Monday, October 11, 2010

Mari Kita Bikin Album....

(sambungan artikel : Cadangan PEMASARAN album di SABAH..)

Saya rasakanlah....manusia disebelah ini la manusia yang paling beruntung sekali sebagai artis seni dalam bidang music, nyanyian dan lakunan... paling berjaya dan 'bernasib baik sekali di dunia la bah urang bilang...:) sampai waris-waris dia pun terampit juga...

The King....ikon ini indak perlulah saya panjang lebarkan disini....jeles aku!..kaya sudah dia hehehe...apa yang kita tahu beliau telah merubah entertainment bizness dunia ke satu era baru...yang lebih twist!..lebih roll...dan lebih cool....dan Elvis Presley terpatri sebagai the greatest 'American Idol'...dan world idol bgai peminatnya di seluruh dunia.


Era musik 50an dan 60an merupakan zaman 'transformasi budaya dan ideologi'..dari idelogi conservative ke ideologi progressive...

10 tahun selepas kemunculan 'Raja Rock n Roll' ...muncul 4 orang anak muda ini. The Beatles menjadi kan Beatlesmania melanda seluruh dunia. Muzik mereka menjadi legenda..rambut stail 'tempurung' terus famous...macam rambut si Ampal tu lah...cuma bezanya saiz lubang hidung kah kah kah (jangan marah ahh..Ampal).


Selepas mereka ni, ramailah bah juga bintang-bintang baru yang lahir...cuma Elvis dan kumpulan Beatles diiktiraf sebagai pelopor.

Jadi...apakah signifikan mereka ini terhadap industri musik Sabah?!....jawapannya ialah, mereka 'muncul' pada masa dan waktu yang tepat sekali...iaitu di era 'transformasi'. Begitu jugalah industri musik Sabah sekarang ini....industri musik kita sedang berada dalam era 'transformasi' nya. Jika anda sensitif dengan perkembangan semasa music di Sabah....ianya sedang berlaku sekarang.

Banyak perkembangan yang menjadi faktor kepada perubahan (transformasi) ini. Perkembangan penduduk, perubahan budaya anak muda, perkembangan teknologi dan macam2 lagi la bah....

Jadi, ini lah masanya untuk kita 'create' satu lagi 'Elvis' atau 'The Beatles'...jika anda berjaya berlari seiring dengan transformasi ini...saya percaya KITA akan berjaya.

Pokoknya...bila dan macam mana? jawapannya ialah...SEKARANG. macam mana?...jawapannya kena paham ni 'Konsep Pemasaran'...4P.

Product = Barang / produk
Pricing = Harga
Place = tempat
Promotion = Promosi

Aku ni bukanlah mau memandai-mandai, setakat ingin berkongsi sebab ada ramai juga yang minta nasihat. Lagi pun kalau siurang saja buat 'transformasi', tersangat minimal la impaknya...tapi kalau KITA ramai-ramai bikin!..nah yau...banar....kanampakan itu perubahan. ;)
Sebenarnya ramai juga rakan-rakan producer yang ada idea yang sama, cuma masing-masing bikin sendiri-sendiri..'segan-segan' la bah kunu...aku ni pun dalam kategori malu-malu kucing...tapi kalau ada yang mambawa...terus itu urat malu putus...macam giuk kepanasan terus aku membikin kih kih kih...

Dipendekkan cerita...aku buat intro ini dulu lah....nanti aku cakap itu 4P tadi.

mau pigi mongomot dulu...bikin modal recording :)

AdingEMP 12/10/2010

Cadangan PEMASARAN album di SABAH....

Masih ingat kah kamu seorang anak muda berasal dari HongKong, William Hung, menghadiri audition American Idol...ntah yang episode yang ke berapa lupa pula aku.

Dengan menyampaikan lagu 'She Bang' Ricky Martin...pak Simon Cowell duduk tergamam....puan Paula Abdul tertiarap di meja dan si Randy sambil tutup muka pakai kertas...bergagar-gagar perut+dada menahan ketawa....suara si William Hung ni kalau kategori Ramli MS....tahap menjunam ke laut la! :)

Hancurlah bah audition si William Hung...ni...tup tup belum habis American Idol..famous pula dia...lagi awal buat konsert....sini sana pulak tu! kih kih kih....aku tabik spring balik budak ni...hehehe.


Dan berani saya bilang...kalau bukan kerana Dayang Noraini, anak kelahiran Papar, membawakan lagu 'Menghitung Gaji...eh eheeehhh...:P 'Menghitung Hari' Kris Dayanti semasa pertandingan akhir Passport Kegemilangan episod ke6 terbitan TV3....sumandak indon ni enggak mungkin akan famous di Malaysia...(bila ditanya komen reporter...KD indak pun mau credit sama si Dayang bah..cis!)

Dan akhir sekali...lagu 'Sayang Kinabalu' barangkali akan tetap ter'bosou' di dalam laci si Asmin Mudin kalau dia indak buat keputusan untuk memasukkan lagu sempoinya itu didalam album pertama abang beliau, Kimin Mudin, yang juga merupakan album KDM pertama terbitan EtnikMuzik Production...(madcham!..aku rasa...aku sama si Ray ada 'paksa' si Asmin juga ni...dengan bersenjatakan 'menu' makan tengahari kari kepala!! hehehe)...maka berkumandang la lagu tersebut di 'seluruh dunia' (terima kasih daun keladi YouTube :P)...lagu ini juga paling banyak kena Remix...indada royalti. Lain-lain royalti dapat la..:)

Jadi!....apakah signifikan ketiga-tiga perkara diatas???...ada tiga jawapan yang paling tepat....

jawapan pertama = PROMOSI
kedua = prOMOsi
ketiga = PRoMosi

Bah...nanti aku sambung....lapar pula aku

Minnn....mari kita pigi TomYam!! :)

AdingEMP 11/10/10

Tuesday, October 05, 2010

Realiti pedih 60% Artis Rakaman Sabah...yg 40% tu kira ok la kali ahhh?! :)

Sedar atau tidak Industri Muzik Sabah sebenarnya sedang mengalami satu 'transformasi' besar dengan lahirnya bakat-bakat muda dan pejuang seni musik baik dalam bidang sebagai artis rakaman, pemuzik, komposer dan juga penerbitan. Ada yang berjaya...dan tidak kurang juga yang lingkup gulung tikar...akibat kurangnya pemahaman mereka terhadap 'industri' itu sendiri.....di Sabah.


