Wednesday, December 17, 2008

Friday, December 12, 2008

Anugerah Khas Tokoh Lagu PERTISA 2008 - part 4

Anugerah ini..membawa kita semua kepada seorang anak seni tempatan yang telah meletakkan bakat seorang composer, penulis lagu dan penulis lirik dari Sabah sebaris dengan nama besar didalam industri musik Negara seperti M.Nasir, Adnan Abu Hassan, Loloq dan ramai lagi. Sejak 1990 sehinggalah kini beliau sudah menulis lebih 300 karya lagu dan lirik

Pencapaian Lagu Antara Bangsa
Anita Mui 1998 (versi `Mengapa Kasih’-Shiela Majid)
Leon Lai 1999 (versi `Sebenarnya’-Man Bai)
Ziana Zain (Anggapanmu)Anugerah Suara Emas di Tokyo 1996
Jacklyn Victor (Gemilang)Anugerah Suara Emas di China 2006
Sydney Olimpik 2001-(Kau Ilhamku)Lagu Tema Pasukan Hoki Malaysia
Sabah Tourism (Sayang Kinabalu)Lagu Tema 2008

Pencapaian Malaysia
Anugerah Juara Lagu TV3 2006 (Gemilang-Jacklyn Victor-Penulis Lirik)
Juara Balada AJL TV3 2006 (Gemilang-Jacklyn Victor-Penulis Lirik)
Juara Hitz 1 RTM 2006 (Gemilang)
Juara Carta (Anggapanmu,Enggan,Kau Ilhamku,Gemilang)
Anugerah Khas BMG sebagai composer Ukay’s Bisa Berbisa (Jualan melebihi 300,000) 1994
Anugerah Platinum Berkembar BMG sebagai composer Ziana Zain Puncak Kasih (Jualan melebihi 100,000)1997

Pencapaian Sabah
Sabah Tourism (Sayang Kinabalu) 2008
Juara CATS (RTM)2006
Juara Lagu Bandaraya DBKK 2007
Juara Carta Sinding Bontugon RTM (Adaa,Milanggad-langad Toh)2006
Pencipta Lagu Tema Jabatan Pelajaran Sabah 2008


Asmin Mudin atau ‘Umbut’…lahir daripada sebuah keluarga seni juga di daerah Papar pada tahun 1970, beliau telah meminati bidang musik ini semenjak dibangku sekolah lagi.

Jiwa musik Asmin berkembang kerana ayah beliau juga merupakan seorang pemain violin yang terkenal dikampungnya, malah abang beliau sendiri, penyanyi Kimin Mudin sudah berbakat mencipta lagu semenjak dibangku sekolah lagi dan jika abangnya tiada dirumah, Asmin akan mencuri-curi baca bait-bait lirik ciptaan abangnya.

Bermula sebagai pelukis berbakat sejak berumur 13 tahun.Pencapaian tertinggi beliau ialah mendapat tempat ke-7 Kategori Terbuka Malaysia sempena Pertandingan Melukis Poster Anti Dadah Kebangsaan 1990.

Beliau juga aktif dengan band beliau semasa di Kg.Kelatuan Papar( 1986-1989) sebagai seorang pemain gitar bass.

Bermula pada tahun 1990 sehinggalah kini, beliau mula mengurung diri atau perkataan lebih tepat, mengabdikan diri sebagai composer & penulis lirik.

Asmin pernah muncul sebagai penyanyi lagu ‘Terima Kasih’ dalam album koleksi RAP 98 bersama Shiela Majid, Adflin Shauki, Karma, Zubir Ali dan Freelance. Beliau juga pernah merakamkan album solo bersama RAP pada 1997, namun album tersebut tidak sempat dipasarkan apabila Roslan Aziz Production berpecah.

Setelah itu hasil karya beliau banyak diambil oleh artis-artis terkenal tanahair dan pada tahun 2007 , hasrat beliau untuk bergelar penyanyi tercapai apabila muncul secara duet dengan Kimin Mudin dalam lagu `Palis-palis Jauh-jauh’ dan Lydia Kalidin `Kotoh Tiwas’…mungkin beliau akan menerbitkan albumnya sendiri tahun hadapan dibawah label EMP.

Secara diam-diam pula beliau amat berbakat dalam bidang pengacara hiburan. Beliau kini merupakan antara pengacara tetap untuk syarikat besar seperti BERNAS di Sabah.

Seni beliau diperkukuhkan lagi dengan memiliki Ijazah Seni Persembahan Muzik Universiti Malaya. Sebagai seorang guru muzik dan pensyarah muzik sambilan, seni beliau sudah pun ditabur kepada ribuan anak-anak Sabah sejak tahun 1991 sehinggalah kini. Beliau sering menjadi penceramah jemputan untuk agensi, sekolah serta Universiti di Sabah.
Sebagai penulis lagu dan lirik paling berjaya di Sabah….dengan ini Tokoh Lagu PERTISA 2008…Asmin Mudin

Thursday, December 11, 2008

ANUGERAH KHAS PERTISA 2008 - part 3

3 Anugerah Khas telah disampaikan pada malam itu iaitu :

a. Anugerah Khas Lakonan, yang melibatkan pencapaian dan sumbang dalam bidang lakonan
b. Anugerah Tokoh Lagu Tempatan, pencapaian penciptaan dan penulisan lagu
c. Anugerah Khas Utama, pengiktirafan khas sepanjang masa kepada artis-artis yang sememangnya layak untuk menerimanya atas kajian dan persetujuan ahli-ahli panel juri PERTISA.

Ketiga-tiga kategori anugerah ini diwujudkan sebagai pengiktirafan kepada individu-individu yang telah memberikan sumbangan serta impak kepada industri seni di Sabah dan nasional amnya.

Saya mulakan dengan penerima pertama Anugerah Khas PERTISA 2008..mendiang John Gaisah…errr sebelum itu pigi la kamurang pasang lagu-lagu supertar Sabah ni..baru siok membaca…sambil singgut-singgut itu idung..mana tau koturu romou matonu…!

Kemerduan dan kemantapan vokal beliau menyentuh jiwa setiap pendengar dan peminat musik.

Populariti lagu-lagu beliau melangkaui batasan masa, lapisan bangsa dan kefahaman bahasa itu sendiri.

Lagu-lagunya terus berkumandang.

Jika ditanya siapakah pelopor kepada industri musik Sabah, sememangnya ramai rakan-rakan yang seangkatan dengan beliau turut berjasa menyumbangkan segala usaha serta bakat yang mereka ada…

Ambrose Mudi, Justin Lusah, Francis Landong, Peter Pragas, MY Ismail, Justin Stimol, antara nama-nama seangkatan beliau dan senior beliau, dalam perjuangan mereka inilah yang sebenarnya telah menjadi teras kepada keunikan industri musik Sabah itu sendiri di Malaysia.

Namun jika ditanya siapakah ‘icon’ bagi industri musik Sabah itu, memang tidak boleh disangkal lagi bahawa insan seni inilah Ikon dan Idola Sabah yang sebenarnya.

Di pertengahan tahun 1970an…muncul seorang anak muda Dusun dari daerah Tambunan yang seterusnya ditakdirkan untuk melakar dimensi baru industri musik pop tempatan Sabah ketika itu.

Dilahirkan 53 tahun yang lalu daripada sebuah keluarga yang sememangnya amat mencintai musik. Anak kecil ini dinamakan JOHN GAISAH dan mungkin sudah suratan takdir bagi beliau membesar menjadi seorang seniman legenda Sabah.

