Selesailah sudah debaran para artis yang tercalon... penganjuran yang berani saya cakap..BERJAYA! ramai artis-artis baru dan veteran 'berkumpul' didalam satu majlis yang cukup bersejarah untuk industri musik Sabah sendiri. Penganjuran majlis pengiktirafan ini juga menjadi satu platform baru untuk industri musik di Sabah untuk terus berkembang dan bersaing dalam acuannya yang tersendiri. Penganjuran Anugerah PERTISA 2008 ini juga telah mendapat 100% pengiktirafan, sokongan dan bantuan oleh pihak kerajaan negeri Sabah melalui Kementerian Pelancungan, Kebudayaan dan Alam Sekitar yang diterajui oleh YB Datuk Masidi Manjun, sebagai salah satu lagi cabang industri perniagaan yang perlu dipandang serius oleh semua pihak.
Ucapan pembukaan oleh Presiden PERTISA, Datuk Joseph P. Guntavid, menyentuh akan objektif serta visi PERTISA itu sendiri sebagai sebuah persatuan yang dapat menjaga kebajikan dan memajukan para pengiat seni musik, pelakon, penulis, penerbit filem, penari, pemusik dan banyak lagi kegiatan seni di Sabah.
Sejarah penubuhan dan perjalanan PERTISA itu sendiri mencerminkan perjuangan yang sedang dan telah ahli-ahlinya lakukan untuk industri musik tempatan itu sendiri.
PERTISA telah meletakkan agenda utamanya sebagai wakil sah Malaysia Authors' Copyright Protection (MACP) di Sabah dalam pengurusan serta penguatkuasaan soal-soal royalti, seperti yang telah termaktub dalam Akta Hakcipta dan Harta Intelek.
Ucapan Pengerusi Penaung, YB Philip Lasimbang, menyentuh dengan lantang untuk memartabatkan seni kebudayaan etnik Sabah dan musiknya sehingga ketahap dunia, jika boleh. Malah, setiap golongan pencinta musik Sabah perlu menyokong perkembangan industri musik tempatan itu sendiri dengan membeli produk ori artis-artis tempatan tanpa bergantung kepada budaya "free" seperti muat-turun musik secara haram melalui internet. produk ori bukan sahaja mempunyai nilai-nilai estetika malah baik dari segi moral.
Kita perlu berbangga akan artis-artis kelahiran Sabah sendiri yang sudah menempa nama dipersada antarabangsa seperti Che'nelle, Roger Wang, Fred Chong (komposer) dan Asmin Mudin (komposer) sendiri.
Selain isu royalti, standard pembayaran untuk artis juga perlu diseragam dan diperjuangkan.
Golongan pengiat seni pula diingatkan agar meningkatkan mutu karya mereka dengan idea serta penciptaan yang lebih up-to-date.
Dalam ucapan perasmian pula oleh YB Datuk Masidi Manjun, Menteri Pelacungan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, melahirkan ketidakpuasan hati beliau dengan penarafan artis tempatan dan artis jemputan dari luar Sabah yang jauh jurangnya. Artis-artis luar ini dibayar beribu-ribu ringgit dengan hanya menyanyikan berapa buah lagu-lagu SAMA yang berulang-ulangkali mereka persembahkan dalam satu show...manakala artis tempatan hanya dibayar dua atau tiga ratus sahaja malah kadangkala diminta untuk beri diskaun lagi..sedih dan hipokrit sekali! (esey! marah pula aku!)...
Dengan itu, Kementerian beliau akan menjadi agensi kerajaan negeri Sabah yang pertama sekali akan mengunakan tenaga artis serta pengiat seni tempatan untuk kesemua acara-acara anjuran kementeriannya dengan bayaran untuk seorang artis tempatan tidak kurang dari RM2000 untuk satu show. Ini adalah selaras dengan keperluan artis itu sendiri dalam penyediaan keperluan-keperluannya seperti pakaian yang bersesuaian untuk persembahan dan sebagainya..."mana bulih artis pakai cantik kalau bayaran satu ratus dua ratus..itu pun kena minta diskaun oleh penganjur"..tambah beliau. Habis bah kana marah/luah perasaan itu malam hehehe...hidup ! Datuk!..disambut tepukan dan sorakan oleh penonton.
Jika ada pun keperluan untuk menjemput artis luar oleh kementeriannya, ianya adalah atas persetujuan dan kebenaran pihak PERTISA dahulu.
Jika bayaran sudah berbaloi maka artis jangan pula lupa untuk memajukan diri mereka sendiri dari segi mutu dan kualiti.
Glamour dan bling! bling!...
Malam tersebut sememangnya glamour dan berwarna-warni bermula dari acara 'red carpet' lagi dengan DJ Othoe (SuriaFM) menjadi penyeri dan momentum awal akan suasana meriah majlis pada malam itu.
Satu persatu artis melangkah dengan penuh semangat, glamour dan prestij bak 'superstar' pada malam itu. Artis wanita dengan berlian berkerlipan, artis lelaki dengan fesyen ranggi dan retro...maka aku dan si Ray pun 'testing' berjalan diatas red carpet (itu pun masa pulang lah!).Persembahan pentas pula tidak kurang hebatnya. Secara peribadinya inilah pertama kali saya melihat dan menilai persembahan artis-artis tempatan yangterlibat. Mantap, berkualiti, ada umph!..semualah ada. Bermula persembahan pembukaan oleh Papier Mache cukup tepat sekali untuk menaikkan mood pada malam itu..James (TJC Studio) menunjukkan taringnya dengan mengguring habis gitar eletriknya, sudah lama dia simpan barang kali!..
Persembahan Esther pula mirip persembahan 'American Idol'..lagu yang tepat, vokal yang mantap, dressing yang cun!...ya ampun! siok la bah!
Artis bersilih ganti menyampaikan lagu dan tiada satu pun yang slack! semuanya profesional dan punya gaya tersendiri, Martha Ginun dan Usal Jon Gavis memang sesuai membawa lagu-lagu duet. Memang kotigog my heart mendengar mereka menarik part vokal-vokal mereka yang tinggi dam alombou tu! hehehe. Lagu persembahan penutup "Mendongak Ke Angkasa" oleh Matt Angkie..menjadi bukti artis Sabah setaraf dengan artis luar jika peluang yang sepatutnya diberikan kepada mereka.
Jumpa lagi di posting Anugerah PERTISA 2008 seterusnya....atuuuukkoi!
No comments:
Post a Comment