Untuk kita berbicara mengenai isu yang ingin saya kongsikan bersama disini...mungkin ada baik kiranya artikel dibawah dibaca dahulu agar pembaca dapat memahami dengan jelas apa yang ingin saya 'kongsi' kan bersama...artikel tersebut telah di'tag' ke halaman facebook saya dan bagi saya isu yang diutarakan amat menarik sekali untuk dikongsi...bukan kongsi duit ahhh hehehe


Realiti Pedih 60% or more Artis Rakaman Sabah : DIPETIK DARI 'CARTA ROJAK KKFM'

1. Tahukah kita semua bahawa artis-artis kita sudah bersusah payah bikin album sendiri dengan kos sendiri sekitar lebih kurang RM7000 belum termasuk kos cetakan ( kecuali artis yang dibiayai atau di ‘sponsor'oleh syarikat rakaman atau distributor - Itu pun mereka ada masalah tersendiri yang pahit terutama soal royalti jualan dan lain lain bayaran)

2. Kemudian selepas album itu siap 'dengan terpaksa' jual master audio album tersebut kepada distributor TERMASUK pemberian hak kepada distributor utk menghasilkan dan menjual video klip (mtv karaoke) ke pasaran. (Terpaksa menjual kerana kos rakaman dihutang dulu daripada studio rakaman yang menuntut bayaran kerana perlu bayar sewa bangunan dan karan)

3. Kemudian selepas proses tawar menawar yang berat sebelah kontrak jual beli pun ditandatangani ; kesian dan mendukacitakan selepas perjanjian jual beli itu disetemhasilkan artis tidak akan ada sebarang ( langsung tidak ada ) kepentingan lagi kepada album tersebut malah lebih sakit artis diminta utk membuat promosi & menyiapkan v-klip tanpa sebarang bayaran.

4. Proses jual beli itu selalunya tidak menguntungkan artis. Harga belian lebih murah daripada kos pembikinan. Si artis terpaksa setuju saja.

5. PENYELESAIAN SEGERA

a. Bertindak dengan bijaksana. Minta pandangan kawan. Bersabar terbitkan album dgn kos sendiri dan edar jual sendiri jika mampu

b. jika Artis atau Penerbit terpaksa menggunakan perkhidmatan distributor berkenaan juga . JANGANLAH JUAL MASTER itu LUMP SUM ( yang memberi unlimited rights kepada distributor untuk ‘bantai’ jual album tersebut habis-habisan ) tapi BERI LESEN UTK SUATU TEMPOH TERTENTU atau buat distribution deal berikut jika sekalilagi terpaksa

i. minta distributor PRINT sahaja jangan ada deal jual beli dan minta royalty jualan sekurang kurangnya RM 5.00 setiap cd yang terjual BUAT KONTRAK

ii. print sendiri dan hantar cd ke mana-mana distributor yang ada dan wujudkan consignment deal dengan nilai harga runcit kepada distributor sekurang - kurangnya RM10 per CD dan RM12 untuk VCD

6. KELEMAHAN SESETENGAH ARTIS & PENGURUS MUZIK KITA

a. kita terlalu mau duit dengan masa yang cepat maka kita terpaksa menjual audio master album

b. Kita terlalu mau menjadi artis dengan pantas sampai kita terabai memikirkan apa nasip produk yang telah kita hasilkan dengan titik peluh

7. RENUNGAN

a. Kita semua faham smua urusan ini adalah urusan perniagaan belaka dan tertakluk kepada proses tawar menawar, bincang dan akhirnya persetujuan tetapi MORAL YANG RENDAH oleh pihak PEMBELI ini mengheret artis Sabah menjadi mangsa kehilangan khazanah budaya dan bahasa selamanya.

b. Hakikat pahit yang perlu kita telan Kita memang sudah tidak boleh berbuat apa2 dengan produk hiburan atau album yang lepas2. kerana semuanya telah 'diserahkan' kepada pemodal dengan persetujuan bertandatangan oleh artis kita sendiri. Namun kita harus belajar dari kesilapan SELAMATKANLAH dan MILIKI ALBUM artis kita yang akan terbit bermula hari ini, esok lusa dan seterusnya.

c. Saya atau sesiapa saja mungkin tidak perlu kisah tentang siapa nanti yang memegang publishing rights mana-mana album itu tapi KEHILANGAN KEPENTINGAN KOMERSIL & NILAI SENTIMENTAL TERHADAP LAGU-KAGU dalam album itu khususnya artis yang mencipta sendiri lagunya suatu hal lain yang perlu difikir semula. Kalau tidak sekali lagu cucu cicit kita akan terpaksa bersedih kerana lagu nyanyian aunty, uncle , dad or mom mereka bukan lagi milik mereka!

d. Bayangkan Jika ada 10 album yang terlibat maka kita akan kehilangan 100 buah hasil karya dan 'pemilik baru' rights itu akan menggandakan keuntungan dengan mencetak 10 master atau lebih album KOMPILASI.

e. Mungkin ada yang berkata 'aku peduli apa, bukan aku punya hal ‘ tapi saya harap anda bersama saya yang ada bisikan dalam hati yang berbunyi 'Saya sayang lagu-lagu dan lirik karyawan SABAH'

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

well..apa yang berlaku dan apa yang penulis cakap memang ada betulnya dan saya secara peribody..menyukung penuh la apa yang dia bilang.

Namun, indak bulih juga lah disalahkan kepada pihak 'sponsor' atau mana-mana pihak yang mengaut keuntungan melalui satu 'perjanjian' yang telah 'dipersetujui' diadalam sesebuah kontrak atau MoU..

selama lebih 10 tahun saya menceburi industri musik Sabah ni...isu ini seperti mesti ada..mesti wujud setiap tahun punya..maksud saya ialah rasa indak puas hati ni...kalau kamurang rajin scrolling artikel yang pernah aku tulis dulu-duuuulu dalam blog EMP ni, mungkin dapat menceritakan isu yang penulis tadi maksudkan...dan kami juga pernah mengalaminya.

bagi isu no.1....memang betul KOS PENERBITAN untuk sebuah album di Sabah adalah sekitar RM7,000...kita jangan cakap pasal hasil kualiti bunyi la..pasal maksud 'kualiti' ni subjektif dan lain pemahamannya antara para penerbit. Jumlah RM7K itu di Sabah adalah untuk satu album..kalau di KL harga tu hanya untuk satu lagu sahaja. Jadi di Sabah ni...si penerbit atau penerbit yang dibayar untuk produce album si penyanyi/artis (kebiasaannya si artis sendiri sponsor album dia ni) perlu mengunakan sepenuhnya kepakaran pengalaman serta pengetahuan beliau dalam bidang teknikal rakaman dan musician untuk memainkan alat2 muzik atau compose lagu/lirik untuk si artis, bayar sewa studio...cut cost la bah urang bilang.

Jadi dipindikkan cerita..kos menerbit dalam RM7K tidak termasuk cetakan CD...dan lain-lain.

Namun bagi perenggan akhir isu no.1 dan isu no.2, 3 dan 4....saya agak kurennngg setuju la....especially dalam hal-hal rundingan 'berkontrak'.

