Monday, June 20, 2011

LAGU 'KITA' INDAK KANA KASI MAIN DI RADIO!?..double standard?!


Mungkin cerita si Othoe diatas sudah ramai yang tahu...tapi indak pa la. Apa yang saya mau cerita ni pun lebih kurang juga tapi sedikit sebanyak sebagai satu bentuk pelajaran juga la kunu.

Sekitar penghujung tahun 90an banyak album tempatan yg kami terbitan dan antara album pertama dibawah label EMP ialah album si Ampal 'Menggatal-Telipok'. Album berirama techno dan menggunakan bahasa Sabah sepenuhnya ini mimang syiok kalau kena pasang dalam kereta sambil on itu subwoofer hehehe. Anyway, album ini meletup jualannya, thank you dan tabik sama tukang promote free siurang time tu...driver-driver minibus. Antara lagu yg sering diputarkan (kira lulus censorship laini..) di radio ialah lagu 'KumKum Bet'...(yang lain tu dalam status KIV).

Selepas 2 bulan album tersebut dipasaran...seperti biasa kami hantarlah di RTM Sabah untuk siaran...lepas 3 hari kami kena telefon bilang album tersebut tidak LULUS pasal terlalu 'KENEGERIAN'...ntahlah part mana yg 'kenegerian' tu??!...bila kami tanya balik dorang bilang pasal pakai dialek Sabah indak dibenarkan oleh RTM ..mmmmm???? (padahal lagu 'Apo Nak DiKato' - Blues Gang...sedang on-air di channel RTM Sabah...kantoi!! hehehe). Well, to us this is another Double Standard that we faced. Dialek negeri lain ok...dialek sendiri 'kenegerian' aduii.???!!!

Selepas 15 tahun...rupa-rupanya masih juga kita orang orang kita kena 'berjuang' (atau minta kasihan) untuk mendapatkan slot lagu-lagu tempatan dimainkan di stesen radio SABAH. Apa indak si Othoe mengaus ;). Macam mana pun...indak juga adil kita terus menghentam dan memboikot (aku refer komen-komen di facebook berkenaan isu ini). Tapi saya notice komen-komen yang di post berkisar kepada persoalan double standard, dianaktirikan, peluang masih ditutup menyebabkan lagu-lagu tempatan indak dimainkan oleh station radio swasta.

Tapi saya rasa penjelasan daripada General Manager AMP Radio Network, Mr. Nash sedikit sebanyak menjawab persoalan komen-komen tadi. Pihak AMP Radio sebenarnya turut menyokong industri musik tempatan (Melayu dan English saja ar..KDM dan chinese indak masuk) dengan mengadakan carta lagu-lagu popular tempatan 100% dari Sabah. Selain itu lagu-lagu dialek lain terutamanya KDM turut dimainkan. Menurut mr. Nash lagi, memang banyak pihak beliau menerima CDR lagu-lagu KDM dan juga lagu-lagu melayu homestudio Sabahan...TAPI...masalahnya ialah rata-rata QUALITY BUNYI AUDIO (bukan kualiti lagu/lirik ar...) CD tidak menepati standard penyiaran radio. Mereka juga turut menerima pelbagai kecaman melalui email, kata beliau.

Saya akui memang quality master sebahagian artis-artis tempatan belum menepati standard penyiaran radio. Standard penyiaran radio ialah kalau boleh Volume Audio mesti sekitar +3db. Kebanyakkan cd yg dihantar adalah pada -6db atau -8db. Apabila pihak radio boost audio tersebut agar lebih kuat...maka kedengaranlah bunyi hissing yang kuat pula..sssszzzzz. Selain itu bunyi low freq atau bass/kick terlalu soft.

Nah tuan...selapas aku mendengar 'bunyi-bunyian' itu..ooohhhh....bah! paham la aku.

Maka nah...manukal nah aku equipment aku!...mambali aku Studio Monitor baru hehehe.


Wednesday, June 15, 2011


Bah...to all the home studio recording fans out there, watch out to these two gears...awesome and recommended to 'must have' in your room.