Patah tumbuh hilang berganti namun penganti se’gah’ namanya masih belum lagi ada pengantinya setakat ini.

Populariti beliau jugalah yang telah menbawa hala tuju era musik POP Kadazandusun ke satu zaman yang cukup gemilang bermula seawal tahun 1970an lagi

dan Industri musik itu sendiri berkembang pesat atas populariti beliau selepas menduduki tempat ketiga di dalam Pertandingan Bintang RTM tahun 1976, yang ketika itu dimenangi oleh allahyarham Sudirman Hj. Arshad…namun bagi warga Sabah, beliau adalah JUARA.

Sekembalinya ke Sabah, nama beliau terus dijulang umpama seorang superstar!.

Namun baginya, popularity yang mula beliau kecapi bukan penghalang untuk terus menghibur para peminatnya walau dimana saja.

Dengan merendah diri, bagi beliau ‘musik ada jiwanya’ sebagai hiburan untuk kita semua…tidak kira dimana…kelab malam, dewan masyarakat, majlis perkahwinan, bawah kemah, bawah kulung rumah…segala-galanya adalah untuk kerja seni sebagai seorang penghibur nombor satu Sabah.

Beliau juga mahir bermain beberapa alat musik, namun bakatnya lebih terserlah di dalam bidang nyanyian serta penulisan lagu dan lirik. Ciptaannya mencapai status ‘evergreen’ malah ada hasil kerjanya dirakam semula oleh generasi artis baru Sabah, dari pelbagai rentak dan irama…dari pelbagai genre dan golongan bangsa pendengarnya…

“Miniagal Oh Sinsing” dan “Taragang Rasuk” adalah antara ciptaan beliau di puncak kegemilangannya ketika itu dan kesinambungan jiwa musik yang beliau serapkan didalam lagu-lagu ciptaannya terus diminati setiap lapisan maysarakat untuk satu jangkamasa yang lebih lama..

Album-album beliau masih terus terjual laris tidak kira dari peringkat apa generasi sekali pun. Malah artis-artis baru seperti ATAMA telah membawa lagu beliau ke satu generasi lagi. Lagu-lagunya jadi siualan anak-anak muda yang ingin cuba untuk mengikut jejak langkah yang beliau bina.

Bait-bait liriknya menceritakan seribu satu pengertian…pengajaran..dan juga lawak jenaka sebagai hiburan.

Namun 27 tahun yang lalu, di pagi 11 Ogos 1981. Sabah dikejutkan dengan pemergian beliau buat selama-lamanya dalam satu tragedi kemalangan jalanraya pada jam 1.15 pagi bersebelahan dengan bangunan arkib negeri Sabah sekarang.

Ikon muzik Sabah ini disahkan meninggal dunia pada usia yang baru mencecah 26 tahun, masih terlalu awal dan masih terlalu muda untuk peminatnya meratapi pemergian beliau.

Kita belum pun puas untuk menikmati alunan merdu suaranya.

Kita belum pun puas untuk menikmati hasil kerja seni seterusnya.

Pemergian beliau bukan saja amat dirasai oleh keluarga tercinta..malah ianya adalah satu kehilangan besar bagi Sabah.

Sebagai penghormatan dan pengiktirafan tertinggi industri musik Sabah pada malam itu, penerima pertama Anugerah Pertisa 2008 adalah milik artis…ikon…idola…dan penghibur nombor satu Sabah…mendiang John Gaisah.

Satu legasi telah beliau dirikan, sebaris memori beliau tinggalkan untuk generasi seterusnya ingati.....yang pasti jasad beliau bersemadi tenang di lembah hijau Tambunan, namun jiwa musiknya akan terus hidup...umpama beliau tidak pernah meninggalkan kita semua!

...Rest In Peace to the king...salute!





by: AdingEMP 2008



Wednesday, December 10, 2008

Anugerah PERTISA 2008….dan pemenangnya ialah (part 2)

Pelakon Lelaki Paling Popular
Abu Bakar Ellah @ Ampal

Pelakon Wanita Paling Popular
Clarice John Matha

Penyanyi Lelaki Paling Popular
Joseph Majakui

Penyanyi Wanita Paling Popular
Esther Elizabeth Applunius


Telemovie Paling Popular
Orang Kita 1



Lagu Paling Popular
Sayang Kinabalu
(performed by Kimin Mudin)



Artis Paling Popular
Ivy Alexandra
(taken from kadusmusic blog)

Tuesday, December 09, 2008

Anugerah PERTISA 2008...Berjaya! part 1


Selesailah sudah debaran para artis yang tercalon... penganjuran yang berani saya cakap..BERJAYA! ramai artis-artis baru dan veteran 'berkumpul' didalam satu majlis yang cukup bersejarah untuk industri musik Sabah sendiri. Penganjuran majlis pengiktirafan ini juga menjadi satu platform baru untuk industri musik di Sabah untuk terus berkembang dan bersaing dalam acuannya yang tersendiri. Penganjuran Anugerah PERTISA 2008 ini juga telah mendapat 100% pengiktirafan, sokongan dan bantuan oleh pihak kerajaan negeri Sabah melalui Kementerian Pelancungan, Kebudayaan dan Alam Sekitar yang diterajui oleh YB Datuk Masidi Manjun, sebagai salah satu lagi cabang industri perniagaan yang perlu dipandang serius oleh semua pihak.

Ucapan pembukaan oleh Presiden PERTISA, Datuk Joseph P. Guntavid, menyentuh akan objektif serta visi PERTISA itu sendiri sebagai sebuah persatuan yang dapat menjaga kebajikan dan memajukan para pengiat seni musik, pelakon, penulis, penerbit filem, penari, pemusik dan banyak lagi kegiatan seni di Sabah.

Sejarah penubuhan dan perjalanan PERTISA itu sendiri mencerminkan perjuangan yang sedang dan telah ahli-ahlinya lakukan untuk industri musik tempatan itu sendiri.

PERTISA telah meletakkan agenda utamanya sebagai wakil sah Malaysia Authors' Copyright Protection (MACP) di Sabah dalam pengurusan serta penguatkuasaan soal-soal royalti, seperti yang telah termaktub dalam Akta Hakcipta dan Harta Intelek.

Ucapan Pengerusi Penaung, YB Philip Lasimbang, menyentuh dengan lantang untuk memartabatkan seni kebudayaan etnik Sabah dan musiknya sehingga ketahap dunia, jika boleh. Malah, setiap golongan pencinta musik Sabah perlu menyokong perkembangan industri musik tempatan itu sendiri dengan membeli produk ori artis-artis tempatan tanpa bergantung kepada budaya "free" seperti muat-turun musik secara haram melalui internet. produk ori bukan sahaja mempunyai nilai-nilai estetika malah baik dari segi moral.

Kita perlu berbangga akan artis-artis kelahiran Sabah sendiri yang sudah menempa nama dipersada antarabangsa seperti Che'nelle, Roger Wang, Fred Chong (komposer) dan Asmin Mudin (komposer) sendiri.

Selain isu royalti, standard pembayaran untuk artis juga perlu diseragam dan diperjuangkan.

Golongan pengiat seni pula diingatkan agar meningkatkan mutu karya mereka dengan idea serta penciptaan yang lebih up-to-date.

