Sunday, April 03, 2011

Prince Of Pop (POP)....KL-POP Pertama Malaysia

Negara bakal bergegar dengan musik K-POP dengan 'mendaratnya' kumpulan P.O.P di tanahair pada 28 Mac lalu.....errrrr...sebenar bukanlah dari Seoul Korea the city of entertainment.....tetapi dari KK city land below the wind....hehehehe:)


Sekilas pandang ketika pertama kali melihat gambar profile mereka ni....pasti tidak tumpah kepada wajah-wajah artis-artis K-POP korea....iya bah!....mereka ini kesemuanya berasal dari Sabah.

P.O.P ...singkatan daripada nama Prince Of Pop, memulakan promosi awal kumpulan ini semasa program Jom Heboh TV3 di Pulau Pinang baru-baru ini. Kemunculan mereka mendapat sambutan hebat dibingitkan dengan jeritan para peminat baru mereka terutamanya golongan remaja wanita...tidak menang tangan mereka melayan para peminat baru mereka disamping bergambar dan memberi autograf.

Irama musik K-POP adalah genre musik terbaru berpaksikan industri musik Pop Korea dengan kelincahan tarian, musik hype dan melodi line yang mantap yang kini menjadi kegilaan remaja ketika ini. Walau pun tidak memahami bahasa korea namun
musik adalah 'buta' dan tiada sempadan pemisah....saya sendiri pun mula tripping dengan irama K-POP ini hahaha...jangan marah :)

Perkembangan musik terkini ini membawa Cat Farish, artis dan album producer terkenal tanahair, memperkenalkan kumpulan P.O.P sebagai artis pertama K-POP Malaysia. Kumpulan dibawah naugan CatPresentsProduction ini akan mengeluarkan single pertama mereka bertajuk "BUKU BARU" tidak lama lagi.

untuk mengenali anak-nak muda dari sabah ini dengan lebih lanjut boleh melayari blog mereka di http://www. catpresentsproduction.blogspot.com.

saya optomistik POP akan membawa satu perubahan didalam industri musik kita....dan Sabah amnya.

ini kali lah.....




3 comments:

qrefly28 said...

smart la ni group...baru tadi sy tgk dorg d tv3 tadi pagi..ahahha

kh@iR@H said...

wow!!hope diorang success dan x berhenti di tengah jln...yg penting stamina masa perform..mesti kne gempak..

YaaLen Mari said...

ini kali lah dblng c kawan yg tuna d bawa skli.hahahha mantap lah kau kawan, kita kawan kn.hahaha
ya kumpulan pop mimang mantap,klo lah sya dbri pluang menyanyi n menari sama diorang,fuyooooo punya main siok.
apa2 pn sya sokong muzik tanah air ku sabah....