Ok la...aku mau buka cerita sikit. Selepas aku dapat duit sikit-sikit ni dari hasil side income aku tu...aku pun meng'upgrade beberapa homestudio equipment aku. Maklumlah kerja office hour ni, malam jak baru bulih buat music di homestudio aku di rumah dan kebetulan aku start sibuk balik untuk buat album melayu Candy AF, kumpulan P.O.P (Prince of Pop) under Cat Farish dan a few local artis KDM...jadi perlu equipment yang betul-betul memenuhi tugasan aku ni. hehehe

Pertama sekali, antara equipment yang 'paling' penting dalam music :- Studio Monitor....jadi aku pilih KRK Rockit 6 (gambar sebelah).

KRK Rockit ni mempunyai beberapa siri dan saya spesifik pilih siri Rockit 6 kerana monitor ini memenuhi keperluan saya untuk buat editing dan mixing terutamanya dalam memantau low freq -40Hz kebawah dan high freq 12KHz keatas. Tapi yang paling saya enjoy mixing sekarang ialah sound dari rockit 6 ni memang smooooooth..dan indak fatique (penat) telinga mendangar. Harga pun kira berpatutan untuk monitor studio berstandard commercial ni...dalam RM1,700.00.

Alat kedua ni ialah - Zoom R16 Mixer & Remote Controller. Punya la senang kerja aku sekarang pakai Zoom R16 ni....dia ada satu version lagi R24 yang ada drum pad (tapi indak payah la tu).

Tapi apa yang siok kan...mixer ni ada preAmp untuk guitar dan bass guitar...aku tabik spring dengan mixer ni :). Banyak lagi la dia bulih bikin, especially ready plug-ins nya. Selain itu semua recording pakai SD 32Gb saja. Mixing dan Mastering dengan Zoom R16 ni + Rockit 6 ni memang menyenangkan. Harga RM1,200.00. review selanjutnya pasal R16 ni ada di www.zoom.co/jp/english/product/r16.

MUSIC AUTHORS' COPYRIGHT PROTECTION (MACP) BERHAD

Hai...lama juga indak ter'update blog kami ni. Terlampau banyak mau dibikin bah...orang bilang business going fine, money rolling good. Program penerbitan album dan untuk rancangan TVi juga sedang berjalan lancar, MLM dibawah seliaan aku ni bakal ke Australia dan Amerika...aduh pak!..penat tapi siok! :)

Anyway, kepada para komposer dan penulis lirik di Sabah...pernah kah atau tahu kah kamurang tentang MACP. MACP adalah sebuah badan penjaga dan pemunggut royalti kepada ahli-ahli berdaftarnya di Malaysia (dan seluruh dunia). Kami pun merupakan Associate Member semenjak tahun 2002. Keterangan lanjut dan cara-cara registration bolehlah kamu check di www.macp.com.my

sebenarnya apa yang saya mau cerita ialah pasal baru-baru ni masa sambutan pesta kaamatan di KDCA, saya adalah terjumpa dengan rakan-rakan music dan juga saudara mara yang terlibat dengan music. so tanya tanyalah kalau-kalau dorang sudah register jadi ahli MACP, pasal dorang ni pun sudah lama juga involved dengan business ni.

Yang bikin saya terkejut sikit ialah bila dorang bagi tahu yang dorang ni sudah isi borang sudah dekat 3 - 4 tahun dan siap membayar RM300 lagi sebagai bayaran...ALAMAK!...benda ni sebenarnya FREE. Aku rasa dorang sudah kena buyuk...mcm aku rasa-rasa familiar pula dengan si pembuyuk ni.

well, saya cuma bagi peringatan bahawa untuk mendaftar adalah PERCUMA. Apa perlu dibuat ialah download borang, isi borang dan kirim bersama photostat kulit album yang sdh dipasarkan tu...itu jak. Selepas tu pihak MACP akan buat susulan dengan menghantar sekeping kad pendaftaran katalog lagu/lirik.

p/s: aku baru balik dari bank...pigi bank in cek royalti aku bagi tahun 2010 ;)