Dalam ucapan perasmian pula oleh YB Datuk Masidi Manjun, Menteri Pelacungan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, melahirkan ketidakpuasan hati beliau dengan penarafan artis tempatan dan artis jemputan dari luar Sabah yang jauh jurangnya. Artis-artis luar ini dibayar beribu-ribu ringgit dengan hanya menyanyikan berapa buah lagu-lagu SAMA yang berulang-ulangkali mereka persembahkan dalam satu show...manakala artis tempatan hanya dibayar dua atau tiga ratus sahaja malah kadangkala diminta untuk beri diskaun lagi..sedih dan hipokrit sekali! (esey! marah pula aku!)...
Dengan itu, Kementerian beliau akan menjadi agensi kerajaan negeri Sabah yang pertama sekali akan mengunakan tenaga artis serta pengiat seni tempatan untuk kesemua acara-acara anjuran kementeriannya dengan bayaran untuk seorang artis tempatan tidak kurang dari RM2000 untuk satu show. Ini adalah selaras dengan keperluan artis itu sendiri dalam penyediaan keperluan-keperluannya seperti pakaian yang bersesuaian untuk persembahan dan sebagainya..."mana bulih artis pakai cantik kalau bayaran satu ratus dua ratus..itu pun kena minta diskaun oleh penganjur"..tambah beliau. Habis bah kana marah/luah perasaan itu malam hehehe...hidup ! Datuk!..disambut tepukan dan sorakan oleh penonton.
Jika ada pun keperluan untuk menjemput artis luar oleh kementeriannya, ianya adalah atas persetujuan dan kebenaran pihak PERTISA dahulu.

Jika bayaran sudah berbaloi maka artis jangan pula lupa untuk memajukan diri mereka sendiri dari segi mutu dan kualiti.

Glamour dan bling! bling!...
Malam tersebut sememangnya glamour dan berwarna-warni bermula dari acara 'red carpet' lagi dengan DJ Othoe (SuriaFM) menjadi penyeri dan momentum awal akan suasana meriah majlis pada malam itu.

Satu persatu artis melangkah dengan penuh semangat, glamour dan prestij bak 'superstar' pada malam itu. Artis wanita dengan berlian berkerlipan, artis lelaki dengan fesyen ranggi dan retro...maka aku dan si Ray pun 'testing' berjalan diatas red carpet (itu pun masa pulang lah!).Persembahan pentas pula tidak kurang hebatnya. Secara peribadinya inilah pertama kali saya melihat dan menilai persembahan artis-artis tempatan yangterlibat. Mantap, berkualiti, ada umph!..semualah ada. Bermula persembahan pembukaan oleh Papier Mache cukup tepat sekali untuk menaikkan mood pada malam itu..James (TJC Studio) menunjukkan taringnya dengan mengguring habis gitar eletriknya, sudah lama dia simpan barang kali!..

Persembahan Esther pula mirip persembahan 'American Idol'..lagu yang tepat, vokal yang mantap, dressing yang cun!...ya ampun! siok la bah!

Artis bersilih ganti menyampaikan lagu dan tiada satu pun yang slack! semuanya profesional dan punya gaya tersendiri, Martha Ginun dan Usal Jon Gavis memang sesuai membawa lagu-lagu duet. Memang kotigog my heart mendengar mereka menarik part vokal-vokal mereka yang tinggi dam alombou tu! hehehe. Lagu persembahan penutup "Mendongak Ke Angkasa" oleh Matt Angkie..menjadi bukti artis Sabah setaraf dengan artis luar jika peluang yang sepatutnya diberikan kepada mereka.

Jumpa lagi di posting Anugerah PERTISA 2008 seterusnya....atuuuukkoi!

Wednesday, May 07, 2008

Cerita 'Kaset" dan INDUSTRI MUSIK SABAH akan datang!


Wah dengar jak perkataan “kaset” teringat aku masa zaman kici-kici dulu awal 80an. Umuran aku itu musim..sudah pandai menikmati muzik la katakan maklumlah bapa aku pun pemuzik, lahir jak aku dengar bunyi saksofon dia. Beliau aku ni bertugas dengan Pancaragam PDRM dari zaman British sampai ke zaman perintah (istilah urang lama untuk kerajaan). Beliau juga merupakan anggota kumpulan PUSPA NADA yang menjuarai Bintang RTM tahunnn…lupa pula aku..cis! dgn penyanyi utama diaorang John Gaisah.

Masa tu artis ndak payah susah-susah promosi, hantar jak pi kadai kaset dan tamu, misti urang beli punya, suatu hari, time aku ikut mama aku pi beli sayur di Pasar Besar KK (masa tu ada kedai kaset di sana kahkahkah)..lagu “Kada Arau Monduli” berkumandang! Mama aku stop dan terus memilih-milih kaset dusun yang best-best..3 kaset kana cuba John Gaisah, Justin Lusah dan sebuah kaset Indon..musim tu harga kaset sekitar RM3.50 saja..murah nyeeeee!!. masa kaset itu kena try..adik perempuan aku umur lingkungan 5 tahun ‘mangalai’ dekat speaker itu kadai, mama aku tersenyum, itu towkay tersenyum (pasal gerenti mama dia beli ni!!), aku betapuk di sebalik bakul sayur mama aku ..malu la bah kunun!! Bila urang ramai tinguk adik aku tu beraksi tadi.

Demikian lah zaman kegemilangan industri musik Sabah, zaman tu artis keluarkan kaset jak gerenti laku. Pernah aku bercerita dengan CT Siong, Pengurus Besar Sabah Records. Menurut beliau masa tu industri musik Sabah dipolopori oleh Syarikat Seh Huat dan Kinabalu Records. Artis-artis zaman itu ramai dan sememangnya berkebolehan dalam mencipta lagu/lirik yang sekarang kita panggil ‘hits’…dan artis pada masa tu amat bersemangat bukan kerana wang (walau bagaimana pun ‘wang’ adalah asas utamanya), tetapi hanya kerana PELUANG untuk ‘mendendangkan hasil ciptaan’ dan ‘memperdengarkan’ kemantapan vocal mereka kepada para peminat bukan senang diperolehi. Recording pula simple saja, 4 piece band pun bulih jalan sudah..cukup mantap, kadang-kadang sewa studio di RTM dia bilang...dgn lirik dan melodi yg cukup menarik…terjual beribu-ribu unit. Kaya towkey! Loaded jugalah si artis..cukup-cukup makanlah.

Well, Itu dulu! ... Sekarang?

Punyalah susah mau jual kaset/album..dgn taste peminat yg bermacam2 sudah dan semakin kompleks dan advance!..maka para composer KDM masa kini kena peka dgn semua ni... sekarang orang-orang di kampung pun mencari album dusun hiphop...wah! melatup jualan album "tribalroots' si ATAMA...muncul Max dengan 'Sumayau HipHop'...

Aku indak mau cakap pasal penciptaanlah pasal isu ni subjektif. Aku mau menyentuh pasal PROMOSI DAN PEMASARAN (pasal isu ni kena bangkit di blog siurang oleh visitors)…yaaaaa…tapi perlu diingat! Semua ni mau pakai DUITTTT!!! Kenapa isu ni penting? Kerana isu ni menjadi bahan bualan bloggers KDM di Sabah sekarang dgn mereka-mereka yg tidak terlibat secara langsung dengan tugas-tugas production ni. ini

Kalau indak ada budget! Nah aku rasa inilah masa persatuan macam PERTISA ni kena memainkan peranannya mencari jalan membantu para ahlinya. Antara cadangan aku, ialah PERTISA ni pun masih baru kan…sumber kewangan pun indada bantuan dari mana-mana pihak..maka mungkin para ahli yg sudah mempunyai produk boleh bergabung buat promotional video clips lagu-lagu hits mereka untuk dimainkan di mana-mana kedai kaset. Setahu aku ramai ahli PERTISA yang mempunyai peralatan serta pengalaman untuk buat ni…mengharapkan syarikat rakaman yang buat memang indak mencukupilah..