KONTRAK (sila rujuk Akta Kontrak) merupakan satu 'persetujuan' yang 'sah' antara pihak yang bersetuju dengan 'perundingan' yang akan dibuat secara 'bertulis' atau biasa kita bilang ..black n white la...jadi kontrak ni adalah bukan sekeping perjanjian 'main-main' yang boleh diambil sambil lewa oleh mana-mana pihak. Soal ditipu atau kena tipu tidak akan timbul jika perundingan dibuat dan mendapat persetujuan setelah perbincangan tersebut men'yiokkan hati kedua-dua pihak. selalunya kontrak akan ditandatangani apabila kedua-dua pihak bersetuju dengan segala 'benefits' dari perjanjian tersebut. Disini juga lah isu royalti, Rights, Publishing Rights, Pengedaran dan lain-lain akan termaktub.

Percaya atau tidak, menurut anggaran 'Royalti' lagu Jambatan Tamparuli (Justin Lusah) selama lebih 20 tahun ini adalah bernilai RM7 juta...jika Rights beliau benar-benar dapat dipunggut oleh pihak MACP. Salah siapa?..Justin atau Distributor...secara peribadi saya bilang iya tapi dari sudut yang lain tidak...biarlah isu ini menjadi 'pedoman' untuk kita sekarang.

Jadi semasa perundingan itu la..kalau saya si artis atau tuan punya album akan memberikan 'kemahuan' atau terms and condition untuk si pengedar 'honour' apabila pembahagian hasil dilakukan. Penipuan hanya wujud kita timbul manipulasi oleh si penawar berkontrak..DAN..si penerima berkontrak pula indak paham atau naif dari sudut pemahaman isu kandungan kontrak dan hak beliau...indak payah pigi sekolah perundangan untuk belajar benda ni..bulih tanya pengamal undang2 atau pun mereka yang arif..atau pernah berkontrak. Tribunal Pegguna di Mahkamah Kota Kinabalu boleh memberi nasihat dalam hal ini..free lagi tu...hehehe.

Jadi sebagai kesimpulannya sebelum sign kontrak (jangan bilang lepas sign kontrak..bilang kena tipu):

i. baca dan paham isi kontrak

ii. buat rundingan semula jika masih belumd puashati...biarpun ambil masa yang agak lama.

iii. kalau semua sudah ok..baru sign dan register di pesuruhjaya sumpah..murah jak ni..dalam RM10 + RM5 stem hasil.

Mengenai isu DISTRIBUTOR pula...kekeliruan paling senang berlaku..dan kalau rasa macam indak kena...sila rujuk balik dalam persetujuan kontrak tadi. apa-apa perundingan 'baru' yang tiada dalam kontrak awal..perlu dimasukkan atau dipanggil 'addendum' kedalam kontrak awal. sama juga la bah maksud dia ni...supaya indak kena tipu. Perbuatan atau apa-apa yang berlaku dan tiada dalam kontrak menjadikan kontrak awal tadi dengan sendirinya BATAL...dan inilah part indak siok yang akan timbul...saman-menyaman.

Masalah UTAMA ramai yang ingin menjadi 'artis' ini sebenarnya ialah MODAL...aduii.!! kedua ialah kegagalan PERANCANGAN PEMASARAN...errr..balik juga mau pakai modal ni..kih kih kih.

jadi selalu yang timbul si artis menawarkan si distributor keluarkan 'modal' untuk buat cetakan CD..buat distribution dan buat pemasaran/iklan sendiri. maka disinilah si distributor terpaksa cover balik kos tadi dan lepas dapat cover tu..barulah hasil bersih (net profit) diagihkan mengikut kadar yang dipersetujui dalam kontrak tadi...

Kos Penerbitan RM7K tadi sebenarnya adalah 10% dari kos sebenar menentukan kejayaan sesebuah album tersebut...70% yang menjamin kejayaan album itu adalah..MARKETING!....tiada marketing (iklan & pomosi) jangan mimpi anda boleh berjaya!...take my word and i'm good with it.

Aik?? baru 80% tu.???..mana pigi itu 20%???.....iyaaaa tuan...yang 20% lagi tu terletak kepada keberkesanan si distributor tadi mempunyai network market yang luas dan keupayaan memunggut hasil jualan album. Jadi, misti pandai pilih siapa 'distributor' anda dan reputasi 'distributor' ini....saya kenal hampir 90% maijor distributors di Sabah..dan mereka sebenarnya adalah manusia jujur...jika tidak...indak la aku jadi begini..kiiihoi..main ko burung :)

Akhir sekali..sebagai nasihat buaya pencen...hehehe...aku setuju dengan apa penulis ajukan iaitu sebagai pengiat seni...jangan sesekali menyerahhak atau Rights anda secara tidak sengaja atau kenaifan anda dalam hal-hal perundangan...sila bertanya kepada yang arif...dan yang arif jangan juga luki ilmu sebab yang arif juga mendapat ilmu dari otai-otai yang terdahulu...banyak badan yang menjaga Hak si tuanpunya Karya sperti MACP (www.macp.com.my).

UNTUK 'segala-gala'nya berjaya diatas...yang paling penting sekali ialah Kesedaran dan...ada MODAL.

Industri musik Sabah adalah unik...kita ada industri kita sendiri...dan sedar atau tidak sedar Industri Muzik Sabah sebenarnya sedang mengalami satu 'transformasi' besar dengan lahirnya bakat-bakat muda dan pejuang seni musik baik dalam bidang sebagai artis rakaman, pemuzik, komposer dan juga penerbitan. Ada yang berjaya...dan tidak kurang juga yang lingkup gulung tikar...akibat kurangnya pemahaman mereka terhadap 'industri' itu sendiri.....di Sabah.

jadi marilah kita sama-sama berkongsi pengalaman dan kepakaran..kalau boleh kita buat marketing bersama...konsert bersama...promosi bersama tanpa perasaan ego atau i'm better than you..sebab macam si Ramli Carlo bilang...pusing-pusing kita dalam industri ni..kita akan jumpa orang yang sama juga..kita ada market..execution salah!! pulak dah...

kalau kita kungsi-kungsi tu modal..aku rasa orait tu..income bagi sama rata la...

P/S...kita tunggu ada siaran khas channel TV Sabah...tahun depan brngkali ahh?!.. :P

AdingEMP 2010


Wednesday, June 02, 2010

KIMIN MUDIN dalam kenangan......

pada pagi ini..kita dikejutkan dengan pemergian buat selama-lamanya KIMIN MUDIN, seorang artis Sabah yang telah membawa nama negeri Sabah melalui lagu nyanyian beliau "SAYANG KINABALU" dikenali ramai.

Mengadu sakit dada sekitar jam 11:00 malam dan menghembuskan nafasnya yang terakhir jam 1:35 pagi 2 Jun 2010. Beliau akan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Jalan Kepayan.

setiap yang bermula akan berakhir...setiap yang lahir akan kembali kepada penciptaNya juga. Saya...dan kita kehilangan seorang sahabat dan rakan artis.

