Saturday, January 31, 2009

BAH!...Start Sudah...kihoii

Makan sudah!...minum pun sudah!...hari berganti hari, bulan berganti bulan, setelah hampir setahun berEMAIL dan berBLOGGING saja, maka bermulalah sudah segala tugasan yang telah dirancang untuk merealisasikan lagi IMPIANnya untuk menjadi satu KENYATAAN.

Hari ini merupakan hari pertama bersemuka dengannya dan semasa sesi latihan dan vocal checking ...menurut firasat pakcik nak...dia ni memang.....BULIH BAH!

‘Unik dan bukan semudah yang disangkakan’…itulah ungkapan yang mampu saya ceritakan setakat ini dalam menyempurnakan tugas dan harapan yang telah diletakkan dibahu EMP.

Bukan mudah..betul!..dari sudut perundangan, kontrak perjanjian sehingga la ke bab penciptaan lagu…EMP akan ‘memberikan’ imej kepada artis ini melalui album beliau nanti yang dijangka akan berada dipasaran sekitar bulan April atau Mei tahun ini.

Unik?..ya..aku rasa banyak keunikkan dalam albumnya nanti. Apa itu ‘UNIK’…nanti akan turut aku elaborate dalam update berkenaan album artis ini di posting kedua nanti.

Siapakah artis ini????...soalan cepu emas!...

Orang pertama yang dapat meneka artis ini akan menerima CD beliau termasuk beberapa hadiah yang lain…hehehe. Eh! Betul ni…kira-kira macam soalan kuiz la baini (ahli keluarga dan rakan terdekat mereka yg terlibat didalam projek ini minta maap ya!..indak layak!...indak masuk book!..kana lumpakis telinga kalau kadapatan…pakai proxy? emmm?..jangan sampai siurang tau la).
Mana tau ada hadiah melancung bersama artis ini atau auntie dia sebagai wakil? Hahaha….aku kena tanya tukang sponsor ni.

Clue pertama: beliau adalah species ‘sumandak’.

1 comment:

butod said...

si Candy kah ni tompinai hahahaha