Selain itu blog khusus KDM pun aku nampak semakin banyak yg tolong promote album artis-artis local sekarang..maksud aku bukan blog yang meng’ofer’ ‘free download’ la..kesian siurang..macam mana mau cari makan?!..selain itu mungkin kena tinguk sudah kalau-kalau ada pembeli mau beli melalui internet saja…bayar pakai paypal dan courier pakai pos laju (parcel)…

Jadi Itulah aku bilang tadi..macam mana perbahasan kita berkisar..dia akan balik ke isu MODAL..Kalau ada budget bolehlah shooting promosi video yang bagus-bagus dan menarik punya untuk promote artis dan lagu ‘hits’ itu sekali..suruh kadai kaset tu pasang..dorang ni orait saja ni!..bulih anggap macam mengiklan diTV juga baini..kalau ada budget lagi buat promosi di shoping kompleks (tapi ini jarang lah pasal belanja besar)..kalau kana panggil buat show..pigi saja! Tapi cuba letak kan harga yang bersesuaian lah..elakkan sudah istilah “FREE” dan “KAWAN-KAWAN”..bukan apa kita bergerak pun melibatkan kos perbelanjaan punya! Biarlah balik pokok urang bilang..promosi jalan…income siiikit pun ada masuk hehehe.

Jadi untuk diawal ‘langkah’ kita untuk memartabatkan, menaikkan sales, menaikan semula industri musik Sabah yang turut merundum sekarang..maka banyaklah usaha, mungkin termasuklah memerlukan bantuan ‘kawan-kawan’ dulu, maksud aku bukan bantuan kewangan lah tapi nasihat teknikal atau bantuan teknikal, yg perlu kita lakukan dan sumbangkan..termasuklah EMP sendiri..dalam mencari idea-idea yang bernas untuk memajukan diri.

Aku banyak juga dapat info orang-orang musik di Sabah ni yang bakal mengeluarkan album mereka nanti dan aku bangga juga la effort dan pembaharuan diarong. Kemunculan artis dan group baru akan bakal muncul dengan idea yang lebih ‘fresh’ dan up beat…irama musik Sabah aku rasa semakin berani dan berevolusi dengan kemunculan..sori ah kawan-kawan aku promote sikit kamurang hehehe..

kumpulan Jiaja, Decipher, Rapsoul, A Band ( sikit masa lagi..ah Ray?), Infinatez, xxxxx AF (hehehe projek siurang ni)… Asmin Mudin (bah! Jaga kamurang)…dan banyak lagi la dari production house yang lain…eh! lupa si Dbos pun bakal muncul jugaaaa..

Bah!..kepada ahli-ahli PERTISA datanglah ke mesyuarat persatuan pada hari jumaat ni 9 May 2008, jam 5.30 ptg bertempat dibilik mesyuarat Jabatan Muzium Sabah, kerana ada perkembangan yang menarik si Nars bilang…yg belum menjadi ahli dan berminat anda dialu-alukan untuk hadir dan mendaftar..aku pun mau pigi register ni!

AdingEMP 7 May 2008

Monday, March 31, 2008

My 1st Royalty….

I was clearing old-old pictures from my PC la kunun..bila aku terjumpa gambar ni!... I’ve been a MACP registered member since 2000,..i remember those days whenever Ray and I received our mail from MACP, we’ll be jokingly read out the mail (even before we open the contents of the mail)..”Please collect your CHEQUE amounting RMxxxxx…” hahaha..i guest this has been the routines since then…just as our positive HOPES that one day we might have the chance to taste what would it be like to receive your own ROYALTIES…shall I say the enjoyment of being ACKNOWLEDGE for all your works and efforts…for so many years by a body such as MACP.

7 years later in 2007 that jokes came into reality...when, well..as usual Rayner and I received our mail..but this time a bit small..an envelope from MACP..i started to say “ Please collect…..” I saw something familiar design slowly appearing from the envelope as I pulled it out!...i looked at Ray …he is already on the floor ..Fainted! (no lah!..macam aku juga pucat baca surat tu..). “Attached with this letter is your cheque amounting to RMxxx.xx as being ROYALTIES distribution for the year 2007 bla bla bla…for your works title “Nunu Poduli” (lagu dusun lagi tu..)…”

That day we are on cloud 9 or maybe 10…wakakak..we laughed, shocked and still trying to believe it..for a few minutes!! I even pinched my hand..making sure I’m not dreaming!...adui!..yes its real!..amount not that significant to us that time but to us the "proves of acknowledgement" from MACP is number 1.

The moral of the story is, to all composers that haven’t register…please register your works..cause one day you might also collecting your own cheques named ROYALTIES….like us laughing all the way to the bank!

P/s jumlah indak lah banyak tapi..at least siurang tau yang kami sudah dalam paylist MACP hehehe…syukur kepada TUHAN

AdingEMP
31 Mac 2008

Wednesday, March 19, 2008

Album terbaru..FREDO


Oklah..oklah..oklah..ramai kawan-kawan suruh update blog siurang ni..iya bah lamak juga indak kana update…bukan apa siurang punyalah terlampau sibuk beberapa bulan ni..sampai indada masa mau update…pasal kami mau blog siurang ni menyentuh “hal-hal” berkaitan musik saja…err lain-lain isu yang tiada kaitan langsung sama musik mimang banyak tapi indak relevan mau post sini…

Oklah..kali ni aku mau cerita pasal album terbaru artis Skyline dan juga merupakan naib juara KDM Idol I ini..FREDO atau nama butul-butul dia yang bapa dia bagi…Fredolin Raniman, berasal dari Keningau…berperwatakan hensem dan bersaiz sedang-sedang nangka ni..(hehehe..jan marah ah! Fred)…aku respek la..tabik spring!!! toingggg…suara dia sebenarnya mimang versatile..banyak lagi yang sebenarnya siurang mau explore sama vocal dia ni..indak pa la..next project (tunggu budget dari itu lopan Skyline)..vokalnya yang ‘olombou’ bilang kawan perempuan (bujang lagi ni) ofis aku macam ala-ala John Gaisah amat seksi sekali tone suara dia…fuh! jagalah kamurang.

Proses rakaman…tahap emergency la…maksud aku time recording punya laa tight pasal si Fredo ni bertugas sebagai Site Supervisor saaaaana Kudat…kana turun KK penat juga tu…siurang pula siang kerja pejabat…malam2 baru jadi batman di studio…lumrah urang studio ni mimang kerja malam sampai pagi…rakaman suara semua dibuat di studio Ampal Production yang terletak di Putatan Point, manakala proses rakaman musik tambahan, editing, mixing dan mastering di home studio siurang la…kalau aku sebelah katil jak ni hehehe..indak bah.

Mengenai konsep atau genre album dia ni…secara keseluruhan aku, Asmin dan si Ray bertag-team la memikirkan genre album si Fredo ni dengan ber brainstorming pasal takut nanti lopan bilang tidak balik modal! lu orang jual sendiri oh! …dan kami come out dengan album yang berkonsepkan pop-komersil…macam mana pun biasalah siurang ni tambah sikit element-element pop r‘n’b sikit, pop rock dan yang kemestian mesti ada irama tindut-tindut..sumazau..misti ni!..maka berkeluaranlah kunun idea-idea siurang tentang kehidupan harian seorang sukodwagu sekarang ni sebagai asas penulisan lirik...

