3 Anugerah Khas telah disampaikan pada malam itu iaitu :
a. Anugerah Khas Lakonan, yang melibatkan pencapaian dan sumbang dalam bidang lakonan
b. Anugerah Tokoh Lagu Tempatan, pencapaian penciptaan dan penulisan lagu
c. Anugerah Khas Utama, pengiktirafan khas sepanjang masa kepada artis-artis yang sememangnya layak untuk menerimanya atas kajian dan persetujuan ahli-ahli panel juri PERTISA.
Ketiga-tiga kategori anugerah ini diwujudkan sebagai pengiktirafan kepada individu-individu yang telah memberikan sumbangan serta impak kepada industri seni di Sabah dan nasional amnya.
Saya mulakan dengan penerima pertama Anugerah Khas PERTISA 2008..mendiang John Gaisah…errr sebelum itu pigi la kamurang pasang lagu-lagu supertar Sabah ni..baru siok membaca…sambil singgut-singgut itu idung..mana tau koturu romou matonu…!
Kemerduan dan kemantapan vokal beliau menyentuh jiwa setiap pendengar dan peminat musik.
Populariti lagu-lagu beliau melangkaui batasan masa, lapisan bangsa dan kefahaman bahasa itu sendiri.
Lagu-lagunya terus berkumandang.
Jika ditanya siapakah pelopor kepada industri musik Sabah, sememangnya ramai rakan-rakan yang seangkatan dengan beliau turut berjasa menyumbangkan segala usaha serta bakat yang mereka ada…
Ambrose Mudi, Justin Lusah, Francis Landong, Peter Pragas, MY Ismail, Justin Stimol, antara nama-nama seangkatan beliau dan senior beliau, dalam perjuangan mereka inilah yang sebenarnya telah menjadi teras kepada keunikan industri musik Sabah itu sendiri di Malaysia.
Namun jika ditanya siapakah ‘icon’ bagi industri musik Sabah itu, memang tidak boleh disangkal lagi bahawa insan seni inilah Ikon dan Idola Sabah yang sebenarnya.
Di pertengahan tahun 1970an…muncul seorang anak muda Dusun dari daerah Tambunan yang seterusnya ditakdirkan untuk melakar dimensi baru industri musik pop tempatan Sabah ketika itu.
Dilahirkan 53 tahun yang lalu daripada sebuah keluarga yang sememangnya amat mencintai musik. Anak kecil ini dinamakan JOHN GAISAH dan mungkin sudah suratan takdir bagi beliau membesar menjadi seorang seniman legenda Sabah.
Patah tumbuh hilang berganti namun penganti se’gah’ namanya masih belum lagi ada pengantinya setakat ini.
Populariti beliau jugalah yang telah menbawa hala tuju era musik POP Kadazandusun ke satu zaman yang cukup gemilang bermula seawal tahun 1970an lagi
dan Industri musik itu sendiri berkembang pesat atas populariti beliau selepas menduduki tempat ketiga di dalam Pertandingan Bintang RTM tahun 1976, yang ketika itu dimenangi oleh allahyarham Sudirman Hj. Arshad…namun bagi warga Sabah, beliau adalah JUARA.
Sekembalinya ke Sabah, nama beliau terus dijulang umpama seorang superstar!.
Namun baginya, popularity yang mula beliau kecapi bukan penghalang untuk terus menghibur para peminatnya walau dimana saja.
Dengan merendah diri, bagi beliau ‘musik ada jiwanya’ sebagai hiburan untuk kita semua…tidak kira dimana…kelab malam, dewan masyarakat, majlis perkahwinan, bawah kemah, bawah kulung rumah…segala-galanya adalah untuk kerja seni sebagai seorang penghibur nombor satu Sabah.
Beliau juga mahir bermain beberapa alat musik, namun bakatnya lebih terserlah di dalam bidang nyanyian serta penulisan lagu dan lirik. Ciptaannya mencapai status ‘evergreen’ malah ada hasil kerjanya dirakam semula oleh generasi artis baru Sabah, dari pelbagai rentak dan irama…dari pelbagai genre dan golongan bangsa pendengarnya…
“Miniagal Oh Sinsing” dan “Taragang Rasuk” adalah antara ciptaan beliau di puncak kegemilangannya ketika itu dan kesinambungan jiwa musik yang beliau serapkan didalam lagu-lagu ciptaannya terus diminati setiap lapisan maysarakat untuk satu jangkamasa yang lebih lama..
Album-album beliau masih terus terjual laris tidak kira dari peringkat apa generasi sekali pun. Malah artis-artis baru seperti ATAMA telah membawa lagu beliau ke satu generasi lagi. Lagu-lagunya jadi siualan anak-anak muda yang ingin cuba untuk mengikut jejak langkah yang beliau bina.
Bait-bait liriknya menceritakan seribu satu pengertian…pengajaran..dan juga lawak jenaka sebagai hiburan.
Namun 27 tahun yang lalu, di pagi 11 Ogos 1981. Sabah dikejutkan dengan pemergian beliau buat selama-lamanya dalam satu tragedi kemalangan jalanraya pada jam 1.15 pagi bersebelahan dengan bangunan arkib negeri Sabah sekarang.
Ikon muzik Sabah ini disahkan meninggal dunia pada usia yang baru mencecah 26 tahun, masih terlalu awal dan masih terlalu muda untuk peminatnya meratapi pemergian beliau.
Kita belum pun puas untuk menikmati alunan merdu suaranya.
Kita belum pun puas untuk menikmati hasil kerja seni seterusnya.
Pemergian beliau bukan saja amat dirasai oleh keluarga tercinta..malah ianya adalah satu kehilangan besar bagi Sabah.
Sebagai penghormatan dan pengiktirafan tertinggi industri musik Sabah pada malam itu, penerima pertama Anugerah Pertisa 2008 adalah milik artis…ikon…idola…dan penghibur nombor satu Sabah…mendiang John Gaisah.
Satu legasi telah beliau dirikan, sebaris memori beliau tinggalkan untuk generasi seterusnya ingati.....yang pasti jasad beliau bersemadi tenang di lembah hijau Tambunan, namun jiwa musiknya akan terus hidup...umpama beliau tidak pernah meninggalkan kita semua!
...Rest In Peace to the king...salute!

by: AdingEMP 2008
No comments:
Post a Comment