"Sayang Kinabalu" akan terus kekal sebagai satu legasi peningalan nyanyian beliau..untuk kita semua kenangi.

semoga roh beliau dirahmati Yang Maha Esa.

Monday, January 25, 2010

AKADEMI FANTASIA..musim ke8

Adakah Akademi Fantasia masih relevan dan punya tarikan?...

Itulah soalan pihak media yang dilemparkan kepada Pengurus Produksinya semasa berita awani astro ke udara tempohari....dengan selamba rock pengurusnya berkata 'iya!..masih relevan dan punyai tarikan tersendiri'...

Jawapan tersebut memang aku tabik dan sokong lah....

Kebetulan aku datang buffet lunch di hotel promenade semasa audition sedang dijalankan. indak juga aku perasan sebab aku parking di tingkat bawah hotel (parking pun full-house)...kebetulan ada satu kereta kancil baru keluar dengan penumpang dekat 5 atau 6 orang..semua dengan stail yang kira hip dan hop...

Ditangga hingga ke lobby punya la ramai remaja dengan dressing dan perangai masing-masing...sekuriti pun sibuk menegur.."indak bulih lepak sini..indak bulih duduk sana.."

Bila nampak banner 'AF'..baru la aku tau..hari ni hari terakhir audition AF8.

melihat kepada respon para remaja (bakal artis...KAH?!)...sememangnya AF masih punya daya tarikan...satu perkembangan yang sihat juga bagi akulah.
Ada yang datang dengan keluarga..ada yang datang dengan kawan-kawan..ada juga yang datang 'bercouple'..ada juga yang datang saturang-saturang. Ada yang datang dengan dressing ala-ala artis gitu...ada juga yang datang dengan dressing sedang tunggu bas mau pulang!...semuanya dengan satu matlamat..ingin bergelar 'PENYANYI'.
Dalam hati aku....semoga anda semua berjaya dan membawa era baru dalam industri musik Sabah.
(bersambung...)
ps: aku rasa antara orang paling sibuk time tu ialah 'crew2' hotel yang kasi bersih tandas..hehehe...cakap pun indak guna...hehehe

Thursday, December 24, 2009

MERRY CHRISTMAS & THANK YOU 2009....


Its Christmas time!...Merry Christmas and Happy New Year 2010 to all....

Lets celebrate it with a PRAYER.... may PEACE be on earth and mankind till Thy kingdom come.

Its been a very hectic 2009 for us in EMP...we've took everthing one at a time with humble and gracious appreciation to the Almighty for everything that He'd graced upon us.

and thank you to all friends in the music industry...Sabahan music lover...in supporting Sabah Music Industry for all these years.

Merry Christmas & Happy New Year y'all....

Sunday, November 08, 2009

Diddy AF4...mencuba rentak sumazau..

Siapakah tanakwagu hensem ni...haahhh..inilah dia Diddy AF4..
Diddy AF4 dan pihak pengurusan beliau tertarik untuk mencuba irama sumazau ini didalam albumnya nanti.

Hasrat beliau ini telah disampaikan oleh Candy AF5 kepada team produksi Candy di KK..(eh!..siurang la baitu..ehehehe)...maka hasrat beliau itu EMP sambut dengan kembang lubang hidung dan akan memberikan yang terbaik dalam pemilihan lagu-lagu yang sesuai.

Sebagai permulaan beliau dijangka akan tampil berduet bersama Candy dalam album KDM Candy nanti.

Ini merupakan satu perkembangan yang sihat, menunjukkan irama sumazau kini melangkau jauh lagi kepersada seni nasional...sememangnya irama dan lagu tidak mempunyai batasan yang menyekatnya untuk berkembang.

Populariti irama sumazau mula dikenali di seluruh negara bilamana kumpulan Blues Gang merakamkan semula lagu "Jambatan Tamparuli' didalam album mereka...selepas itu muncul pula lagu "Sayang Kinabalu' nyanyian Kimin Mudin.

Harap-harap lagu KDM Diddy AF4 ini akan bersinar sebaris dengan lagu-lagu hebat tadi.

Pernah satu ketika dulu sedang aku lepak-lepak dengan member dari semenanjung (sekarang ni dia bilang dia ni Sabahan..sudah beranak pinak disini..)..tiba-tiba berkumandanglah lagu 'Sumandak Tamparuli' nyanyian artis veteran Justin Lusah....katanya 'Ding!..kalau aku dengar irama lagu-lagu dusun (KDM) ni....macam segala-gala masalah 'hilang'!..walau pun aku indak paham hahaha..kecuali yang lirik dia dalam bahasa Malaysia Sabah...baru aku paham'...maka keluarlah beberapa lirik lagu-lagu irama sumazau yang aku tau dia biasa nyanyi time kenduri kahwin atau pun pigi karaoke....

Irama atau rentak sumazau ni memang ada 'aura' nya yang tersendiri...kalau kena pada tempat, masa dan suasananya..gempak juga kenduri tu jadinya hehehe...

Sekitar tahun 90'an dulu..semasa aku masih belajar di Sarawak...terkejut juga aku dalam satu majlis keramaian di sebuah perkampungan suku kaum Iban...kebetulan ada boyband juga hari tu...kami diminta oleh tuai rumah panjang (ketua kampung) menyampaikan beberapa buah lagu rentak sumazau..(tuai rumah ni pernah bertugas di Borneo Utara semasa zaman konfrantasi ditahun 60an).

Untuk tidak mengecewakan permintaan 'peminat'...maka aku (drummer) dan beberapa lagi rakan..err aku ingat gitaris kami tu junior aku di kampus berbangsa Bajau....maka kami hentamlah lagu-lagu 'Jambatan Tamparuli, Lima Ribu, Taragang Rasuk'..dan beberapa lagi lagu yang liriknya kami hentam saja time tu (bukan kena paham pun! hahaha)..janji rentaknya Sumazau.

Dan lucu juga perasaan hari tu macam attend majlis kahwin di Penampang pula..dan itulah pertama kali aku nampak Datuk Alfred Jabu sumazau sambil signal 'thumbs-up' sama 'band kami'....hehehe.

Wednesday, November 04, 2009

si Guba....grennnggggg! indie music

si Guba...iya si guba..bukan si gaban okeeyy...hehehe kumik! but ada juga bunyi komersil nama dia ni...

Terkejut gaban la si Guba ni bila aku review pasal dia ni barangkali..hahaha..jan marah ahh..

Well, let us 'familiarized' with this name..GUBA...he is one of our blog's visitors and just coincidently or luckily this fellow give his myspace link..kalau kamu mau visit blog dia..klik saja nama dia di shout box kami tu..

Just like us in EMP...he is too a songwriter (aku rasa la..). I've gone through some of his works which he posted also in his myspace.com...I can say, not bad dude...awesome and glad that ada juga budak-budak Sabahan macam dia ni out there..and I hope a lot la..kalau bulih beribu-ribu lemon. If you guys want to know more abbout him...jangan malu-malu just click http://www.myspace.com/gubamusic ...sambil tu ter'promote juga la myspace dia ni.