Selalunya artis-artis dari Sabah ni akan buat statement di paper kalau album dorang sudah keluar bunyi dia lebih kurang ini macam lah…”album saya ni lain daripada yang lain kerana….bla..bla..bla..”apa yang LAIN tu aku pun indak berapa pasti maksud dorang..tapi bagi album si Fredo ni ..err…emmm..mimang lain daripada yang lain juga la…wakakak!..kana ikut juga aku!...

Beginilah maksud aku album si Fredo ni kami muatkan juga satu lagu berbahasa kebangsaan..well, ada urang bilang bagus pasal bulih juga dingar lagu-lagu bahasa melayu artis dusun itu sendiri yang nyanyi…tapi ada juga yang marah pasal dorang bilang kalau mau buat album dusun buat 100% dusun la..jangan campur-campur!...kami dengar dan hormati juga pendapat tu…tapi begini sajalah tompinai…9 lagu dusun kita sudah dengar…kasih chance pula artis kita ni tunjukkan bakat dia yang lain dengan membawa lagu berbahasa lain contoh lagu melayu..pasal..banyak pasal dia ni..supaya senang bila ada jemputan buat persembahan di public ada juga lagu berbahasa kebangsaan dari album sendiri yang si artis KDM ni bulih perform…manalah tau famous pula..untung2 artis itu sendiri jugalah..

Lepas tu three dan seterus nya four, kita kena terima PERUBAHAN…aku rasa perkataan paling sesuai ialah EVOLUSI…album local sekarang ni pun semakin berani dan berevolusi..jadi album FREDO ini kami bagi sedikit evolusi jugalah seperti penampilan lagu yang berkonsepkan pop-komersil diiringi sepenuhnya oleh gitar. Harap-harap lagu macam ni senang dibawah oleh band-band masa urang kahwin ka, birthday party ka..atau apa-apa sajalah. Selain itu beberapa lagu juga berkonsepkan lagu-lagu jenaka dan hiburan ringan waktu driving pulang dari karjakah, hiburan sedang duduk dalam bas on the way mau pulang kampong..dan macam2 lah.

Selain itu aku rasa lagu-lagu cinta didalam album Fredo ni pun bisa-bisa juga tau…bulih pakai untuk lagu dedication buat bakal girlfriend atau untuk mengeratkan hubungan boyfriend-girfriend yang berjauhan, baru lepas begaduh atau apa2 jak la.

Well..apa-apa pun kami semua berharap agar pendengar semua terhibur dan kepada semua pembeli (yang ori) terima kasih atas sokongan anda semua….

AdingEMP 19 Mac 2008

p/s: album ini akan mula berada dipasaran dalam bulan April 2008…bagi para peminat di semenanjung sila lawat http://www.sky-laser.com/ untuk mengetahui tempat album-album KDM di KL..

Friday, March 14, 2008

Industri Muzik Pop Tempatan Sabah: Overview

Tempat: Dewan Resital Pengajian Seni UMS
Jam: 9am-11am (16 Feb 08)
Peserta: Student Bachelor (Seksyen Seni Kreatif)
Penyelaras: Dr.Nizam Attan
Kajian Kes: Skyline,Ampal Production,EMP & (Objek) Clarice John Matha

-Emm...Student 50% org luar...so kita kena kasi tau durang, kalau besok buka production di Sabah...kena tau bahawa produce produk di Sabah bukan dengar2 dua tiga kali pikir boleh bikin laaa...sebaliknya muzik adalah budaya. Kenali budaya sini sedalamnya baru faham market sini. Teoritikal dan praktikal adalah 2 perkara yg amat berlainan. Belajar tinggi2 teori sahaja...Praktikalnya balik ke `jiwa' masyarakat gak...

Asmin Mudin


Asmin Mudin bersama para peserta bengkel

Asmin Mudin & Dr. Nizam Attan

Monday, February 04, 2008

Album Fredo

Album Fredo sudah pun siap Mixing & Mastering. Sekarang ini tengah tunggu mau release saja dan ini terpulanglah kepada pihak Skyline menentukannya. Sementara itu eksklusif dari EMP, demo clip dari album Fredo di EMP MuzikBox.

Monday, November 12, 2007

Biodata Asmin Mudin

Nama : Asmin Bin Mudin

Nama Kampung :
Umbut

Nama Pena : Asmin Mudin, Umbut, KKS

Umul : 37 tahun (2007)

Bintang :
Aries

Hobi : Sukan (Badminton & Bola Tampar) Badminton tiada tittle, tapi biasa main duit 5-50 ringgit matilah berabis apa lagi tekena partner kayu pura2 pukas set ke-2

Hobi Terpaksa : Bikin lagu


Hobi Apa Buli Buat : Mengajar budak2 tingkatan 1 & 2 di SMK Inanam

Apa Di Ajar? : Bahasa Melayu dan Pendidikan Seni. Tahun depan kena ajar muzik untuk budak SPM plak aduh

Pengalaman Dalam Niaga Muzik : Sejak tingkatan 2...20 tahun da ngkali

Lagu-Lagu Yg Pernah Dicipta :
Malas aku cakap..ada 300 da ngkali..kamu tanya MACP la



Artis-artis yg pernah dipopularkan : Malas cakap...bagus aku nyanyi sendiri la

Perkara ajaib terkini :
Baru gak minggu lepas...ada kwn badminton ajak jual galang amega...manalah aku suka direct selling..dia kasi cuba aku pakai n lawan single sama Ramli (54 tahun) aku enda pernah menang lawan ini org kaya tua! Aku menang 21-15, set ke-2 dia pukas...Jadi aku belilah galang tu bayar skit2. Dia bilang bila isi borang?..aku ckp..ah! ko da dapat RM640 apa lagi

Cita-cita :
Mau dapat award sekali lagi sebelum mati ha ha ha(effect flanger)

Prinsip Hidup :
Beli rumah 99 tahun peduli apa cucu cicit durang punya pasal la!

Perkembangan Muzik Terkini : Alah..kena bikin theme song drama RTM plak...Muhibbah da siap (aku, Sazzy, Meng & enta sapa india tu) dan hari ni baru siap mix Bayangan Musyrik...enta bila drama main.

P/S Cerita, pengalaman & pencapaian Asmin ada terdapat dalam majalah SAME (Sabah Artiste and Music Entertainment) edisi ke-2 yang telah dilancarkan pada 09 November 2007.

Friday, October 19, 2007

Projek Album Sulung Fredo.

Fredoline Raniman atau lebih dikenali sebagai Fredo, merupakan naib juara bagi pertandingan KDM Idol 2005 anjuran Skyline. Beliau ada merakamkan beberapa buah lagu bersama Skyline dalam Album berbentuk kompilasi. Fredo juga muncul sebagai salah satu watak dalam telemovie remaja terbitan Skyline bertajuk "Kenapa Dengan Mereka" arahan Abu Bakar Ellah (Ampal). Fredo tidak lama lagi akan muncul dengan album sulung beliau yang akan diterbitkan oleh EMP dan juga Skyline. Album Fredo akan berkonsep 'Pop Commercial' dan dalam proses pemilihan material sekarang ini. Rakaman akan dimulakan akhir Oktober ini dan dijangka siap sebelum akhir Tahun ini. Untuk mengenali Fredo dengan lebih rapat lagi, silalah ke blog Fredo di http://www.fredz-zone.blogspot.com

Thursday, February 15, 2007

Menjadi Juri AF5 dari rumah.

Sedang siok aku tengok pertandingan American Idol musim ke 6 ni…terkeluar pula idea untuk menulis artikel berkenaan isu di atas dan sengaja saya ajukan kerana selama saya ditugaskan mengadili banyak pertandingan nyanyian 90% boleh saya katakan yang para peserta indak lansung buat ‘homework’ untuk masuk pertandingan…siok sendiri lah dia diatas pentas.

