesuruhjaya sumpah..murah jak ni..dalam RM10 + RM5 stem hasil.

Mengenai isu DISTRIBUTOR pula...kekeliruan paling senang berlaku..dan kalau rasa macam indak kena...sila rujuk balik dalam persetujuan kontrak tadi. apa-apa perundingan 'baru' yang tiada dalam kontrak awal..perlu dimasukkan atau dipanggil 'addendum' kedalam kontrak awal. sama juga la bah maksud dia ni...supaya indak kena tipu. Perbuatan atau apa-apa yang berlaku dan tiada dalam kontrak menjadikan kontrak awal tadi dengan sendirinya BATAL...dan inilah part indak siok yang akan timbul...saman-menyaman.

Masalah UTAMA ramai yang ingin menjadi 'artis' ini sebenarnya ialah MODAL...aduii.!! kedua ialah kegagalan PERANCANGAN PEMASARAN...errr..balik juga mau pakai modal ni..kih kih kih.

jadi selalu yang timbul si artis menawarkan si distributor keluarkan 'modal' untuk buat cetakan CD..buat distribution dan buat pemasaran/iklan sendiri. maka disinilah si distributor terpaksa cover balik kos tadi dan lepas dapat cover tu..barulah hasil bersih (net profit) diagihkan mengikut kadar yang dipersetujui dalam kontrak tadi...

Kos Penerbitan RM7K tadi sebenarnya adalah 10% dari kos sebenar menentukan kejayaan sesebuah album tersebut...70% yang menjamin kejayaan album itu adalah..MARKETING!....tiada marketing (iklan & pomosi) jangan mimpi anda boleh berjaya!...take my word and i'm good with it.

Aik?? baru 80% tu.???..mana pigi itu 20%???.....iyaaaa tuan...yang 20% lagi tu terletak kepada keberkesanan si distributor tadi mempunyai network market yang luas dan keupayaan memunggut hasil jualan album. Jadi, misti pandai pilih siapa 'distributor' anda dan reputasi 'distributor' ini....saya kenal hampir 90% maijor distributors di Sabah..dan mereka sebenarnya adalah manusia jujur...jika tidak...indak la aku jadi begini..kiiihoi..main ko burung :)

Akhir sekali..sebagai nasihat buaya pencen...hehehe...aku setuju dengan apa penulis ajukan iaitu sebagai pengiat seni...jangan sesekali menyerahhak atau Rights anda secara tidak sengaja atau kenaifan anda dalam hal-hal perundangan...sila bertanya kepada yang arif...dan yang arif jangan juga luki ilmu sebab yang arif juga mendapat ilmu dari otai-otai yang terdahulu...banyak badan yang menjaga Hak si tuanpunya Karya sperti MACP (www.macp.com.my).

UNTUK 'segala-gala'nya berjaya diatas...yang paling penting sekali ialah Kesedaran dan...ada MODAL.

Industri musik Sabah adalah unik...kita ada industri kita sendiri...dan sedar atau tidak sedar Industri Muzik Sabah sebenarnya sedang mengalami satu 'transformasi' besar dengan lahirnya bakat-bakat muda dan pejuang seni musik baik dalam bidang sebagai artis rakaman, pemuzik, komposer dan juga penerbitan. Ada yang berjaya...dan tidak kurang juga yang lingkup gulung tikar...akibat kurangnya pemahaman mereka terhadap 'industri' itu sendiri.....di Sabah.

jadi marilah kita sama-sama berkongsi pengalaman dan kepakaran..kalau boleh kita buat marketing bersama...konsert bersama...promosi bersama tanpa perasaan ego atau i'm better than you..sebab macam si Ramli Carlo bilang...pusing-pusing kita dalam industri ni..kita akan jumpa orang yang sama juga..kita ada market..execution salah!! pulak dah...

kalau kita kungsi-kungsi tu modal..aku rasa orait tu..income bagi sama rata la...

P/S...kita tunggu ada siaran khas channel TV Sabah...tahun depan brngkali ahh?!.. :P

AdingEMP 2010


4 comments:

Anonymous said...

main kau burung...sia sudah balajar baru 1% drp artikel ini...tq penulis. - PR

AdingEMP said...

terima kasih...memang macam itu la baitu..yg penting kita kongsi kepakaran dan pengalaman...baru itu duit senang mau datang hehehe...

Anonymous said...

allo Ading..sy sangat setuju dgn pendapat/pengalaman/renungan yg ko bagitau pasal segala pancaroba sbg penggiat seni tempatan ni. sy berminat pasal MARKETING ni..so, boleh bagi pandangan mcm mana marketing yg berkesan ka?...ALBUM DUSUN lah katakan...apa yg perlu dibuat?

AdingEMP said...

Dear..Anonymous.

panjang cerita dia tu..kalau bulih minta email..nanti kita boleh kongsi info. TQ