I can say that his music influences a bit of Nirvana here and some of Pearl Jam there...i dig to his music though...its kind of cool and interesting. Well i can see he have a future in his very own talent and i would like to work out something with this talent..hopefully la. So bro! keep it up!...dan majulah sukan untuk negara.

AdingEMP

Tuesday, November 03, 2009

single terbaru CANDY AF5...dalam bahasa Inggeris.

Candy AF5 muncul dengan sebuah single berbahasa Inggeris bertajuk 'Trouble Maker' hasil sentuhan seorang komposer dari Iran. Malah komposer tersebut juga turut berduet dengan Candy didalam lagu tersebut. Pelancaran single Candy ini telah dilakukan dalam pada 2 Nov 2009..eh! kemarin pula bogia..mbah..ngam la bah juga itu...

Sama-samalah kita doakan kejayaan sumandak Tambunan ini dan semoga album ini akan mengorak rezeki serta kejayaan Candy di persada seni tanahair...
Semoga usaha Candy ini akan meng'umph kan lagi artis-artis dari Negeri Dibawah Bayu kita ni..huiyoh..siok ni tau...

bah kalau kamu limpas-limpas mana-mana kedai CD berdekatan..cubuk-cubuk lah kalau-kalau album Candy sudah sampai k...:)

Nampaknya tahun 2010 Candy bakal menjanjikan satu gegaran...grrrrr

KK..KK...Instanbul....London...jalan terusssssss

AdingEMP 3 NOv 2009

(credit gambar : unitedcomunitmalaysia.blogspot.com).....dengan ijin.

Sunday, November 01, 2009

EMP!....kembali 'berkuntau'...

Kalau baca tajuk saja urang ingat siurang mau pigi pukul urang...bukannn.

Lama sudah bah EMP (Asmin, Ading & Ray) 'berehat' ni!...maksud rehat ni bukanlah indada buat kerja..ada juga bah cuma banyak betul perkara-perkara yang cuba disettlekan sepanjang tahun ini..maka sekaligus meng'terbengkalai'kan tugas2 studio buat sementara waktu...

Namun kami sudah pun start balik engine kami bertiga ni...dua hari ni pun aku sibuk juga mixing beberapa lagu KDM Candy AF5, buat arrangement baru untuk album melayu Candy juga..aduhhh migrain ku datang balik dong!..


Selain itu kami juga akan memulakan projek album solo Asmin Mudin...maka pendek kata. Nampak gaya sehingga penghujung tahun ni EMP akan all-out lah untuk album Candy AF5 dan Asmin sahaja...penat juga ni untuk mau ambil 'order' baru urang minta produce album hehehe (tapi kalau ada bulih jugaaa..)

Selain itu 'cita-cita' dalam tahun ni yang dirancang tapi belum ter'realisasi lagi akan cuba untuk EMP mulakan juga....EMP akan mengembangkan aktiviti seninya ke satu demensi baru yang bakal mengubah industri musik Sabah buat selama-lamanya...cehwahhh.

Asmin Mudin AHLI DARJAH KINABALU..tahniah boss..


TAHNIAH...


itu sajalah yang dapat aku dan si Ray ucapkan atas penganugerahan pingat Ahli Darjah Kinabalu kepada beliau oleh TYT baru-baru ini.


nah!..'penganuan' pingat ADK sama si Umbut ni besar juga ertinya untuk orang-orang musik..kerana beliau dipilih atas usaha dan perjuangan musiknya yang sekaligus menaikkan nama negeri Sabah di persada seni musik nasional negara.


mungkin kalau si umbut ingat sekitar tahun 1999, sedang siurang lepak-lepak minum teh tarik sambil kunyah roti kawin dibawah studio RAM Production dulu...berkatalah aku dengan confidentnya.."min..manatau satu hari nanti TYT bagi kau pingat pasal usaha musik kau ni!?"...maka menjawablah si Umbut.."Hish..jangan kau main2 Ding...aku bukan sampai ketahap itu lagi...tapi kalau ada bulih juga!!"...HAHAHAHA...sambil kami sambung kunyah roti!


Dan 10 tahun kemudian...Asmin bin Mudin (hehehe)...sedang pigi sukat-sukat baju melayu dan meng'order samping songket....atas jemputan ke Istana Negeri Sabah untuk penerimaan pingat Ahli Darjah Kinabalu oleh Tuan Yang Terutama...


kau mimang bulih bah!..


p/s: Min!...sound jak kami bila mau pigi tomyam...
AdingEMP 1 Nov 2009..

Saturday, October 17, 2009

mp3..oh! mp3

Sedang aku duduk-duduk relax di sebuah kedai kopi di Gunung Mas menuju ke Tambunan…ngam-ngam cantik sudah muncung aku ready menyedut straw milo ping…bahu aku ditepuk dari belakang sambil kedengaran suara ‘gadis’ memanggil nama glamer perasan aku ni.

Dengan penuh confident aku meng’hensemkan senyumku..bah biasalah kena ‘salam’ peminat perempuankan…aku menoleh!..alamak!!!...’mama gadis’ rupanya…


”Aik!..auntie?..dari mana hendak kemana?..cis! aku ingatkan sumandak mana mau berkenalan tadi?”...aku cuba cover line..err cover malu juga la…2 dalam 1.

“alaaahh dari belakang mau kedepan…HAHAHA…Aku mau hantar produk baini pigi kedai kaset di KK” si aunty ni buka cerita sambil buka bilas mata yang mungkin sudah lama berkarak masa dari Tambunan lagi..hehehe

“macam mana bisness studio sama in-house production aunty sekarang?”…aku cuba kurik rahsia ‘pasaran album semasa’.

“Susah baini sekarang!..kami lamak sudah indak terbit album baru..ini pun stok lamak sama album urang siurang tolong edar di KK…di studio, cuma kebiasan orang datang buat album sendiri atau pigi jamming sajaalah”..sambil masih lagi gusuk-gusuk bilas dia.

“susah bah..urang sekarang ni main download saja pakai mp3…mana mau beli CD lagi!!..diinternet punyalah banyak urang sabahan buka blog kasi download free…separuh kedai siurang tu terpaksa tutup..sia kasi bikin kedai jual baja, potinduk manuk (makanan ayam), sama sikit barang dapur la.”..sambil menyedut teh c ping dia…
“tapi aku sekarang pun download juga bah!!..HAHAHAHA…di kerita aku pasang ini saja”..sambil menunjukkan alat pemain mp3 kereta yang main cucuk di cigaret kereta tu.

Sambil aku tersengih (bukan pasal jokes dia!)…dalam hati aku pun geleng kepala saja. Susahlah orang industri musik tempatan sendiri download free.

“salah gia ni aunty…” aku cuba test dia.