Walau pun aku ni bukan Simon Cowell tapi rata-rata pengadil yang arif pasti mempunyai judgement yang lebih kuranglah!..dalam mana-mana pertandingan nyanyian, selalunya pihak penganjur akan mengarahkan panel juri untuk melihat berbagai-bagai sudut mengikut keperluan mereka…tapi biasanya aspek yang selalu diadili adalah aspek seperti berikut:

Tempo 20%
vocal / mutu suara 30%
Originaliti / Keaslian / pemilihan lagu 25%
Showmanship 15%
Penggunaan pentas 5%
Pakaian 5%


Peratusan yang aku bagi tu mengikut judgement aku sendirilah…tapi mempunyai signifikannya yang amat penting…ok murid-murid cikgu explain satu persatu ya.

1. Tempo 20%
Bagi aku lah ketetapan tempo musik dengan vocal penyanyi umpama “perkenalan” awal antara penyanyi itu dengan pengadil. Besar markah dia ni…jika rosak “perkenalan” pertama itu maka semasa memulakan persembahan maka ia pasti menjejaskan “keyakinan” pengadil terhadap penyanyi itu. Biasa aku terdengar peserta-peserta yang indak tau bila mau masuk…maka ke laut lah ceritanya vocal peserta harapan kampong dia niiii…disalahkan pengadil pula pilih kasih.

2. Vocal / Mutu Suara 30%
Markah yang aku bagi paling besar..hah!..kenapa?...Pernah kah anda terdengar suara seseorang penyanyi yang bagi anda sungguh “cantik, merdu dan unik” menyebabkan anda “jatuh cinta” dengan “tone” suara tersebut???..jika pernah..nahhh..itulah bah yang aku maksudkan. Jika diantara 10 peserta…seorang mempunyai vocal sebegini markah vocal pasti tinggi.

Tapi lain telinga lain tahi telinganya..lain pengadil lain pendengarannya…maka terpulang kepada pengadil lagi lah..sebab itu paling kurang mesti ada 3 pengadil atau Setiap pengadil membuat penilaian aspek yang berlainan…supaya indak bias (berat sebelah bah!). Tidak semestinya anda mesti mempunyai nada vocal yang tinggi macam Ziana Zain atau Mariah Carey..tapi kalau ada..satu bonus juga. Vibrator vocal kena jaga..jangan part lagu yang indak perlu vibrator suara mau kasi vibrate juga…nanti kedangaran macam enjin motobot mau minta overhaul kikikik..mereka-mereka yang mempunyai vibrator macam bunyi kambing biri-biri mengembek tu…agh aku rasa indak payah ikutlah..atau cuba buang dan belajar buat vocal vibrator yang lebih sempurna.

3. Originaliti atau Keaslian dan Pemilihan Lagu 25%
Maksudnya..mendendangkan lagu tersebut dengan cara anda sendiri tanpa “MENIRU” cara pembawaan penyanyi asalnya..ingat tu. Biasalah kan pertandingan nyanyian ni…mesti bawa lagu-lagu yang rata-rata kita semua sudah pernah atau biasa dengar. Jadi mesti kita “biasa” dengan versi asal lagu tersebut. Kalau peserta tersebut dapat menyanyikan lagu tersebut dengan gaya atau caranya sendiri (tapi INGAT!…melodi tidak boleh sama sekali diubah tau…pantang!) dengan baik dan merdu sekali…maka peserta itu aku anggap berjaya memberikan keaslian bagi lagu pilihannya itu.

Ramai yang silap besar bila peserta pilih lagu siti..suara pun sebijik macam siti…nyanyi lagu Ziana…sebijik suara Ziana…boringlah ikut-ikut suara orang…market don’t want two duplicates singer. One Elvis is enough..one P.Ramlee is enough…one Siti is enough….lagi pun ini pertandingan nyanyian bukannya pertandingan tiru suara orang…kalau ada kategori ni hah! Aku rasa bolehlah bagi kemenangan…aku rasa burung tiong pun bulih menang ni! Pemilihan lagu…astaga! perkara inilah yang selalu peserta silap. Kecuali penganjur dah bagi lagu-lagu wajib….sekiranya peserta pilih sendiri lagu….pilihlah lagu-lagu yang sesuai (nanti aku elaborate di bahagian showmanship) jangan siok sendiri..juri dibawah tu..menguap-guap tunggu kau mau berhenti.

Jika diminta membawa 2 buah lagu..pilihlah satu lagu fast tempo atau cache dan satu lagu ballad…tujuannya menaik dan memaintainkan mood juri bukan penonton walau pun response penonton ada juga relevantnya. Bagi aku response penonton is 1% – 2% saja kerana penonton akan bersorak samada hebat persembahan anda atau hancurnya persembahan anda…selalunya part ni bercampur-campur sorakan, ketawa dan suara-suara kutukan.

4. Showmanship 15%
Asmin Mudin pernah bergurau sama aku..Ding! kalau penyanyi ni bulih menyanyi sambil gimnastik macam giuk..aku kasi menang dia ni (me“refer” seorang peserta sedang kami adili yang memang indak ada harapan mau menang dan mungkin dia pun sedar sendiri..tapi masih terus menyanyi siap dengan airmata original…kusss semangat). Apa yang Asmin maksudkan itu ialah showmanship yang menarik akan dapat cover kelemahan persembahan anda yang lain-lain atau distracting the audiences perspective…walaupun indak banyaklah..

“Showmanship yang baik lahir secara spontan jika anda faham lirik dan enjoy dengan musik lagu tersebut”..hahhhh piker-pikirkan lah.!...selalu tengok persembahan artis-artis besar di TV..dorang ni sudah masuk class untuk menajamkan showmanship mereka. Belajarlah buat gesture ringkas untuk penonton sama-sama “merasai” persembahan anda dan jangan diulang-ulang banyak kali boring pula…nampak macam satu rutin pula.

5. Pengunaan Pentas 5%
Gunakan keluasan ruang pentas anda tapi jangan melebih-lebihlah…sampai mengancam keselamatan nyawa dan harta benda anda dan awam...MESTI pandai menari…(part ni mengingatkan aku dengan seorang local artis yang tarian dia ni macam mau berjogging tapi mau indak mau??!! Hehehe..si Ray kenal ni). Menyanyi di spot yang sama sahaja menunjukkan betapa nervousnya anda sehingga indak mampu bergerak.

Satu ketika aku menjadi juri di salah satu talent time SM La Salle..sekolah lama aku...sorang peserta tu tiba-tiba rebah bila lagu mula berkumandang…for a few moment orang ingat part of prop persembahan dia kerana lagu pun lagu kena kasih tinggal kekasih…bila lirik pertama belum lagi bangun-bangun melompatlah mama dan bapa dia naik pentas…aku dengar mama dia bilang..”Dia ada ampus tu!!..tulung”..juri sebelah aku, nama dia si Neil Mah pantas juga bagi pertolongan…thanks Neil..lama indak jumpa! Baru kami tau budak tu terlampau nervous hingga menggangu pernafasannya..tetapi minat untuk cuba menyanyi kuat betul.

6. Pakaian 5%
Tidak semestinya mahal dan blink blink..cukuplah dengan nampak simple tapi segak. Ikut kesesuaian lagulah…jangan pakai baju kebaya nyanyi lagu hip hop. Selalu nya warna hitam atau putih jadi pilihan…atau kalau mau pakai pakaian yang hampir satu warna match semua…jangan colorful..macam badut pula atau aiskrim paddle pop. Ambil berat dengan penampilan anda untuk orang wowww! sama kau..jangan datang pakai t’shirt lusu, selipar, baseball cap atau datang macam mau bergambar kahwin.

Akhir sekali…semua yang aku mention tadi tu hanyalah pandangan dan pendapat aku personally lahh…lain orang lain lagi caranya…nasihat aku tu hanya sebahagian daripada berjuta-juta nasihat berguna yang and boleh perolehi dari orang-orang yang juga arif sebagai pengadil…

Jadi marilah kita praktis dengan menjadi Juri AF5 dari rumah pada bulan March ini…enjoyyy.
Ading
15 February 2007

Wednesday, February 14, 2007

CARTA ARTIS SABAH CAT’S FM…marilah SMS!

Wah! aku agak excited juga menunggu penganjuran majlis penyampaian CAT’S musim kedua ni…alah-alah Anugerah Juara Lagu gitu. Bagi industri musik tempatan aku rasa ini adalah salah satu usaha oleh penerbit DJ Malai Ali Malai Hamid yang aku 100 % sukung. Memang patut kita raikan industri muzik kita sendiri yang mempunyai acuannya yang tersendiri. Kita anugerah mereka ini..macam di Amerika industri music Country dan Latin nya amat kuat sekali selain genre music yang lain.

Baru-baru ni saya ternampaklah satu interview di tv antara artis Adibah Noor (Pemenang AJL 2006 TV3) di rancangan Melodi TV3 dan didalam interview itu beliau berbangga dengan jualan albumnya mencapai 10,000 unit di Malaysia…APA!?? Sapuluh ribu unit saja seluruh Malaysia…sedihnya aku! Ini yang buat aku seram sehingga kotirog bulu roma aku dengan market industri musik tanahair kita ni. Walhal album tempatan kita yang terjual ada yang mencecah 30,000 unit (dengar cerita lebih tinggi lagi lah)…aku masih ingat masa siurang buat satu album techno dance beat dengan salah seorang artis tempatan ketika itu dan siurang sudah berjaya menjual hamper 12,500 unit dalam masa 4 bulan..bestnya!…tapi yang ndak best tu untung pigi sama towkey la…aku Cuma dapat kurang dari RM300..sedihnya aku.

Ok la berbalik pula cerita pasal Anugerah CAT’S 2006 ni….aku terserempaklah dengan seorang kawan artis yang kebetulan tercalon dalam CAT’S (aku ndak tau masih dalam carta atau sudah terkeluar dia ni dari carta). Sedang lepak-lepak sama dia ni…tiba-tiba keluar dari mulut dia “P#*^ma betul bil aku bulan ni!!”..memaki hamun bil telefonnya yang banyak!...aku yang dari tadi tahan kentut…..terkentut juga bila terkejut mendengar makiannya …apa hal sampai begitu?? aku tanya ...rupa-rupanya dia sedang “bertarung” untuk memastikan dia tidak terkeluar dari carta CAT’S…kerana untuk terus stay dalam carta mesti mendapat undian yang banyak…maka mengundi diri sendirilah si kawan kita niiiii…kesiaaaaan dia.

Maka timbul pertanyaan saya…sejauh mana “popularnya” lagu-lagu didalam carta itu sebenarnya kalau lagu itu sebenarnya mendapat undian tuanpunyanya sendiri…walau apa kos sekalipun biar kalah membayar bil jangan terkeluar dari carta. Well biasalah! Bisnes sms ni..ndak peduli bah! yang penting kau hantar undian zap! RM0.50 dipotong..tit tit..tit tit..undian anda diterima zap! RM 0.50 lagi dipotong. Kawan aku ni dah ribuan habis ni..lebih mahal dari harga penerbitan albumnya. Jadi haruskah corak pengundian diteruskan 100% mengunakan sms seperti sekarang demi kerana “bisnes” atau 50% sms untuk popularity dan 50% panel juri untuk bahagian teknikal, seni, susunan lagu dan lain-lain yang hanya juri professional lebih arif….kiiihoii!

Perjumpaan kami pada hari itu berakhir dengan aku bayar bil minum yang dia minum dan dia minta pinjam RM30 dari aku…bah bila kunu ko mau bayar balik tu agh??? hehehe…kira halal saja lah.

Ading
14 February 2007

Tuesday, February 13, 2007

Al-Kisah Seorang Producer Album Dusun...

" Satu hari sia bercerita sama si Ading pasal muzik lah bah kan, terkeluar lah cerita-cerita lucu, geram pun ada juga lah semenjak kami berkecimpung dalam industri ni. Si Ading ni kalau pasal menulis memang sia kalah lah, terus terang.. sebab itu lah kalau dia tulis lirik senang ja. Jadi sia suruh dia tulis sikit-sikit lah pasal pengalaman-pengalaman kami sebagai composer dan producer lah kunun dalam ini blog. At least there's something to update ... it has been quiet for sometime now. Mari kita dengar cerita si Ading.... "

Aku ni mau buka cerita sikitlah pasal bakat-bakatnya ingin mengeluarkan album mereka sendiri ni. Sedang aku pekena roti telur dan teh tarik ping di sebuah restoran, datang seorang kawan lama menegur. Kawan ni memang setiapkali jumpa saya mesti dua saja soalan yang diulang-ulangnya :

  1. Bah! kamurang ndak mau cari artis baru. Ambillah saya.
  2. Berapa bah bayaran kamu minta kalau aku mau buat album di tempat kamu.

Maka berceritalah aku mengenai proses rakaman sebenar dari A-Z dan pelan-pelan air muka kawan aku ni berubah dari tersenyum ke muka berkerut especially bila penerangan mengenai KOS PENERBITAN diutarakan. Sebenarnya tiada jumlah kos RM yang “tetap” untuk anda menerbitkan album anda. Yang penting anda tahu :

  1. Apa anda mahu dalam album anda - Percayalah! Lagi hebat idea anda lagi besarlah RM yang akan terlibat kerana memerlukan tugasan-tugasan yang extra.
  2. Material (lagu & lirik) - Maha penting..lagi kuat dua benda ni menarik minat pendengar maka lagi “boleh jual” album anda BALIK MODAL dan lepas tu baru buat untung.
  3. Siapa penerbit yang anda ingin berkerja - Penerbit adalah antara elemen “tersembunyi” yang paling penting dalam kehebatan album anda nanti. Anda boleh minta siapa-siapa saja penerbit untuk menjadi penerbit anda. Minta M.Nasir terbit album dusun pun boleh mungkin makin interesting hasilnya.

Lepas tu kawan aku tu pun sambung..mahallah! kasi murahlah buat kawan-kawan. Part mention kawan-kawan ini lah yang payah aku mau fulfill ni!..aku pun tanya “berapa bah kau mau invest dalam album kau ni? Kawan jawab”lebih kurang RM3,000 cukup kai tu?” alamak! ertinya RM3,000 / 10 lagu = RM300 satu lagu….emm macam mana mau tulung ni agh? Aku ni memang lemah kalau ada kawan minta tulung ni..tapi aku cuba kasi paham juga (dalam hatilah) kalau ada 10 kawan minta macam ni… susah lah industri kita.