“semuaaaa pun urang bikin bah sikarang!..download internet saja (masih tersengih)” si aunty menjawab.
“apa kau bikin pigi Tambunan?..” si aunty bertanya…”errr… aku mau pigi kampung ex-girlfriend aku bah…mau bawa dia sama anak-anak siurang balik KK….dorang pulang kampung ngam2 cuti bah”..aku berterus terang..

Bruusshh!!!..tersembur teh c ping si aunty dengar jawapan aku yang agak ‘kaw’ juga…”kau ada anak sama ex-girlfriend kau????” sambil si aunty lap-lap bibir dia….aku pun lap-lap tangan aku…”odoi siou!..aku terkejut bah!!..HAHAHA” si aunty minta maaf pasal indak paedah2 aku kena ‘sembur’!..phui

“indak bah aunty..iya lah ex-girlfriend..sekarang ni bini aku..hehehe”..aku tutup cerita.

Aduhaiiii…lagu ku di download..freeeeeeee


Biasalah pagi-pagi aku ni..aku mesti baca blog geng karas aku ni…www.dbosfm.blogspot.com. Blog si dbos ni umpama newspaper hiburan yang misti dibaca bagi orang-orang yang 24 jam berinternet..macam aku nil ah.


Tapi! apa yang bikin bulu roma aku ni kotirog…ialah berkenaan dengan blog-blog sabahan sendiri yang, bagi aku, beliau meletakkan muncung senapang ke jantung para pengiat seni muzik yang berjuang memartabatkan industri muzik tempatan kita ni…aduhaiiii..lagu-lagu ku di download free kepada public….


Sedang kita pejuang-pejuang muzik bertungkus lumus berhabisan duit tabung, dan kadang-kadang terpakai duit beli susu anak untuk dibelanjakan dalam menerbitkan album yang terbaik sebagai hiburan kita semua..dan sudah semestinya dengan harapan mendapat kembali ‘duit susu anak tadi tu’..Namun ramai juga penyangak-penyangak macam blog http://sabahsong.blogspot.com/ ni yang tidak menghargai PENGORBANAN insan seni 'nya' sendiri ini.


Memang lumrah manusia mahukan semuanya FREEEEEE….tapi mahukah sianu berkerja keras...tapi tidak dibayar gaji…cukup setakat FREEEE saja?...


Walau aku menangis darah pun…sianu memang tidak akan memperdulikan airmata industri musik tempatan kita ni…dan TIADA siapa juga yang boleh menghalang beliau melainkan TUHAN YANG MAHA ADIL…


Tapi isu utama disini sebenarnya ialah…inilah ‘harga’ kemajuan teknologi computer yang perlu kita semua (industri muzik) telan kerana kemajuan teknologi itu adalah untuk kesenangan kita juga. Cuma yang perlu kita pertimbangkan ialah dari sudut nilai moral men’download lagu secara free ni.

Wednesday, September 23, 2009

Tuesday, June 23, 2009

isai mah tondu dilo????

Salam sejahtera.....Ini ada satu berita hiburan. Seorang artis sumandak do talawa tomod! akan melancarkan album sulung KDMnya indak berapa lama lagi....menurut sumber-sumber yang mimang bulih dipercayai, proses rakaman dan suntingan telah pun selesai...dan kini pak-pak produser sedang bertungkus-lumus meng'touching-up apa-apa yang perlu. Macam tukang masak pula..tambah halia sikit, tuang minyak bijan kasi biar harum gitu!...garam secukup rasa...waduh kok sedap sekali sup nya... :-)

Dari pagi hingga ke petang para sessionist musik pula berbaris, macam beli tiket wayang takut kehabisan...sambil menunggu giliran untuk turn rakaman track mereka. Ada jugalah yang duduk lepak ditangga dan ada juga yang tertidur sambil berdiri menyandar paip!. Semuanya ini demi untuk si sumandak do talawa tomod tadi. Gambar si sumandak disebelah ni dibuat pohotoshotnya di sebuah taman orkid yang dirahsiakan tempatnya...takut barangkali ada urang mau pigi putik bunga-bunga orkid yang terdapat disini....awas ada panjangat dan pesisang!

Jadi...mau cakap banyak pun susah...pasal reporternya pun sedang layan migrain yang berdenyut-denyut sekarang sambil menunggu panadol yang belum lagi sampai2 padahal kedai ubat sebelah pintu studio jak!.
Bah ok lah... kita tunggu saja sedikit masa lagi kesudahannya...dan dengar khabar si sumandak akan muncul dengan video klip lagu melayunya....APA????...lagu melayu?....ya lagu melayu di TV dalam bulan Julai nanti....bah! ini kira 2 in 1 juga la barangkali ni.!? ada album KDM dan ada album Melayu....baguslah, artis-artis tempatan kita ni semakin rancak...atukkkkoi.

Monday, June 08, 2009

Line 6 Pod Studio KB37- ngam untuk computer recording!

Kepada semua 'peminat-peminat atau pengiat-pengiat' computer recording....aku rasa POD Studio™ KB37 ini lah antara recording equipment yang paling ngam sekali untuk orang-orang yang baru mau buka computer recording nya di sebelah katil!...homestudio la katakan....kalau mau keterangan lebih lanjut dan power bulih la pigi website durang ni di http://www.line6.com/podstudiokb37


Line6 sememangnya sudah terkenal dgn peralatan yang dipanggil POD yang digunakan oleh ramai gitaris untuk sesi rakaman ka atau pun persembahan pentas. Alat ini adalah rangkuman Efx gitar yang famous2 di pasaran dan digabungkan sound setiap Amplifier gitar (yg famous2 jugak!)...kedalam satu POD...err lebih kurang macam tu la penerangan...jadi senanglah...bawa jka POD ni pigi mana-mana...plug-in dan terus krengggg!!!! contoh line 6 POD macam gambar disebelah ni lah.



Oklah...yang aku mau cerita ni kan sebenarnya pasal ini Line 6 Studio Pod KB37..... Berkonsepkan USB interface dengan 37-key MIDI controller, lubang jack I/O samada mau pakai three pin ka atau TRS jack...dua-dua sudah ready made...cucuk jak!
Yang best ni kan...untuk aku la...pasal ianya intergrated sekali dengan MIDI Controller dgn Efx gitar...efx untuk gitar rythm dan bass...dan yang paling power..dia ni ada vocal efx untuk recording...nyanyi saja terus studio kualiti punya sound (janji jangan nyanyi sumbanglah).

Jadi keterangan lanjut pigi jak la melawat di website dorang ni....KB37 ni pun sebenarnya sudah lama juga dipasaran since last year...harga dalam RM715...ada agent Line6 di KK ni...carilah aku hehehe...
dijamin siok sendiri!
AdingEMP
8 Jun 2009

Thursday, June 04, 2009

Peristiwa 10 tahun lalu di RAM Studio...