Selalu orang nampak kerja penerbitan ni macam senang..datang ja masuk studio terus nyanyi. sebenarnya, bayangkan proses ini untuk 10 buah lagu dalam satu album:

  1. Pemilihan Lagu dan lirik, kalau tiada kena tulis lagi.
  2. Buat arrangement musik setiap lagu.
  3. Menjaga rakaman vocal etc. setiap lagu.
  4. Editing, mixing dan mastering setiap lagu.
  5. Buat surat menyurat dengan kastam bila nak order kaset/CD.
  6. Urusan duplication.
  7. Terima kiriman dan pigi ambil di pejabat pos.
  8. Minyak buat semua kerja-kerja diatas tu.

Lepas recording pengalaman aku mesti artis tu bawa makan minum lagi sekejap dan jangan silap agh penerbit belanja. Alahhh..ok la…tapi kena kau yang datang pigi studio diangkutnya laki/bini, anak, bapa mama, adik beradik, best friend, cousin…untuk menyaksikan dia beraksi di studio..lepas tu bapa dia bilang setakat 2, 3 set (10 tiga laitu!) tu tiada masalah bah kan!...emm??? belum campur carrot juice si anu, mee guring, nasi guring, ikan kerapu sweet n sour etc…

Pernah satu ketika seorang anak VIP datang ke studio minta buat karaoke 10 lagu yang terdapat diadalam album kesukaannya itu. Budak tu bilang “ndak payah deposit..bapak aku bayar terus” wah bagus laitu, semangat aku kalau macam ni. Budak tu keluarkan duit RM50…aku pun tunggu lagi la RM yang seterusnya dari wallet dia memandangkan dia tengah relax minta resit. Aku pun tanya lagi ..yang lebih mana dik?? Budak tu hairan dan menambah “ itu saja bapak aku bagi..dia bilang cukup tu..bukan susah buat karoeke tu..buang suara saja (pigi mampuslah!)”...ketawa, nak nangis, geram macam-macam la aku rasa masa tu bila penat lelah anda dinilai RM5 per lagu saja. Untuk membuat karaoke ni memerlukan lagu itu di buat music arrangement semula mengikut lagu asal. Ada orang bilang mesin yang boleh hilangkan vocal dalam lagu tu dan terus jadi karoeke…kalau mesin tu betul-betul wujud pasti aku dah jadi kaya sekarang. Kena cari bunyi atau alat music mengikut bunyi /instrument asal lagu tu. Transfer pigi audio format, burn to CD, alahh…malas lah mau cakap.

Pendek kata selalu kos rakaman ni disalahertikan bila meletak sesuatu kadar harga (rates charges) dikatakan mahal sangat!...ramai orang diluar sana tu yang mahukan “produk yang berkualiti tinggi tapi dengan harga yang paling rendah..kalau dapat free lagi siok!”

Nilai kerja atau seni yang orang-orang dibelakang tabir pembikinan album anda ini sebenarnya tinggi nilai dan ertinya bagi mereka. Ia tidak boleh diukur dengan pembaris, penimbang, calculator atau apa-apa pun dan ianya adalah amat subjektif.

Jika anda beranggapan yang penerbit, pencipta, penulis ini hanya layak apa yang anda MAHU bayar kepada mereka tetapi mahukan satu hasil kerja yang tinggi nilainya…maka saya berani cakap..anda mungkin berjaya mengeluarkan album tapi anda gagal memperjuangkan “seni” yang anda sendiri minati....

Bak kata pepatah urang putih! “WHAT YOU PAY IS WHAT YOU GET”

Ading
13 February 2007

Thursday, September 28, 2006

Lydia Kalidin

Album ke-2 Lydia Kalidin sudah pun selesai proses rakaman dan mixing. Sekarang tunggu untuk dipasarkan sahaja oleh pihak Skyline. Ada sepuluh lagu yang dimuatkan dalam album Lydia dan berlainan jika dibandingkan dengan album yang dulu dari segi konsep. Ini adalah tindakan yang berani oleh EMP, Skyline dan Lydia sendiri dalam produksi kali ini yang menampilkan konsep lebih moden. Kesemua lagu-lagu ditulis oleh “Team EMP”, Ramli Ahmad dan Selvister Thomas. Syok sekali semasa proses rakaman sebab Lydia ni memang berbakat dari segi vokal dan banyak menyumbangkan idea-idea yang melicinkan kerja semasa berada di studio. Dalam album ini Lydia ada berduet dengan Asmin Mudin (EMP) dalam lagu “Tiwas Kotoh” yang ditulis oleh Asmin yang berentak Pop Rap. Album ini turut mendapat khidmat Rapper yang pernah terlibat dalam penerbitan album Max (Sumayau Hip Hop) iaitu DECIPHER dalam lagu “Tupus Ku” yang ditulis oleh Rayner Kilik (EMP). Bagi kami, album ini memang unik dan banyak pembaharuan yang disuntik dalam pembikinannya. Para penerbit mahu membawa album ini ke satu tahap dimana ia tidak lagi terkongkong dengan genre music kebiasaan KDM sebelum ini, dari segi lirik, arrangement, editing dan mixing. Akhir kata, selamat mendengar era baru music KDM.

Tuesday, June 06, 2006

Album Reno di pasaran Jun 2006

Akhirnya album sulung juara KDM Idol pertama "Reno" akan berada di pasaran pada bulan Jun 2006. Menurut pihak Skyline, album ini akan dipasarkan dalam bentuk kaset, CD dan MTV karaoke sekali gus. Album ini yang berkonsepkan "Modern Pop" diterbitkan oleh EMP manakala Skyline adalah sebagai Penerbit Eksekutif. Lagu-lagu yang dijangka hits dalam album ini adalah seperti Rikot Noh, Ralan Ku, Rombituon Ku dan Sumandak Seksi. Jadi, jangan lupa untuk mendapatkannya di pasaran nanti.

Friday, May 26, 2006

Album Kedua Lydia Kalidin.

EMP akan menerbitkan album kedua bagi artis Skyline iaitu Lydia Kalidin. Sekarang masih lagi dalam process pemilihan material untuk dimuatkan dalam album ini. Konsep bagi album ini lebih kurang juga dengan yang pertama (Tradisonal/Pop/Ballad). Cuma ada beberapa lagu yang berkonsepkan Modern Pop / Hip Hop akan dimuatkan dalam album ini. Seperti biasa Umbut, Ray dan Ading antara penyumbang lagu-lagu untuk album Lydia. Kalau semuanya sudah ok, awal bulan Jun 2006 proses rakaman dimulakan.

Tuesday, April 18, 2006

Best Song Category!


Click to read....

Saturday, March 04, 2006

"Bandaraya Peranginan Semulajadi" Juara


Lagu "Bandaraya Peranginan Semulajadi" telah memenangi tempat pertama dalam pertandingan mencipta lagu tema Bandaraya Kota Kinabalu pada 01 Mac 2006. Lagu ni dicipta oleh Asmin Mudin, Ray dan Ading manakala lirik pula oleh Ading. Sebenarnya lagu ni dicipta pada tahun 2000 lagi sempena menyambut Kota Kinabalu menjadi Bandaraya tetapi tidak kemana-mana lah disimpan macam itu saja. Tajuk original lagu ini ialah Bandaraya Rimba Tropika yang juga merupakan tema Bandaraya pada masa itu. Memandangkan tema pada tahun ini sudah berubah kepada "Taman Peranginan Semulajadi" maka si Ading terpaksalah memerah otak untuk menghasilkan lirik yang sesuai (Ndak susahbah! Tukar satu baris saja di korus, jadi sudah). Lagu ini akan mewakili Bandaraya Kota Kinabalu ke pertandingan Bandaraya Idol yang akan berlangsung 25 Mac 2006 di Kota Kinabalu. Dengar-dengar ada 10 Bandaraya akan bertanding pada hari tersebut.