Ya...aku masih ingat lagi time tu...lebih kurang jam 11 pagi....aku baru jak breakfast teh tarik dan makan roti canai 60 sen si Sulaiman, yang baru mari dari India, di kedai mamak di bawah studio RAM di Luyang Damai Plaza.

Aku tabik spring la sama si Sulaiman ni...spiking sama aku!...you want to drink?...makan?....three fifty serr (sir)..cermin mata dia ni pun tebal betul, aku tanya, dia bilang "seven hundred degree serr!...but achee come can see clear ser" (tapi kalau tinguk amoi cantik nampak clear!)..loyar buruk ko ni Sulaiman.!...tapi yang aku 'respek' (menyampah)..dia sudah ada Mykad...aku time tu masih pakai IC bunga Raya!..cis!
Tapi bukan pasal si sulaiman baini aku mau cerita, walau pun dia pernah masuk juga itu vocal room recording dialog tamil untuk album 'Mengatal Telipok' si Ampal...tapi indak bulih pakai...indak ada feel! hehehe
Oklah!...pada satu hari...lebih kurang jam 11 pagi la kunun2 (aku pun ingat2 lupa)...ada satu amoi, muda teenages, cute, wangi dan canteeek gitu...masuk di RAM...aku sedang mengelamun time dia masuk tu...mula-mula aku ingat kan student class belajar gitar pasal dia bawa gitar pack....dan kebetulan aku paling dekat dengan dia (atau pasal aku yang paling hensem time tu di sana hehe..berbanding pasu bunga, sofa, meja kerusi) dia terus bertanya sama aku..."Hi..my name is Cindy (or Sandy aku lupa).. can I cut an album with you guys in RAM??"...sedang aku masih mengatur ayat inggeris aku...amoi cun ni terus buka!..(buka guitar pack dia laaaa..)..."i have a few songs here which i wrote myself!!...aku masih lagi ter..err! err!...dan dia terus nyanyi sebuah lagunya yang agak laid back dan sedap betul melodi dengan vocal tone dia ni...aku pun bilang...if you like, you can leave your demo here and i'll pass it to Roger Wang and Asmin Mudin to hear... dia pun bilang dengan muka happy..sure.. I'll give my demo tommorrow...I'll record it into cassette! (zaman tu masih pakai kaset lagi)....
dipendekkan cerita itu la the 1st and the last 'kami' bersua...dan aku HARAAAPPP sangatlah yang dia juga akan/sudah berjaya...because she has the package to be 'somebody' in music kalau dia teruskan...

Kenapa saya tulis artikel ini?...ialah kerana betapa relaxing'nya mendengar lagu-lagu laid back (santai!) ni..

2 minggu yang lalu sedang aku surfing youtube..aku terkejut tahap raja gaban bila 'terjumpa' dengan seorang artis baru yang 'terfamous' melalui posting lagu-lagunya di youtube....ZEE AVI atau nama sebenarnya Izyan Alirahman, anak kelahiran Miri Sarawak sebelum berhijrah ke Kuala Lumpur semasa berumur 12 tahun. Iras2 dia ni macam si Cindy itulah...tapi yang pasti bukan dia la...CUMA music 'mereka' berdua ni 100% dalam genre yang sama!..aduh! kebetulan..

Lagu dan album 'Bitter Heart' ZEE AVI yang sedang hot dan akan release di US 19 May lalu memang sedap dan kesluruhan lagu-lagunya adalah irama laid back yang siuuukkk untuk halwa telinga kita ni menikmati keindahan melodi. lirik dan vocal si penyanyi...aku gerenti beli album dia ni!..pigi la kamurang dingar di Youtube atau di http://www.dbos-fm.blogspot.com/ . Satu kebanggaan bahawa 'kita' mimang bulih bah kalau cukup ilmu di dada.


YUNA, juga seorang artis baru...lagu dia yang paling famous indak puas-puas DJ kasi on-air the radio "Oh Bulan" dan "Dan Sebenarnya..", seorang lagi penyanyi laid back genre... bukan itu saja yung!..pakai tudung lagi budak ni perform di pentas... tapi yang penting minah tudung ni tatap cool..stick to what she is...cause music is God's gift to mankind....i really enjoyed her songs plus her vocal tone jugak...mungkinkah semua penyanyi laid back macam ni.?? indak payah teriak-teriak, melinguk-linguk, mengada-ngada untuk menyanyi.


Fauziah Gambus, si dayang ani yang berasal dari daerah Sipitang kalau indak silap...pertama kali aku melihat si dayang ani ialah masanya perform live di rancangan Selamat Pagi Malaysia TV3...aku masih dengan taik2 mata meninguk dia menyanyi sambil main gambus..dan part yang paling aku terkejut dan gumbira ialah..pasal si dayang ani masih muda, bermain alat tradisional gambus sambil menyanyi lagu-lagu rakyat dalam dialek Barunai nya...wah!..kelas gitu! artis muda dan baru macam ni la yang patut pihak2 tertentu support dan majukan...Fauziah berani membawa perubahan dan memperkenalkan sesuatu yang baru kepada public.
Siapa la bah indak kenal dia ni...Che'Nelle...artis internasional..bukan keluaran Sabah..tapi kelahiran Sabah..terkenal dan mula kena spotted by recording label dari posting lagu-lagunya di MySpace...dan jangan kamu takajut kalau kamu chatting sama dia di website dia...kamu kana balas cakap melayu...dan jangan lupa kasitau buah kegemarannya di Sabah...buah tarap!..tatap indak akan pupus...berbangga la bah kawan-kawan time dia kicil-kicil yang pernah masuk hutan keluar hutan sama dia ni di Putatan dulu..hehehe

Di Sabah sendiri memang ada banyak talent yang belum lagi ter'explore....aku sedang meng'explore ni...aku sudah jumpa..bukan satu bukan dua..tatapi..aramaiti!..ogumu!

AdingEMP
5 Jun 2009 (bisuk happy bday Agung!)

Tuesday, June 02, 2009

"I'm gettin old but...music keep me young" - part 2

Why Indonesian Music Industry suddenly booming?......! aik!?...macam contras jak bunyi dengan tajuk diatas!

Well, its all about TIMING....


And now the Indonesian are marginalizing their youth music talent...but off course 'music and arts' are parts of Indonesian strong culture and part of their education subject. (bukan macam kita di Malaisia..terbatas kok!). They are exploring their new talents..

During the late 80's 90's our Malaysian music industry considered to be at its peak compared to our neigbouring countries. It was a 'Rockers Band' era..Search, Wings, Iklim, Black Rose, Gersang, Ella and the boys and so so...

Sales was termendeous...100k, 300k, 400k...phew!...Then 10 years later everything 'went' all wrong..what happened?...'the media' and the so call 'people in the industry' keep blaming on the emerging of CD. CD's is walloping the cassettes market?!...and CD's cost more (pricer) than casssette...kunun2 la.


Believe it or not...for the past 30 over years (and still), Malaysia's music mainstream industry are 'running' by the same people who also happen to be the producer, the composer, the marketeers..and almost all tasks done by the 'same people for all people'....in this case I call it the "same ideas" from the same person been implemented to all his/her productions for sooooo long....there are 'good and bad' thing about this.

The good thing is, the person's EXPERIENCES...no doubt about it...contibutes to the album success.


The bad thing pula...IDEAS are not expanding and explored....because the production were controlled by 'one head'...and its turn out bad if new ideas are reluctant to be accepted due to the market acceptence uncertainty itself.

Then, came the new era of computer recording technology.....and the technology is getting better everyday!...introducing costs reducing method of recording to those 'home studio' producing world.


These new recording experiences gives people like me and you the FREEDOM to share 'what you got'..to the world. without going through the mainstream label...WE manage to come out with our own new kind of music, we controll and we manage our own new ideas....where we called now as INDIE....Indipendent Label.

Goodluck friends....lets make it happen...sebelum kita semua jadi tua hahahaha...

"I'm getting old...but music keep me young!"- part 1

There'll be a few parts regarding this article.

I would be saying the same way if i were asked the same question...actually that is what i think and maybe much of those music lover people.


I saw Bono from U2 interviewed last night and how they've been through for more than 30 over years now..."we loved and enjoyed music..it is a therapy that keep me feel young and healthy".
To me..what Bono claimed is true...everytime i'm listening to music...i'm self-healed!! hehehe.
some of my friends might find that i'm 'wired' interms of my music preferences.."music apa bah yang kau dingar ni?..."...from hardknock rock Metallica..suddenly jumped into the jazz classical of Louis Armstrong or to 70's rock of Jimi Hendrix...then move again into the groove of RnB or HipHop kind of genre...and bang! again into the serenade of evergreen sound of Keroncong or dangdut...yeeeha! layan sama dia pak!
try it ....and you'll be 'forever young'...

Friday, May 29, 2009

sambungan respon untuk : Artikel "tired of MIDI song"

Bah!..sebelum itu Etnik Muzik Production ingin mengucapkan Kotobian Tadau Kaamatan kepada semua pembaca....dan pesta ini merupakan sebuah pesta meraikan hasil 'tuaian' yang baik sambil berterimakasih kepada 'Kinorohingan'....samalah juga EMP meraikan dan mengucapkan syukur kepada Tuhan atas rezeki yang telah diberikan kepada kami dan keluarga kami pada tahun ini.

oklah...sebelum ini saya ada menge'post (bukan monopose ah..)..artikel mengenai tajuk 'tired of midi songs'..sebuah tajuk yang saya dapat selepas membaca blog urang musik juga la pasal music production tempatan. Artikel aku boleh dibaca di http://etnikmuzik.blogspot.com/2009/01/tired-of-midi-songs.html

dan yang menarik sekali response 'orang-orang musik' ni begitu bagus dan saya kira baguslah!..pasal ramai juga new breed of music people di KK/Sabah sekarang ni sudah aware dengan 'teknologi terkini' dalam penerbitan dan penghasilan album, musik, lagu dan lirik.

Music Production Software...

Antara software terbaru yang hangat diperkatakan oleh para penerbit dan penulis lagu ialah "Cakewalk Sonar 8"..sememangnya banyak software yang 'bagus' untuk music production, mixing and mastering di pasaran selain Cakewalk Sonar seperti iaitu Cubase, FruityLoops dan yang terbaru keluaran Mackie, Tracktion 3...
Cakewalk Sonar 8

Mackie Tracktion 3
Ada kawan di FB aku yang bertanya "mana satu software yang paling bagus untuk buat music, sound bagus macam dalam CD urang putih (hehehe..macam urang putih!?)". kalau jawapan aku..saya akan pilih Cakewalk Sonar...bukan kerana 'dia lah yang the best!'...cuma saya telah bermula dengan platform cakewalk (sebelum ia bertukar nama kepada Sonar). Jadi ia menjadi mudah dan saya amat faham dengan technicality software ni...selain itu interface nya begitu user friendly.
Digital Recording Console (DRC) VS PC Recording
Mana satu yang paling 'power' sound dia kalau buat recording?.....soalan ni aku indak berapa pasti maksud dia tapi aku assume...berbanding Digital Recording Console VS PC recording mana satu akan menghasilkan standard kualiti bunyi yang tinggi/terbaik/termantap dan ter ter lagilah....macam dalam CD urang putih!...(jangan talampau puji2 urang putih bah!..urang sawo matang, coklat gelap, kuning langsat macam aku ni pun ok juga bah! hehehe....main2 jak!)
Digital Recording Console...idaman terbaru aku!...
kalau jackpot aku kena ini minggu

Recording Console/Mixer pilihan?...part yang ni susah sikit mau dijawab...ia semua bergantung kepada kemampuan wallet anda hehehe.. DRC ni sudah dibina khas untuk tugas-tugas recording, mixing dan mastering capabilities oleh pengeluarnya...manakala PC recording selalunya menjadi pilihan wannabe homestudio producer yang begitu tight kemampuan financialnya...dalam erti kata lain PC untuk recording ni kena 'bina' sendiri mengikut kemampuan kewangan tuannya...(macam aku juga la hehehe)

BEZA atau bija kedua-duanya ini hanyalah dari segi kekuatan dan kelajuan processor nya.
Kedua2 alat ini, DRC vs PC, pada konsepnya memang mampu melakukan kerja dan hasil yang sama...ini aku bulih gerenti....

TAPI....samada DRC kaaa...atau PC kaaaa...kalau tidak tahu pasal teknikal indak guna ging!...yang paaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaling penting ialah MUSIC PASSION yang ada pada diri kita....dan MESTI belajar MENDENGAR, kasi TRAINING pendengaran dengan Mix dan final commercial CD dan bila semua ni sudah telinga anda dengar...selalu la bertanya dalam akal... apa, kenapa dan bagaimana semua itu ada, dilakukan dan dihasilkan.

studio monitor speaker (contoh jak)


oh ya hampir lupa pula...BENDA paling penting! yang mesti ada ialah GOOD monitor speaker...aku cadangkan kalau mau yang paling 'kaw' bunyi dia...mcm urang putih punya bunyi...nah! pilih frequency response beyond 20kHz..supaya time mixing and mastering, kau bulih dengar semua itu low and high frequncy punya character. Lepas 'dengar' karektor bunyi mix and master kau...compare la pakai spectrum analyser.

jangan sesekali under estimate kemampuan diri anda....tapi hanya jika anda sudah buat 'homework' dan trial and error..... nasihat terakhir 'JANGAN MEMBAZIR'

Happy Harvest Festival....don't drink and drive...kecuali ko ada drebar sndri!....naik bas pun bahaya!..nanti turun dari bas terturus pigi parit!...hehehe

AdingEMP 29 Mei 2009